Sy berkulit gelap tp suami kategori kacak lah. Layanan hari pertama selepas nikah buat sy teringat-ingat.

Kisah saya dan dia ni tentang saya dan suami saya. Sedikit pengenalan tentang diri saya. Saya Husna bukan nama sebenar, berusia hampir 30 tahun.

Saya dan suami berkenalan tak lama. Tak sampai sebulan kami kenal, kami dah cakap pasal mendirikan rumah tangga.

Lepas 7 bulan kami bertunang, lepas 6 bulan kami nikah. Sebelum nikah, banyak kali saya nak putuskan hubungan kami. Banyak perkara yang saya tak suka tentang dia.

Pertama, dia agak kedekut. Selalu kalau tengah hangat bercinta, dan tentu2 si lelaki sanggup korbankan wang ringgit untuk kekasih dia kan.

Pastu terus tinggalkan saya terkontang-kanting angkat barang. Terasa la juga saya. Lepas tu, kalau keluar dengan saya, dia mesti jalan depan jauh tinggalkn saya, kalau jalan sebelah2 pun mesti ada jarak sampai orang pun tak tahu saya tengah keluar dengan dia.

Saya rasa dia geli kot jalan dengan saya, yela bukannya cantik pun. Pandang saya pun macam nak tak nak.

Dia tu kategori ada rupa la juga. Tinggi, tough, hitam manis. Saya hitam je, manis tak ada. Tu sebab kot dia macam cuba mengelak dengan saya.

Pastu kan, perempuan lain elok je dapat hadiah masa birthday. Saya jangan cakap hadiah, wish pun tak. Masa tu memang saya mengamuk sakan la.

Biasa la tipikal perempuan. Tak ingat anniversary, macam nak kiamat rasanya. Memang saya tak sabar nak minta putus. Tapi saya sabar lagi. Yela bila memikirkan, saya ni dah la tak cantik, demand pula macam2. Dah ada orang nak, terima jela.

Walaupun gaji saya 2 kali ganda dari gaji dia, tak pernah sekali dia minta duit saya walau 1 sen pun. Kalau saya offer, dia akan tolak seolah-olah macam maruah dia jatuh gila bila ambil duit saya. Bila saya tolong bayarkan bil tak bagi tahu dia, mesti dia ganti balik diam2.

Tahu2 duit saya dah bertambah. Sepanjang kami nikah, rutin dia sama je, pergi kerja pagi, tengah hari balik kejap makan dengan solat, pergi kerja balik pastu petang balik rumah.

Tak pernah keluar melepak dengan kawan waktu malam, kalau keluar rumah bila perlu beli sesuatu, kalau tak, dia dok je dekat rumah melayan saya membebel.

Walaupun kadang2 saya tahu dia penat baru balik kerja, dia tetap layan saya bersembang, bagi respond bila saya bercerita. Macam saya cakap, muka dia boleh tahan, tapi ala2 macam nakal gitu. Jadi saya tak la expect agama dia tu macam ustaz2.

Bila kali pertama dia jadi imam saya masa hari 1st kami kawin, sayu hati saya dengar bacaan dia dalam solat. Dengar dia mengaji untuk baby dalam kandungan, kadang2 buat saya nak menangis.

Satu hari tu, masa saya tengah tengok movie, dia teman saya dekat sebelah sambil main fb, dia ada terbaca 1 article.

Sekarang bila saya baca banyak confession pasal suami curang, tak bertanggungjawab, panas baran semua, saya betul2 rasa sedih, marah.

Saya doakan semoga semua wanita dekat luar sana dikurniakan jodoh yang soleh, bertanggungjawab, penyayang. Aamiin.