Wife seorang ustzah, hampir 2 tahun perkahwinan kami. Tp sikit pun tak pernah sentuh dia sbb ada bende yg aku tak jangka.

Nama saya Man, asal KL tapi bekerja di perak. Kerja syarikat swasta. Umur hujung 20 an.

Cuma nak kongsi kisah ringkas buat pengajaran untuk pembaca semua.Saya sudah berkahwin hampir 2 tahun, belum dikurniakan cahaya mata.

Perkahwinan kami asasnya suka sama suka, tapi sangat jarang berhubung dalam tempoh bertunang, jadi boleh katakan kami bercinta selepas nikah.

Dalam tempoh bertunang alhamdulillah tiada apa-apa halangan antara dia dan saya, namun ujian saya berbeza, saya diuji selepas berkahwin.

Awal perkahwinan kami bahagia, kami sempat berbulan madu, berjalan-jalan, orang kata kentut masih wangi.

Bini depan mata boleh tengok je, asal berjumpa tengah cuti, asal nak cakap penat, cakap ngantok. Sebab tu belum ada anak.

Ada yang pernah cakap kenapa tak ikut bini pindah sekali kan lagi mudah kawalan, saya bukan taknak, tapi alhamdulillah rezeki saya kerja kat sini gaji hampir 5k, kalau ikutkan dia tak payah kerja pun boleh, cukup sangat nak sara, saya bukan tak pernah applykan sekolah area sini, dapat dah pun, tapi bini yang taknak, yelah sana dekat dengan rumah dia.

Cerita ni berlarutan sampailah beberapa bulan lepas saya balik, Allah nak tunjuk kat saya, bini saya lupa log out fb dia kat laptop, saya buka; sangat terkejut, saya ambik jugak hp dia (waktu dia tidur) saya buka (mujur saya pernah nampak dia taip password), dalam tu bukti semua kekusutan saya terjawab.

Rupanya bini saya ni songsang. Allah.. saya sgt terkejut,mengucap panjang saya, saya tgk gmbar video whatsap sgt menjijikan.

Sy tak sangka dia mcm tu, dan sy check balik kt FB dia, sebenarnya benda ni da berlarutan 2 3 tahun sebelum sy kahwini dia lagi.

hampir 2 jam saya dengar & membalas, selama ni yang saya anggap bini yang baik, solat malam tak tinggal, tapi ini perbuatan dia belakang saya.Pagi tulah terbongkar semua.

Dia dah mula tinggi suara, marahkan saya, salahkan saya, seolah saya membuka aib & pekong dia, tapi saya tak tahu macam mana, saya tak marah kat dia, saya bagi peluang kat dia, dengan harapan bini saya berubah & menyesal perbuatan dia tu.

Cikgu agama apakah begitu ? Silap hari bulan anak murid jadi mngsa, saya walaupun bukan ust tapi saya tahu basic agama, saya tahu mana haram mana halal, patutlah makin tak bertanggungjawab,

selama ni fokus dia kat kawan s0ngsng dia tu, dan lagi sadis, kawan dia pun baru berkahwin, kesian suami dia sama macam saya nanti.

Dan saya ada terbaca, golongan sonsang terutamanya perempuan ada lah yang paling susah sekali nak kesan, elok berjubah, elok bertudung labuh.

Dan kalau takde bukti, saya tak rasa keluarga dia boleh terima, sebab dia keluarga yang baik-baik, kebanyakan adik beradik dia mengajar agama, jadi kalau saya balik hujung bulan ni, akan ada konflik terbesar yang akan jadi.

Saya tak tahu apa perlu buat sekarang, nak berhadapan dengan keluarga, kawan2, staff syarikat, kalau jadi berpisah, saya rasa macam saya buat satu kesalahan paling besar dalam hidup, track record saya dah buruk, saya menyumbang angka penceraian.

Saya rasa tu dulu cerita saya, tak mampu nak taip dalam sedih ni, suami menangis, kalau rasa kahwin boleh datang mudharat pada diri & orang lain, lebih baik jangan berkahwin, sudahnya masing-masing dalam kesusahan.

– Man (Bukan nama sebenar)