Rumah xde dapur sbb sy xsuka masak. Tiap hari mkn luar. Sy pilih mesti suami byr, pizza ke, secret ke.

Saya adalah antara manusia paling bertuah di muka bumiNya ini. Ini yang saya rasa sebab banyak rezeki yang Dia beri pada saya yang ramai sangat orang cari-cari tapi saya dapat walaupun saya tak nak.

Ini termasuklah peluang belajar di overseas, jodoh pun lulusan UK, dapat kerja yang best di Universiti

Berkahwin dengan lelaki yang amat baik dengan keluarga mertua yang layan saya lebih baik daripada anaknya dan macam-macam lagi.

Bayangkan suami saya tak bagi iron baju dia sebab takut saya penat. Bila balik rumah mertua, mak mertua saya suruh tengok tv bila saya masuk dapur sebab katanya saya mesti penat sebab saya bekerja.

Itu sebelum ada anak. Bayangkan betapa bertuahnya saya. Macam mana saya boleh bertuah begini? Mudah je. Bila saya nak apa-apa, saya minta direct daripada pemberi rezeki saya.

Tiga orang kakak dan adik saya dah kahwin dan melalui perceraian yang dahsyat dengan syaitan jantan. Siap bawa lari anak, kami kejar, acu senjata kat anak bagai.

Kalah drama melayu. Saya jugalah yang turun naik mahkamah teman adik kakak saya untuk proses perceraian.

Kiranya muka saya ni muka mahkamah syariah la. Haha. Waktu saya berkahwin, saya dah ada kereta dan rumah sendiri sebab kononnya saya nak grow old dengan adik saya.

Suami pula arkitek yang baru 3 tahun bekerja, rumah tak beli lagi, kereta pun kereta buruk secondhand.

Ya, arkitek dalam dunia sebenar bukan macam dalam tv3 pukul 7 tu ye tuan puan. Bila kahwin, semua kena share, esp duit.

Banyak benda saya tak puas hati dengan suami sebab saya dah biasa independent dan make my own decisions.

Saya siap minta cerai dari suami sambil nangis dalam kereta on the way pergi kerja sebab saya asyik kering je, susah nak shopping.

Mujurlah suami relax je sebab dia tahu walaupun saya kuat melenting tapi saya juga berfikiran rasional dan bukan short term thinker.

Dia pun tahu saya kahwini dia sebab ayah saya, jadi selagi ayah saya hidup, saya takkan ke mahkamah. Allah takdirkan saya bertemu seorang rakan sekerja yang juga bekas peguam syariah, Kak W. Saya tanya dia, perlukah saya penuhi tanggungjawab saya sebagai isteri kalau suami saya tak penuhi tanggungjawab dia? Di mata saya, suami saya serba kekurangan.

Angkuhnya saya. Jawapan kakak itu tak memuaskan hati saya. Katanya, “Tanggungjawab kita, kita settlekan. Tanggungjawab dia, itu antara dia dan Allah”. Pahitnya saya nak telan. Tapi jawapan itu buat saya berfikir panjang.

Rumah kami walaupun corner lot tapi tak ada dapur sebab saya tak suka masak. Memang balik kerja singgah dinner siap-siap. Senang. Suami basuh, lipat dan iron baju sendiri sebab dia tahu saya tak suka buat kerja rumah.

Seminggu sekali dia akan panggil Indon ke rumah untuk kemas rumah dan lipat kain baju.

Apa yang membuatkan suami saya bahagia adalah bila saya melahirkan anak-anak yang comel, cerdik dan sihat. Bila saya melayan dia berborak tentang ekonomi dunia sebelum tidur, bila saya share tentang social issues dengannya, bila saya melawa dengan kasut dan handbag mahal, bila saya dan anak-anak boleh breakfast dengan dia hari-hari.

Yes, my guy is not the average garden variety male. Tapi nak tahu tak apa yang jadi lepas tu? Selepas beberapa bulan, semuanya jadi mudah untuk saya.

Kalau tidak, muka saya ni kelat je bila tengok suami. Hati pun membengkak je.

Mertua saya pun kalau datang ke rumah kami bawa nasi dan lauk siap-siap sebab tahu kami tak ada dapur. Kat ruang dapur rumah kami hanya ada peti ais, rice cooker dan sinki je.

Waktu bulan Ramadhan, suami akan masak nasi dan panaskan lauk yang dibeli sebelum kejut saya untuk bersahur.

Saya pun terkejut bila saya sedar sikap suami berubah dari kedekut kepada pemurah. Rezeki suami pun melimpah-ruah.

Naik pangkat la, dapat anak lelaki pula lepas anak perempuan, tukar kereta mewah, dll. Terdetik dalam hati saya, “Dia baik sangat sekarang. I don’t mind growing old with him.” Alhamdulillah.

Saya rasakan inilah hasil niat saya yang saya buat dalam keadaan menyampah tempoh hari. Walaupun dalam keadaan sakit hati, tapi saya niatkan untuk tunaikan tanggungjawab pada suami bukan kerana saya sayangkannya tapi kerana saya tak mahu disoal di padang mahsyar nanti.

Saya pun masa tu pelik kenapa la majistret ni tak percaya sangat.

Sebab pada saya itu biasa, keluarga belah suami memang macam tu. Mereka lebih sibuk memikirkan anak-anak saya dah jadi yatim.

Bila difikirkan balik, mungkin itulah ganjaran Allah atas kesabaran dan keredhaan kami menerima ketentuanNya. Kadang-kadang susah sangat kita nak sabar, redha dan yakin dalam hidup ni.

Especially bila keadaan tu kita kena hadap hari-hari. Tapi percayalah, bila kita niatkan untuk Dia dengan seikhlasnya (walaupun hati tengah panas), Dia akan permudahkan.

Bila dipermudahkan, akuilah itu adalah kerja Dia, bukan kemampuan atau kehebatan kita yang mengubah seseorang itu.

Akuilah hinanya, kerdilnya, lemahnya kita, hati sendiri pun payah nak diubah, apatah lagi orang lain. Kuman halus yang tak nampak di mata pun orang paling berkuasa di dunia ni tak boleh bunuh, inikan makhluk terbaik ciptaanNya. Itu semua kerja Dia. Yakinlah, sabarlah, redhalah.