Skrang Balqis trlantar, masa ni kami cuba selidik boifrend dia, terkejut kami bila nampak identiti sebenardia

Kisah ni kisah kawan aku yang aku namakan sebagai Balqis . Kawan baik aku. Kawan aku yang masih di fasa melayan kecewa yang aku harap akan berakhir dengan cepat walaupun aku tahu mustahil .

Balqis pernah bertunang dengan lelaki bekerja di tengah lautan . Lelaki ni pulak kawan futsal abang aku.

Setianya Balqis sepanjang bercinta sampai bertunang tak pernah ada ruang untuk lelaki lain. Serba sedikit mengenai Balqis ni dia sebaya Esya. Orangnya cantik, kulitnya cerah, manis bertudung, berfesyen muslimah,

bekerja dalam bidang profesional, sangat berdikari. Tetapi malang bagi dia tunang yang dia setia sebenarnya menyimpan rahsia terbesar dalam hidup.

Tunangnya pernah berkahwin tetapi dirahsiakan dari pengetahuan Balqis ni. Bila dah tahu, Balqis nekad tinggalkan tunang dia.

Dah beberapa bulan diorang in relationship baru aku tau. Nampak Balqis ni lebih ceria dan semangat bila kenal Apis ni. Rupanya dah serius ke arah perkahwinan dah pun. Aku happy tengok dia macam tu.

Yang stress Farid (ex tunang Balqis). Farid ingat Balqis akan cari dia balik tapi dia silap. Balqis move on dan tak pandang belakang dah.

Farid suruh aku pujuk Balqis. Macam aku cakap Balqis ni wanita independent, dan biasanya keputusan dia muktamad.

Pada aku, kalau aku jadi Apis ni aku dah tak cari lain dah. Kasih sayang, setia, hormat dan ciri-ciri buat bini (pandai masak, pandai ngaji, jaga aurat, jaga solat, garang dengan lelaki) yang ada kat Balqis ni cukup buat lelaki bahagia.

Tapi, macam aku cerita awal tadi. Balqis ni nasib tak baik dalam hubungan. Takde angin tiba-tiba aku dengar Apis tinggalkan dia tanpa kata.

Sebab, ikut cerita Balqis, Apis ni bujang umur 33 tinggal di sebuah negeri sebelah KL (utara), kerja di tengah laut, peribadi baik.

Selama ni pun kawan-kawan kitorang ramai setuju cakap nampak layanan Apis ni memang sayang kat Balqis. Tapi tahu apa yang kami jumpa?

Apis ni dah pernah berkahwin 2018. Tak pernah bercerrai dan belum ada rekod failkan pencerraian. Rekod syariah yang kami jumpa, kes khalwat dia sebanyak 2 kali, rekod pergi Indon dengan Ex, check in sama bilik dengan ex dan beberapa lagi rekod yang tak berapa baik.

Dalam keadaan dan rekod ni aku rasa cukup dah untuk Balqis move on. Lagi pun Apis dah blah tinggal dia. Tapi aku silap.

2x kena dump buat dia jadi heartless. Rasa dia dah hilang. Bukan takde yang try dia, hati dia dah takde untuk hubungan yang sia-sia.

Rutin yang menjadikan dia kuat? Lebih kepada spiritual sebenarnya. 2 minggu ni memang aku nampak dia menangis tapi depan aku dah kurang.

Setiap malam sepanjang 2 minggu ni aku nampak (dia ingat aku tidur betul) dia bangun dan menangis atas sejadah- menangis yang paling sakit, menangis tanpa suara.

Dia mengaji setiap kali habis solat- ada masanya aku nampak dia lap air mata masa mengaji. Aku tau dia sedang mencari kekuatan. Aku taknak kacau masa dia berdua dengan Tuhan.

Aku taknak dia tau aku nampak dia lemah, Balqis aku sentiasa doa kau kuat Balqis. Aku sentiasa doa kau dilapangkan dada dan diberi ketenangan jiwa.

Menangislah Balqis kalau tu mampu menguatkan kau. Bagi aku, dia tak rugi pun kehilangan Apis. Nilai diri wanita seperti ini terlalu besar untuk manusia sampah jenis Apis dan Farid.

Dan air mata dia takkan jatuh lagi untuk kau. Kau pun ade adik beradik perempuan pis. Jenguk-jengukla selalu. Takut nanti adik beradik perempuan kau pulak kena dumb macam kau buat Balqis ni.

Buat Balqis dan wanita-wanita yang senasib, aku doakan korang kuat selalu. Move on lah bila tak dihargai. Ramai lagi orang yang sayangkan korang dan ada je lelaki yang mengharap korang jadi pasangan cuma belum berjumpa lagi.

Teruskan berdoa, teruskan perbaiki diri. Jodoh yang terbaik OTW untuk korang insya-Allah!