Ak gadis gemok dan gelap, teruja muncul suami ensem dan sado. Bila tanya, nape pilih anak gajah, akhirnya dia jwb sbbnya

First time saya rasa nak meluah, apa yang terpendam lama kat hati pasal berat badan dan warna kulit saya.

Ya, fizikal yang jadi bahan ejekan dan hinaan orang cantik dan kurus kat luar sana. Saya memang besar gedempol sejak lahir.

Lahir-lahir je berat hampir 4 kilogram. Kepala saya pun besar. Cukup seksa mak nak lahirkan saya. Terima kasih mak.

Kalau cari baju, memang susah sikit sebab kepala tak muat. Salah saya ke kepala tengkorak besar sejak azali ni? Hahaha.

Dari kecil lagi dah jadi bahan ejek saudara mara saya. Saya ni orang kampung je, jadi memang duduk pun dikelilingi mak cik, pakcik dan sepupu sepapat.

Dari rumah sampai ke sekolah saya ni jadi bahan hinaan orang je… Sampai mereka kata saya ni dari lahir sampai ke besar tak cantik.

Huhu. Saya bukan tak usaha nak kurus tau, zaman dulu tak sama macam sekarang boleh gugel je. Saya budak kampung tak reti apa itu eat clean dan sebagainya, kat sekolah bukan ada ajar pun.

Balik sekolah pun makan apa mak masak… ayam goreng, asam pedas, kuah lemak… Hujung bulan ayah bawak makan kepci mekdi pizza kat bandar.

Bukan salah mak ayah saya tau saya gemuk dulu. Mereka pun mungkin takde kesedaran dan ilmu pengetahuan untuk jaga berat badan saya.

Bila zaman sekolah saya tak ada orang nak berkawan, ye lah siapa jeee suka kawan dengan orang gemuk hitam kan? Saya ni jenis belajar je.

Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ni ada hikmahnya tau.. Kena bersyukur di setiap keadaan dan fokus untuk jadi manusia terbaik dan bermanfaat dalam hidup ni.

Habis SPM, saya berjaya masuk universiti, masa ni lah saya jumpa suami saya.

Suami yang menepati ciri-ciri saya nak dalam setiap doa saya lepas solat tu, the power of doa. Pada mulanya pun saya memang tak yakin yang ada juga orang ikhlas nak saya? Dah lah dia muda dari saya kot…

Kacak dan bertubuh sasa pulak tuuuu. Hahaha. Macam tak tercapai dek akal saya itulah jodoh saya. Suami saya tak kisah pun saya gemuk hitam, dia tak pernah hina rupa dan fizikal saya.

Alhamdulillah, tahun ni dah masuk 6 tahun kami hidup bahagia berumah tangga. Saling cuba melengkapi. Gaduh-gaduh manja merajuk tu biasalah, tipulah kalau takde kannn.

Suami saya memang baik sangat. Apa saya perlukan, dia akan usaha untuk sediakan yang terbaik. Saya belajar sampai sekarang pun banyak suami support dari segi sokongan emosi dan kewangan. Sampai kadang saya rasa saya tak layak jadi isteri dia.

Tapi itulah suami yang dikurniakan untuk saya. Dia memang menepati ciri suami yang saya doa dulu. Saya ada juga tanya kenapa pilih anak gajah macam saya ni??

Jawapannya, dia memang cari isteri yang boleh setia jadi teman hidup sampai akhir hayat dia dan kali pertama nampak saya, dia yakin sangat saya ni jodoh dia. (nak nangis, huhu).

Lepas kahwin, suami sediakan saya rumah siap ada gym dan swimming pool.

Katanya untuk mudahkan usaha saya nak turunkan dan kekalkan berat badan ideal dan tenang fikiran untuk belajar.

Terima kasih, suamiku. Sayang doakan hubby murah rezeki dan berjaya dunia dan akhirat. Saya akan sentiasa cuba jadi isteri yang terbaik untuk dia…

Kalian doakan kami kekal bahagia ya. Jujur saya kata, soal jodoh memang saya berserah dan berdoa.

Yang saya tau saya pergi sekolah dan masuk universiti nak belajar pandai-pandai dan dapat kerja bagus. Saya sibuk usaha untuk capai cita-cita saya nak jadi doktor falsafah. Hehe.

Lagi satu kan… saya ni kahwin dulu dari sepupu sepapat yang ratu cantik kampung tu. Hahahaha.

Macam saya cakap tadi, jodoh pertemuan bukan saya yang tentukan. Tapi kasihan juga kat mereka bila selalu kena tipu dengan lelaki.

Tipu duit dan janji-janji palsu ajak kahwin… Tak apa lah, saya doakan mereka bahagia dengan jalan hidup yang mereka pilih. Saya menulis ni sebab saya faham ramai sangat yang belum bertemu jodoh sampai sekarang.

Apa saya mampu nasihat, kalian berdoa dan yakinlah kalian akan dapat apa yang didoakan. Doa tu pulak kalau boleh secara details ciri-ciri suami yang kalian mahukan.

Serahkan semua pada DIA. Fikir positif dan sentiasa bersangka baik walau apa pun terjadi dalam hidup kita dan walau apa pun yang orang hina kita.

Kalau saya yang gemuk dan tak cantik ni pun ada jodoh terbaik, apatah lagi kalian yang cantik dan berkerjaya. Pasti ada. Kena doa dan yakin ok.