Abg Omar gaji 30k sebulan tapi pakai kereta buruk je. Aku gaji 3k je tp tunjuk tas tgn mahal

Abang saya iaitu Abang Omar, seorang hartawan yang bukan dilahirkan diatas katil emas. Baik, santun, berpelajaran, kaya dan berpendidikan.

Mempunyai personaliti yang menyenangkan, jauh sekali untuk meninggi suara terhadap ibu bapa atau orang disekelilingnya.

Abang saya adalah crème of the crème yang dihantar oleh kerajaan pada tahun 80an untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia dalam bidang perakaunan.

Usai pengajian, beliau balik ke Malaysia dan berkhidmat kepada negara. Bayangkan lah waktu itu diawal tahun 90an, gaji abang saya sudah mencecah 30 ribu tetapi dia terlihat sangat biasa.

Kereta biasa, rumah biasa dan tidak pernah sesekali berbicara pasal harta. Ramai sepupuku bertanya, kenapa Abang Omar tak pakai kereta macam ni, kenapa dia beli rumah teres setingkat sahaja, kenapa anak-anaknya tidak bersekolah di sekolah internasional?

Sengaja saya berkata kuat-kuat depan peniaga yang saya membeli ikan buruk untuk kucingku. Kemudian jika saya mengenakan heels yang tinggi, berketak ketuk di lantai, bila ditanya orang berapa harga, saya suka memberitahu harganya dan jenamanya.

Biar orang tahu saya seorang yang bercita rasa. Kemudian, ada satu sifat saya yang suka menderma terlalu banyak tanpa berkira.

Tetapi sebenarnya saya mahu dilihat kaya oleh orang. Sampai suatu ketika. waktu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan pengajian PhDku.

Sewaktu mengambil keputusan berhenti, saya mempunyai wang reserve yang agak banyak. Saya ada ribuan tunggakan gaji.

Saya ada scholarship dan juga saya ada dividen ASB puluhan ribu (hasil simpanan 20 tahun). Saya sudah mula berfikir dengan panjang dan memulakan gaya hidup yang sederhana.

Saya mula refleksi terhadap perbuatanku suatu ketika dulu. Saya sombong, saya angkuh dengan wang dan harta. Kini, setelah tamat pengajian PhDku, saya diterima berkerja didalam sektor awam.

Dengan gaji 8K sebulan, sememangnya ianya angka yang agak besar. Tidak lah kaya seperti tajuk yang saya tuliskan.

Tetapi dalam kalangan yang mampu, Alhamdulillah. Saya bersyukur. Saya masih sama seperti dahulu. Berseluar sukan dan berbaju t-shirt kemana sahaja.

Tudung lusuh seperti selalu. Tidak bertukar baju kerja, tidak berpasang-pasang kasut tinggi, tiada tas tangan harga ribu-ribu. Rumah biasa, kereta biasa. Saya ingin hidup sederhana seadanya.

Beberapa kali saya ingin membeli ubat yang sama difarmasi untuk sakit telingsaya, tetapi jawapan pharmacist adalah ubat tersebut kehabisan stok.

Anak-anak ku, saya tidak biasakan dengan jenama. Asal cantik, molek saya akan beli untuk anak saya. Duit 8K ini bukan duit saya, bukan rezeki untuk saya.

Ianya rezeki untuk anak saya, untuk suami saya, untuk jiran-jiran saya yang kehilangan sumber pendapatan waktu PKP ini.

Kini saya terlihat seperti abangku, tetapi belum sampai ketahap itu. Belum sampai ketahap menghulur kesemua wang yang ada didalam dompet ketika si muallaf meminta kepada dia.

Belum sampai ketahap menghalalkan duit yang dipinjamkan kepada orang. Saya sendiri berhutang dengan abang saya. Lebih kurang 4 ribu. Tetapi abang saya kata tak payah bayar, itu semua hadiah.

Waktu saya berkahwin, abang saya beri 3 ribu untuk belanja atas rasa ehsan kerana waktu itu saya lah yang paling lambat menamatkan zaman bujang (30-an).

Pesan saya, kepada elitist, kepada hartawan, kepada influencer, kepada founder siapa-siapa pun, orang kaya mana-mana pun, usah memperlihatkan harta kita kepada dunia. Usah dipertontonkan.

Akan ada suatu masa, harta yang kita pertontonkan kepada dunia itu akan menghentam kita semula. Kamu bimbang dengan golongan B40 yang mendapat bantuan tetapi dalam masa yang sama kamu resah harta kamu dicairkan.

Harta-harta kamu yang dipertontonkan mengadili kamu sekarang. Biarlah kita terlihat miskin, namun kita tahu poket kita dimana. Apa perlunya untuk kelihatan kaya? Apa perlunya menunjuk harta? Jawapan itu terletak pada diri anda.