“Itu anak kau kan, nape tak jaga” dah 3x buat loan untuk ibu, baru tahu layanan dia pd aku

Assalamualaikum. Dah lama aku terasa nak menulis di sini tapi belum ada kekuatan. Pertama kalinya, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada yang sudi membaca kisah aku sebagai anak sulung perempuan.

Ya seperti aku cakapkan, aku anak sulung perempuan. Dibawah aku ada 3 adik iaitu yg ke-2 juga perempuan dan seterusnya lelaki.

Sejak kecil seawal umur aku 10 tahun aku dah mula masuk dapur. Sejak kecil seawal aku umur 10 tahun aku da mula masuk dapur.

Masa tu aku belum pandai memasak tapu aku tetap masuk dapur sbb aku sgt takut dgn ibu. Ibu sgt garang . Lps subuh aku dah mula buang kulit2 bawang.

Aku buat je banyak-banyak sebab aku tak berani tanya ibu, nanti kena marah. Aku siang ikan, siang sayur semua siap-siap. Ibu aku cuma masak je.

Ibu aku ckp dia tak heran aku grad sbb anak orng lain lebih pandai dr aku. Ya sepanjang majlis konvokesyen ibu tak bertegur sapa dgn aku. Ibu akan selalu brukkan aku dkt rakan2 sekerja ibu.

Ckp aku malas , aku kurang ajar, aku tak pedulikan ibu dan mcm2 lg yg buat aku sampai tak nak jumpa kwn2 ibu sbb aku malu.

Apa yang aku malas pun aku tak tahu sebab aku sentiasa buat kerja rumah sebab aku takut pada ibu.. Masa aku baru baik dari operation pun aku masih bangun buat kerja rumah, masak walau aku masih sakit sebab ibu suruh aku buat juga.

Aku tak membantah pun tapi ibu tetap burukkan aku pada semua orang. Bila aku jumpa saudara mara, mesti diaorang akan nasihatkan aku macam-macam atas kesalahan yang aku tak buat. Semua sebab mulut ibu..

Aku cepatkan cerita kalau tak memang lagi panjang. Sekarang aku dah berkahwin dan dah bekerja.

Tapi, janji tinggal janji walau masing-masing dah bekerja. Akhirnya ibu aku tanggung sendiri, ibu tak marah diaorang dan tak minta atas alasan diaorang baru bekerja.

Tapi aku yang ibu akan cari untuk selesaikan bahagian-bahagian yang ibu tak mampu selesaikan.

Belum lagi ibu paksa aku buat pinjaman untuk selesaikan hutang-hutang ibu.

Dah tiga pinjaman aku buat untuk ibu. Aku turutkan atas dasar tanggungjawab tapi jujur aku akui aku dah sangat-sangat tak mampu penuhi semua kehendak keluarga.

Kadang-kadang bila aku berterus terang, ibu minta aku pinjam duit dari suami aku. Sebab kesiankan aku suami aku sentiasa turutkan sebab hanya dia yang tahu macam mana susah payah aku cari duit untuk membahagiakan ibu aku.Tapi apa saja yang aku buat, ibu tak pernah nampak.

Aku berjaga sendiri bila anak bangun malam nangis. Alasan ibu nanti dia akan sakit kepala kalau terjaga bila anak aku nangis .

Tapi masa adik aku berpantang, ibu aku teman dia tidur malam. Aku banyak kali menangis sepanjang berpantang di rumah ibu sebab siang malam hadap ibui hamun ibu . Sampai aku hampir meroyan.

Aku pernah suruh ibu aku diam masa ibu tengah maki hamun aku sebab aku rasa nak baling anak yang aku sedang pangku masa tu sebab dah tak tahan. Tapi ibu aku tak peduli pun.

Adakah aku berdosa sebab jarang balik jenguk ibu dan adakah aku berdosa sebab ada dendam pada ibu sendiri? Aku tak benci ibu.

Aku sayang ibu tapi aku tak boleh lupa apa yang aku lalui dari aku kecil sampai sekarang.