Gaji suami yg berbelas ribu habis sekelip mata kerana hanya tanggung adik di kampung. Lambat laun aku bagi pilihan juga

Aku seorang isteri. Sebelum berkahwin aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan serba cukup. Didikan agama yang cukup kerana ayahku seorang bilal.

Selepas spm aku meneruskan pengajian kesebuah IPTA. Atas sebab2 tertentu aku berhenti kerja dan berkahwin dengan suamiku seorang lelaki yang cukup sempurna untuk aku sehinggalah beberapa peritistiwa berlaku dalam rumahtangga kami. Spesifik ‘rumah mertua’ ku.

Sebelum aku meneruskan, biar aku describe sikit siapa suami aku. Dan kenapa aku kata dia sempurna.

suami aku fizikal nya agak menarik. Berpangkat, berpendidikan dan mempunyai kerjaya yang baik. Solat puasanya dia jaga.

Tapi apa yang akan aku ceritakan nanti mungkin ujian buat aku. Ya ujian aku sebagai hambaNya. Redha kah aku.. Hanya Allah yang mengetahui hati aku sepenuhnya.

Aku berpindah dari rumah ayah mengikut suami selepas sebulan bernikah. Kami menyewa rumah. Memandangkan aku tidak bekerja, kewangan sedikit haru. Namun masih stabil.

Beberapa bulan berkahwin aku merasa sesuatu perubahan pd urusan kewangan suami. Pelan-pelan aku selidik. Maka, inilah permulaan masalah rumahtangga kami.

Atau boleh aku katakan sebenarnya bibit bibit punca aku sehingga kini membenci keluarga suami. Yang suami aku anggap telah membuang keluarga nya. Hakikatnya tidak. Cuma hatiku tawar. Aku masih menjenguk keluarga nya.

Suka berhutang. Masalah bermula bila aku dapat tahu suami ku kekeringan duit poket. Kereta yang disambung bayar dari abang ipar tidak lagi mampu dibayar. Dan terpaksa diserahkan balik.

Maka ketika aku disahkan mengandung kami tidak punya kereta. Tak apalah, sebab masa aku kenal suami pon kami bercinta menaiki pengangkutan awam. Aku bukan perempuan yang mengharap lelaki kaya.

Adik dia yang lelaki sorang tu memang suka berhutang. Dia lah yang paling aku benci, namanya ali (bkn nama sebenar) pertama, ketika suami aku bertugas jauh dari kampung masa bujang, dia tinggalkan kereta nya di kampung.

Tau apa jadi? Adik dia kata kereta accdent dan total lost. Tapi bila suruh tunjukkan kereta, kereta takde. Suami aku jenis tak suka besarkan cerita dengan adik bradik dia. Jenis diam dan banyak mengalah.

Inilah punca suami aku kena blacklist yang menyebabkan dia tak boleh beli kereta masa awal kahwin. Masa tunang dia hanya mampu smbung byr kereta abang iparnya.

Tp kereta tu dipulangkan bila selepas kawin kami tak mampu membayar. Untuk membeli kereta lain ketika aku mengandung anak pertama suami aku terpaksa clearkan blacklist kereta yang total lost tu sebab sejak kereta tu tak wujud laki aku tak bayar dah loan kereta.

Nak claim pon tak boleh. Loan pertama tu sebanyak rm19k. Kemudian adik dia yang malas kerja ni dan byk hutang ni suruh suami aku balik ke utara sedangkan kami duduk di selatan semata-mata dia nak buat loan untuk pertanian.

So, selepas loan blacklist kereta, loan ladang cili, dan personal loan yang akhirnya baru2 ni suami aku yang selesaikan juga sebanyak rm7k..

Terlalu banyak suami aku berhabis duit yang sia sia. Termasuk menjadi pembayar majlis kahwin mereka yang majlis sakan tapi tak de duit.

Tak ukur baju di badan sendiri. Sehingga sekarang suami aku menangung hutang sia sia itu. Adik beradik lain kalau setakat pinjam 3-4k mmg tak bayar.

Masalah kedua keluarga mertua aku ni ialah moral. Dua adik lelaki suami aku keluar masuk lokap dan kerja nya kena tangkap polis je atas mcm mcm kesalahan.

Tadi aku cerita pasal majlis kahwin kan. Yang sorang tu kahwin selepas isteri nya melahirkan anak.. Ye ziina.

Dari 10 anak nya hanya 2-3 saja yang elok. Termasuk suami aku. Itupon suami aku ada juga lalai nya, nanti aku ceritakan apa masalah suami aku.

Ali dengan tak kerja nya, kerja sekejap berenti, pinjam duit, menumpang umah MIL, hutang sana sini, gnja nya.. Aki dengan keluar masuk lokap kes curi, berziina dan skrg jadi duda dah. Tak puasa.

Aku kalau balik kampung masak untuk anak anak aku yang bwh 5 tahun. Selamber je dia ambik makan. Mil aku dari dulu tak pernah kejut anak anak bersahur.

Yang aku nampak. Sebab penah aku balik kampung bulan puasa awal2 kahwin MIL aku tak kejut sampai kami hampir terlepas.

Masa tu kami baru sampai dari jauh dan sangat letih. Bila tersedar dah lewat boleh Mil aku cakap ‘aku dah sahur makan biskut tadi’ aduh sedih, berbeza dengan rumah mak aku yang mak aku bangun siap kan sahur untuk kami.

Tp sebab perempuan br berusia 14-15thn. Keluarga perempuan buat laporan polis.. Dan setelah berbincang kes ditarik namun adik dia dibawah pengawasan untuk bekelakuan baik.

Tp selang beberapa tahun, sekali lagi dia melakukan kesalahan yang sama. Setahu aku dengan perempuan yang berbeza. Kira ini kesalahan kedua tuduhan mer0gol.

Dan ayah perempuan paksa mereka bertunang. Terpaksa lah adik dia bertunang untuk elak dikenakan tuduhan mer0gol. Kahwin bila aku pon tak tahu.

Aku tahu, ibu adalah syurga seorang anak. Aku tidak pernah menghalang suami aku untuk taat dan berbuat baik pada ibunya. Sebak.

Tapi, selama kami menjadi menantu dia. Dia tidak pernah melayan dengan baik. Pada asalnya dia biasa saja. Bkn ibu mertua yang menzalimi menantu.

Memandangkan aki tidak bekerja tetap, isteri nya bekerja untuk mencari duit. Dua anak nya ditinggal dirumah mertua.

Penah anak seusia setahun dua itu terbiar merata rumah, berak pon tidak berbasuh. Makan pon tidak. Bila aku tanya sebab kebetulan aku br sampai, mertua aku jawab “entahlaa mana mak dia tinggal je anak” walhal dia tau menantu nya tu bekerja sebab anak lelaki dia tak boleh harap.

Apa salahnya dia tolong jaga cucu, bukan dia tak larat. Usianya ketika tu baru 50an. Suka salahkan menantu. Walhal anak anak sendiri mcm2 masalah tak pernah dia sedar.

Skrg menantu dia tu dah berkahwin lain. Alhamdulilah hidup lebih baik dari hidup dengan anak lelaki dia. Satu lagi habit mertua aku, bila die kemana mana dia akan minta itu ini. Aku malu.

Kalau majlis makan dia akan duduk makan lama mcm dah 7 tahun tak makan. Ok itu takpe. Tp, bila orang tak offer dia akan minta bungkus. Kalau orang offer lagilah dia suka untuk laju2 bungkus bawa balik.

Begantung plastik ape semua, makanan buah tapi tak makan sampai busuk, berbau dan jd sampah habuk semua. Sampai aku tak rela nak masuk dapur untuk masak.

Pernah aku kemas dapur dan rumah dia. Mertua aku keluar tak balik2.. Berjalan rumah jiran. Sampai aku siap kemas baru dia balik.

Aku pesan pada adik bradik suami, untuk teruskan kemas dan kekalkan kersihan dan kekemasan tapi kakak dia sound aku mengungkit tolong emak. Dan adik dia ali kata sesekali aku balik nak bising.

Mak aku pesan, jgn masuk campur. Itu rumah mereka aku orang luar. Sedih. Ye aku orang luar, tapi aku pon tak selesa. Dapur bekerak.

Kadang aku kesian dengan suami aku. Dia suami yang pada aku baik, anak yang sangat taat pd ibunya. Sangat menjaga hati ibunya.

Kadang2 dia berbelah bagi antara aku dan ibunya sebab kadang2 aku sangat bekehendak perubahan. Aku tak boleh hidup dalam keadaan macam tu.

Aku stress memikirkan masalah keluarga suami. Memandangkan kampung kami tidak lah jauh mana. Cerita kelakuan keluarga suami kadang2 sampai ke telinga orang kampung aku.

Contoh kes ziina adiknya dengan cucu orang kampung aku.. Sedih.. Malu.. Kesian mak ayah aku tak banyak terpalit juga.