MIL merajuk xbawa pergi honeymonn, gugur jantung dapat tahu dia buat sesuatu pd suami slps tu

Assalamualaikum wbt. Sebelum itu, tujuan aku bercerita disini bukan untuk membuka aib sesiapa pun. Aku hanya ingin meluahkan apa yang terbuku dihati dan meminta sedikit pandangan orang lain.

Mungkin masalah aku tak sebesar orang lain tapi cukup buat aku terkilan dan keliru. Sungguh semasa aku sedang menaip ini tujuan aku hanya satu itu.

Nama aku Zara (bukan nama sebenar), berasal dari salah satu negeri di semenanjung. Aku berkahwin dgn suamiku sudah hampir masuk 2 tahun dan pada ketika itu aku berusia 25 tahun dan baru sahaja bekerja, kini aku berumur 27 dan suami tua setahun.

Kami tinggal di KL dan belum dikurniakan cahaya mata. Apa yang ingin aku cerita ialah mengenai ibu mertuaku.

Sebelum berkahwin, aku pernah berapa kali ke rumah family bakal suami aku masa tu dan apa yang dapat aku nampak family dia memang dari yang baik2 dan sederhana.

Sedar aku hanya menumpang, jadi aku banyak menolong dirumah walaupun agak penat dengan urusan kerja tapi itu juga tanggungjawab ku sebagai anak. Aku juga tidak mahu dilihat goyang kaki saja.

Ibu mertua ku agak alim orangnya, tapi apa yang aku lihat dia agak suka merendahkan orang lain tapi agak sensitif bila dia diperlakukan sama.

Pernah dia mengutuk fizikal abg aku sambil ketawa dan berkata “sorry ya mak cakap tapi muka abg kamu lain lah dari kamu mak ingat dia anak siapa hahaha” dan pernah juga dia mengutuk gelakkan ayahku kerana “bergigi palsu” tapi rupanya dia juga “bergigi palsu”.

Itu pun sebab kantoi aku masuk bilik dia nak ambil barang. Jujur aku agak terasa dan pelik dengan perlakuan dia terhadap. Dia juga memaksa aku untuk kelihatan dan berpelakuan sempurna di depan saudara belah suami.

Dia juga banyak “control” cara aku pegang gelas, cara aku cuci pinggan, cara aku kemas rumah mcm2 lg. Dan paling pelik, pernah aku hanya berselipar nak keluar rumah sebab nak ke kedai terdekat dan dia suru aku menukar ke sepatu yang “elok sikit”.

Setahun selepas itu, kami suami isteri pun berpindah keluar. Tidak la jauh dalam 15 minit drive dari rumah mertua. Jadi kami adalah membeli barang2 rumah yang tidak lengkap dirumah baru.

Itupun kami berkongsi duit. Namun, setelah ibu mertuaku tahu yang barang rumah kami masih baru2 dan bagus, dia meminta suamiku untuk membeli barangan yang sama bukan satu tapi lebih. Jumlahnya saja cecah ribu ribu.

Suami tidak membantah dan aku tidak juga menegah kerana tahu itu tanggungjawab dia. Tapi yang aku tahu barangan rumah dia masih sgt elok.

Berapa bulan selepas itu bila tahu kami ada lagi beli barangan tambahan, dia minta lg suamiku untuk membeli yang sama. Aku hanya diam.

Ayah mertuaku masih bekerja. Dan yang aku tahu ibu ayah mertuaku banyak duit simpanan ditambah lagi suami dan adik beradiknya memberi tiap bulan. Walaupun sedikit tapi atas kemampuan masing dan sgt2 cukup.

Perangai apa? Allahualam. Aku muhasabah diri and cuba cari salah aku dekat dia. Tapi aku rasa aku layan dia sama macam orang lain layan dia. Hormat dia.

Tapi aku hanya diam dan tidak memberitahu suami. Jujur aku bertahan selama ni untuk sabar adalah kerana suamiku. Aku agak hormat dia dan taknak dia bergaduh dengan mertuaku.

Dan aku juga tidak mahu dia fikir yang aku tidak senang dengan ibu dia. Aku tgk adik/kakak/abg ipar aku punya suami/isteri agak tegas, patut ke aku tunjuk tegas aku juga?

Tolong bagi aku pendapat? Hmmm Doakan aku terus sabar dah berfikiran positif. Doakan juga aku dikurniakan zuriat yea…..