Kadang pelik jual nenas tp hari2 tak laku. Cuba pakai satu barang ni jualan jadi laju. Senyum je pakcik depan bank tengok

Salah satu perniagaan aku ialah menjual buah Nenas MD2, Nenas potong MD2 dan Jus Nenas MD2 100%. Aku seronok dan tidak segan untuk menjual Nenas di jalanan dan kaki lima.

Melalui berniaga di jalanan dan kaki lima, aku dapat melihat dan merasai sedikit sebanyak perit jerih peniaga jalanan dan ragam2 pelanggan.

Pengalaman aku berniaga di kaki lima Maybank Seksyen 9 BB Bangi, aku dapat melihat betapa lebih menguntungkan mencari ‘perniagaan’ berupa SIMPATI dan sentimen.

Lebih kurang jam 8.30 mlm, setiap kali aku sampai ke maybank utk berniaga, akan kelihatan 2 orng dr selatan thai yg berpangkat pakcik dan makcik memakai kopiah, kain pelikat tudung labuh dan sanggup duduk langsung diats lantai kaki lima

Memang nampak kesian. Berkesan sungguh emotional effect pada org lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai. Padahal kotor lantai tu.

Selepas itu, aku kena angkat 2-3 bakul berisi Nenas seberat 50-100kg, peti sejukbeku polystrene berisi Nenas potong dan Jus, penimbang digital, 3 keping plywood utk letak Nenas, kain utk lap botol jus, tisu, baldi kecik isi air utk cairkan jus yg beku, bekas duit tukar, tester Nenas, toothpick, beg plastik, stand up bunting, papan harga, dll.

Itu belum diambil kira proses persediaan sebelumnya iaitu proses mengupas kulit Nenas, membuang mata Nenas, memotong Nenas, slow juicing nenas, memasukkan dalam container plastik dan botol jus, melabelkan bekas dan botol dgn stiker produk, dll.

Kesimpulannya, bisnes model aku berteraskan kualiti, harga berpatutan dan usaha yang gigih. PENAT.

Setelah aku bersedia untuk memulakan proses menjual produk Nenas2ku, kagum aku melihat ‘perniagaan’ berteraskan simpati Pakcik Makcik itu begitu laris.

Boleh kata ada saje pelanggan yang ‘mencampakkan’ 10 ringgit, 5 ringgit kepada mereka. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa2 pun barang jualan mereka. Ajaib sungguh. Duit masuk, barang tak keluar. WOW!

Ada sekali tu, duit tukar aku dah habis, jadi aku risau tak dapat nak bagi duit tukar pada pelanggan nanti, jadi aku minta pada pakcik dan makcik tu nak tukar note 50 aku sebab aku tahu mereka dapat banyak duit note 10 dan 5.

Yang menyedihkan, mereka kata takde dan tak dapatlah aku tukar duit dgn mereka.

Nampak sangat menipu. Aku rasa mereka telah dilatih utk tidak bagi kerjasama sebab nanti ‘kantoi’ la mereka dapat banyak duit.

Setelah beberapa kali aku berniaga di situ, aku dapat rasakan mereka rasa ‘tak sedap’ sebab mereka tahu aku tahu ‘taktik’ mereka dan pendapatan mereka.

Mereka cuba berbaik2 dgn aku, biasalah sembang2 tanya itu ini. Kadang2 macam kenen2 nak makan free. Maaf, aku tak dapat bagi. Dia mampu beli sebab dapat duit banyak.

Bisnes model menagih simpati dan ‘agama’ sangat berjaya di dalam pasaran orang Melayu di serata lokasi. Orang Melayu memang ‘cerdik’.

KOPIAH

Muka aku sebijik macam Cina. Org Cina pun ingat aku Cina. Jadi, kalau aku jaga booth aku, org Melayu tgk atas bawah dari jauh. Payah nak singgah membeli. Apa nak buat.

Jadi, walaupun aku paling tak suka ‘menunggang’ agama, aku terpaksa pakai kopiah semasa berniaga. Analisa aku menunjukkan, jumlah sales sangat jauh berbeza apabila aku memakai kopiah dengan apabila aku tidak berkopiah.

Sales jatuh teruk apabila aku tertinggal kopiah aku kat rumah. Pelik. Produk aku kualiti dan halal tetap yg sama tetapi Sales figure berbeza apabila berkopiah dan tak berkopiah.

Dan aku juga yakin, selagi orang Islam meminta-minta, menipu dan masih tidak ‘cerdik’ di dalam memberi sedekah atau membeli, umat Islam akan terus mundur.

Buktinya ialah, mana ada negara2 maju seperti Jepun, Korea, Switzerland, Denmark, Australia dll yg rakyatnya akan menyusun strategi, taktik dan meminta-minta dan menagih simpati.

Berniaga itu SUNNAH. Meminta-meminta bukan SUNNAH.

Gunakan akal kita. Bukan hanya emosi.