Adik aku hanya kerani cabok. Mak pula xsudi tidur bersamaku dan makin hairan mak hanya tido dgn adik.

Saya Rozana. Umur40-an. Dah tua. Bolehlah adik-adik yang membaca ni panggil makcik. Bulan Februari yang lalu, kami sekeluarga diuji dengan pemergian ibu tercinta pulang ke rahmatullah.

Dah sebulan berlalu.. Tetapi rasa sakit masih berbekas di hati. Sakit. Tiada kata yang mampu menceritakan sakitnya rasa saat kita kehilangan orang yang tersayang..

Hilang, pergi yang kita tahu tiada kembali. Dan bertambah sakit, bila orang yang kita sayang itu pergi meninggalkan kita dengan sesal. Sesal tanpa noktah dan penghujung.

Saya anak sulung daripada lima beradik. Adikku dua lelaki dan dua lagi perempuan. Yang ingin saya ceritakan, tentang adik perempuanku si bongsu. Adik, semua panggil dia adik. Adik sekarang umurnya sudah 29 tahun.

Semua adikku belajar sampai universiti, sampai dapat ijazah. Tetapi si bongsu ini, istimewanya dia, dia seorang saja yang sambung ke kemahiran.

Realitinya saya sayai jujur, kebanyakan orang yang kerja kerajaan ni sangat banyak hutangnya. Bila gaji, potong itu potong ini tinggallah berapa sen saja.

Makin besar gaji, makin besar hutang. Realitinya, adik kami yang bongsu, yang kerja paling biasa-biasa itulah sebenarnya paling banyak membantu mak, menjaga mak.

Kami yang lain, kerja jauh dari mak, balik jarang-jarang sekali. Hulur duit pun jarang-jarang. Telefon tanya khabar pun jarang.

Pendek kata, adik habiskan seluruh hidup dia sekolah, sambung belajar, kemudian kerja. Semua bersama mak. Berdekatan dengan mak. Adik bukan tidak pandai.

Keputusan SPM boleh dikira bagus. Saat dia memutuskan mahu sambung ke kemahiran, ketahuilah puas kami menegah dan melarang.

Seterusnya dia terpaksa berdikari sendiri. Dia jaga mak, sampai akhir hayat mak. Apa-apa hal, adik. Adik beli barang dapur. Adik cat rumah. Adik buat tandas duduk untuk mak, sebab mak sakit lutut.

Adik bawa mak jalan dekat mall. Adik makan dengan mak tiap hari. Adik bawa mak ke hospital. Adik jaga mak bila mak sakit. Mak nak apa, semua adik.

Makan pakai mak, zahir batin mak, adik yang cukupkan. Sampai mungkin mak rasa dah tak perlukan anak-anak yang lain. Kalau anak-anak lain tak mahu ambil tahu pun tak apa. Cukup adik. Adik bawa mak berjalan, melancong dalam dan luar negara.

Kadang-kadang terasa hati, tengok mak bergambar di pasar terapung di Thailand. Senyap-senyap saja mak pergi.

Tapi fikir balik, betapa banyak kali saya dan keluarga saya melancong tanpa bagitahu mak, jauh sekali mahu pelawa. Bila mak buat benda sama, kenapa saya nak terasa pula? Itulah rasa yang sama dengan apa yang mak rasa.

Menantu kesayangan mak. Nampak dia layan mak, macam mak sendiri. Meski suamiku lebih berharta berbanding si menantu mak yang bongsu itu, tetapi jelas di sini wang kekayaan tidak mampu membeli jiwa orang tua.

Mewah macamana pun kereta kami, mak tetap mahu naik kereta suami adik bila ke mana-mana. Akhir tahun lalu, graf kesihatan mak mula merosot. Selera makan berkurang. Berat badan turun mendadak.

Knser yang mak hidapi sudah merebak. Ubt sudah tidak berkesan. Tubuh mak sudah tak terdaya mahu melawan. Faktor usia. Usia mak sudah menjengah senja.

Barulah kami kerap pulang. Mahu menjaga mak. Bila saya mahu temankan mak tidur, mak tanya, adik mana. Di sinilah saya rasa sangat terpkul.

Rasa hati sangat terluka. Mak tak sudi tidur bersamaku. Dia lebih selesa tidur bersama adik, dia mahu pluk adik sepanjang lena.

Dia cuma senyum. Takpa, mak tak kisah. Sambil genggam kuat tangan adik. Saya tak salahkan mak. Saya mengerti kenapa. Saya tak perlu persoalkan kenapa. Ini harga yang saya harus bayar untuk pengabaian saya selama ini.

Adiklah orangnya yang paling layak menangis di atas pemergian mak. Dia nampak kuat di depan orang. Sebaliknya kami sekeluarga saja tahu berapa kali dia pengsan selepas roh mak diangkat ke langit.

Menangis tersedu-sedu, sampai demam. Mujur ada suami separuh nyawanya mainkan peranan. Tubuh adik yang sarat mengandung didakap sampai lega, sampai redha.

Dibisik kalimah sabar berkali-kali untuk tenangkan adik. Selepas mak tiada, barulah rasa menyesal menyesakkan dada saya. Saya rasa terpukul. Saya rasa berdosa.

Mengenangkan betapa mak korbankan jiwa dan raga saat kami membesar. Begitu sesudah kami berjaya, hati dan susuk tubuh tua yang korbankan tulang empat kerat tadi kami abaikan.

Akan saya pikul sampai nafas yang terakhir. Terbayangkan karma menanti di hujung usia. Jujur sepanjang menaip ini air mata banyak kali tumpah.

Layanlah semua orang di dalam hidup, macam itu hari terakhir mereka hidup. Tak guna menyesal bila orang dah tiada.. Sebab tiada apa dapat mengubahnya. Selagi mak ayah hidup, selalu ingat untuk balas jasa mereka.

Tanpa mak ayah, kita takkan jadi kita. Bila mak ayah dah tiada, menangis air mata darah pun takkan dapat kembalikan masa.

Adik dah selamat bersalin minggu lepas. Anaknya, Mardiana. Ambil sempena nama mak. Saya tahu bukanlah mudah untuk adik mengikhlaskan pemergian mak.

Semoga dia diberi kekuatan menghadapi hari mendatang. Saya doakan semoga rezeki adik mengalir mencurah bagaikan air yang tidak berhenti, setimpal dengan kebaikannya menjaga “syurga” kami sepanjang hayat.

Percayalah, bahagia, kasih sayang, tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.