Bakal isteri di sahkan H1V+. Krn aib aku teruskan kahwin. Dlm rumah Nina berlegan panjang dan tudung. Aku tewas.

Rasa terpanggil nak kongsi cerita saya di sini. Harap dapat memadam sedikit rasa tsayat dalam kalangan wanita tentang perkahwinan.

Saya Din. Tahun ni umur 30. Saya duda. Kem4tian isteri 5 bulan lalu. @rwah isteri saya biarlah saya namakan sebagai Nina. Saya dan Nina punya jarak jauh beza usia. Dia 38. Kami kahwin atas dasar pilihan mak saya. Mak saya suka sangat dengan Nina.

Mak kata Nina baik, Nina hormat orang tua, Nina pandai masak. Serba serbi baik senang cerita. Dan sebab Nina ni kecil molek orangnya, tak nampak yang umur dia hampir 40. Kami nampak macam sebaya. Bila mak kata nak jodohkan saya dengan Nina, saya serba salah.

Sebab saya dah ada girlfriend masa tu. Kami belajar sama-sama kat U, tapi dia junior saya. Saya panggil dia Ita. Mak tak tahu pasal Ita sebab saya plan nak bagitahu pasal kami bila Ita dah habis belajar.

Tapi bila mak dah keluar cerita pasal Nina, saya macam blur kejap. Mak asyik push saya untuk cuba kenal & kawan dengan Nina.

Saya pesan kat Ita, jangan tunggu saya. Ita berhak dapat lelaki lebih baik. Klisè sangat kan jawapan saya. Macam drama pukul 7. Tapi saya memang nak dia bahagia walaupun tanpa saya.

Persiapan pun dibuat. Meriah gila. Sebab Nina anak sulung yang telah dilangkah bendul 3 kali. Jadi parents dia excited sangat & nak buat majlis grand kiranya. Saya ikutkan jek.

Kemuncak cerita bila pergi pejabat agama untuk interview sebelum kahwin. Biasanya, sampul keputusan ujian d@rah akan dibuka oleh pegawai pejabat agama depan bakal pengantin.

Masa tu saya dah selesai interview. Tetiba pegawai agama yang interview Nina panggil saya masuk bilik dia & terbongkarlah segala kisah. Nina HlV+.

Nina menangis macam budak kecil masa tu. Pegawai agama minta saya fikir baik-baik apa langkah seterusnya. Terpulang pada saya nak teruskan atau batalkan perkahwinan.

Sebab tu Nina cuba sedaya upaya untuk ambil hati mak saya supaya jadikan Nina menantu. Nina cakap, dia tak nak m@ti menderita sorang-sorang tapi at the same time, Nina tak nak family dia tahu yang dia ada H1V+. Maha Suci Allah, kasih sayang yang lahir dalam hati saya ni memang ikhlas bukan berlandas nfsu semata.

Semakin hari, saya nampak perubahan Nina. Kulit Nina mengering macam berkeruping & berbekas hitam. Bila dalam rumah pun Nina pakai lengan panjang & tudung. Sebab Nina kata dia malu kulit dia buruk.

Selalu sangat demam sampai sesak nafas. Nak jalan pun tak larat. Batuk tak sembuh-sembuh. Sehinggalah dia sakit terlantar, saya yang jaga Nina sepenuhnya.

Kawan-kawan pejabat Nina semua buat andaian yang Nina kena s1hir sebab tak ada siapa sangka perempuan baik seperti Nina boleh ada H1V+.

Sehinggalah Nina pergi. Selepas Subuh, hari Khamis. Lepas saya mandikan Nina, dia kata dia sakit perut. Masa tu Nina macam dah boleh bergerak sikit. Saya papah dia ke bilik air.

Even parents Nina pun tak tahu sampai ke sudah. Jadilah saya duda muda.Perkahwinan kami hanya 5 bulan. Bak kata Nina, Allah hantar saya untuk tutup aib & jaga Nina ke hujung nyawa.

Andai itu takdirNya, saya redha. Semoga Allah tutup juga aib saya & berikan saya ganjaran kebahagiaan di dunia & akhirat.

Cinta sejati tu wujud ye, semua. Saya tak galakkan korang buat keputusan seperti saya sebab saya rasa kisah saya ni rare sangat. 1 dalam seribu kot. Bukanlah saya nak kata saya ni jejaka beriman ke apa.

Cuma mungkin ini ujian untuk saya & alhamdulillah saya berjaya tempuh hingga ke hujung cerita. Now saya dalam proses nak menenangkan diri.

Semoga cerita saya akan jadi semangat buat wanita-wanita di luar sana untuk percaya yang lelaki baik itu masih wujud untuk anda. Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir.– Din (Bukan nama sebenar)