“Ummi, angah masuk palapes tau” Lepas kakak bgtau ummi sesuatu, terus ummi halang. Tak tahu nape.

Umi, angah join palapes tau-lps akak bg tau mak sesuatu,cpt2 umi halang,lain yg terjadi
2006-2009

Kisah ni berlaku 14 tahun lalu. Kisah anak kampung yang mengejar cita-cita di UPSI, tanjung malim, Perak. Aku perkenalkan diri aku sebagai Tina.

Minggu pertama di UPSI, aku dan partner in crime aku, Suraya singgah dekat booth palapes. Palapes ni stand for Pasukan Latihan Pegawai Simpanan under Angkatan Tentera Malaysia.

Aku masih ingat lagi muka puan senior tu, dia sapa kami. Dia promote, “Jum la masuk palapes. Awak nanti dapat elaun tau. Bukan sikit. Ribu ribu dapat, dah tak payah menyusahkan mak ayah mintak duit nanti . Lepas tu awak boleh stay dekat kolej kediaman. Awak tak payah susah susah cari rumah sewa.”

Blink 1. Elaun + tak susahkan mak ayah

Blink 2. Tempat kediaman

Aku diam je masa mak larang. Tapi masa tu bagi aku dah terlambat keluar baris. Aku dah angkat sumpah. Macam macam ujian kelayakan aku dah buat. Tambah pula dengan perangai aku yang keras kepala, aku pasrah…

Maka aku pun menempuh onak duri 3 tahun dalam palapes sampai mak aku tak kenal lagi aku masa tu. Budak hitam pekat. Mula-mula je aku gigih pakai sunscreen, lama-lama aku naik menyampah menipu diri sendiri.

Ada coursemate aku cakap aku ni cantik, tapi sayang hitam benorr. Aku ingat lagi jawapan aku,

“Budak palapes tak pentingkan kecantikan”.

And yes, duit aku tak habis beli mekap bagai. Watsons pun aku tak heran la walau duit kadet kepuk kepuk. Hahaha, riak.

3 years journey, cut short. Peristiwa yang paling aku tak boleh lupa masa aku menggali kubu. Ketinggian kubu tu wajib bila kau duduk dalam tu, musuh tak nampak kepala kau.

Dalam palapes ni, JL (jurulatih) aku minta kami pegang 1 ayat sampai tauliah. Mesti dan harus pegang. Palapes bertindak pakai kepala lutut bukan otak.

Yelah, kalau ikut akal kau yang logik tu, sanggup ke kau redah hutan tebal, berjalan berkilometer sampai kaki melecet, tak mandi berhari hari. Semua tu tak perlu pakai otak. Nanti silap silap kau resign terus sebab tak sanggup.

Peristiwa ke 2 yang aku ingat, untuk merapatkan ukhwah fisabilillah kami, senior belanja kami makan sebiji gula2.

Start dari orang pertama sampai kepada orang yang ke-38, main pas pas gula2 tu. Nak tak nak, kau kena habiskan gula2 tu. Ada yang muntah. Ada yang menangis jijik.

Gila kau nak makan air liur orang lain? Tapi aku dah mindset, ini gula2. Ini bukan najis. Makanya masa tu aku berjaya buat senior aku tu annoying gla dengan kesanggupan aku makan gula2 yang dikongsi makan oleh 38 kadet lain tanpa meroyan mahupun menangis.

Jun 2009, staf minta kami poskan surat jemputan pada ibu bapa untuk hadir ke majlis pentauliahan. Aku telefon mak, beria ria minta mak ayah datang. Mak cakap,

“Maaf lah angah, abah cari kereta kawan nak pergi tapi tak ada. Lagipun johor jauh, tak ada duit nak ke sana”.

Aku cakap,

“Tak apalah umi, simpan je kad tu nanti ye”.

Pura pura kuat tapi hati menangis. Kawan aku nak kad tu untuk pelepasan tetamu masuk dewan, tapi aku bertegas tak mahu bagi. Biarlah mak simpan kenangan aku bergolak gadai dalam kad istimewa tu.

Tiba hari pentauliahan di Utm Johor. Mak ayah aku betul betul tak dapat datang. Aku pendam perasaan je saat kadet lain bergembira dengan keluarga masing masing.

Adik adik kecil lagi, manakala aku dan kakak sama sama menuntut ilmu di menara gading. Allah bayar dengan cara yang cukup menyentuh hati. Mak ayah hargai apa yang aku buat.

Panjang perkongsian aku ni, UPSI dan palapes sama2 mengajar aku menjadi matang. Dalam hidup, usah takut keluar dari kebiasaan, tapi takutlah jika kau selamanya merasa senang berada di takuk lama…