Ngintai HP abah, nampak SMS rindu2 dari lelaki. Pelik nape lelaki. Lepastu dpt surat dari bank baru tahu perangai abah.

Saya saja nak share cerita saya sebab dah lama sangat tersimpan rapi dan saya nak benda ni jadi la tauladan dan pengajaran buat kaum Adam dekat luar sana especially yang dah berkahwin dan beranak pinak.

Sorry kalau panjang tapi kalau ikutkan cerita sebenar lagi panjang. Cukup baik lah saya dah cut sana sini.

Saya dah berkahwin dan alhamdulillah dikurniakan 2 anak. Suami saya baik-terlalu baik, bertanggungjawab, nafkah tak pernah miss even saya berkerjaya, ringan tulang and tak pernah berkira. Dan saya pun sama, tak pernah berkira pada dia.

Suami saya ni kelakar, satu kepala dengan saya. Dia bahan saya-saya bahan dia, dah jadi benda biasa dah dalam dunia kiteorang. Apetah lagi bahan orang lain.. Hahaha. And benda tu la yang buat kiteorang bahagia (cewah).

Tapi kadang2 saya terasa lawak2 dia especially bab2 poligami even saya tau dia melawak. Kadang2 dia melawak bab2 poligami ni.

Sebelum abah saya pindah dok negeri lain, dia minta ibu saya berhenti kerja even masa tu ibu saya kerja bagus, Secretary di sebuah syarikat terkemuka.

Masa ibu berhenti, ibu dapat pampasan dari syarikat sebab dia ambil vss. Disebabkan ibu dah kerja more or less 30 tahun, so dia dapat berpuluh ribu jugak lah.

One fine day, kad Bank ibu hilang. Abah suruh call bank terminate kad tu. Ibu buat. Abah cakap nanti dia bawak pergi Bank buat kad baru, jangan pergi sendiri sebab abah saje nak temankan.

Sampai berminggu2, abah tak bawak2 ibu pergi Bank sebab dia kata dia terlalu sibuk. Kenapa ibu tak pergi buat sendiri? Sebab abah bagi ibu duit belanja terlalu cukup.

So, ibu kata tak ade kad Bank pun kami anak beranak boleh survive. Abah pun dah mula jarang balik. Kalau dulu seminggu sekali, then jadi 2 minggu sekali, ade pernah sampai 2 bulan sekali.

Ibu terus call abah, dia kata jangan risau dia dah kawin dengan pihak Bank. Masa ni bulan puasa. Sebab bulan mulia, ibu percaya abah bulat2, termasuk kami adik beradik.

Hari berganti hari (few weeks before raya), abah tak call2. Bila ibu call, dia kata jangan call sebab dia busy.

And last sekali ibu call suruh abah balik sebab nak beli baju raya kami, abah cakap, “Asyik call suruh balik je. Kang abang tak balik sampai bila2 baru tau”.

And yes, slightly after that dia tak balik2- hilang tanpa khabar berita. Dia tukar phone no, dah tukar kerja, even rumah sewa dia pun dah kosong. BTW, kiteorang pernah pergi rumah sewa dia and stayed sana masa cuti sekolah.

Kami jadi zero. We had nothing left except for each other. Rumah kena sita. Tapi alhamdulillah kami sempat pindah and angkut barang2 ke rumah kampung wan (nenek sebelah ibu). Dan paling sadis, ingat tak kad Bank ibu saya? Abah saya yang ambil.

Senang kami nak balik jenguk ibu and adik. Ibu kerja customer service dekat 1 company ni. Kerja shift. So kalau shift malam, adik akan tidur dekat ofis ibu sebab tak biase tidur kalau takde ibu.

Orang kata cliche tapi this is reality, bila kita susah baru kita tahu siapa saudara. Adelah conflict dekat rumah pakcik saya yang membuatkan mak saya pindah balik ke negeri asal kami. Ibu dok dengan paklong pulak. Adik pindah sekolah lagi. Ibu pulak kerja dekat company textile.

Sebelum dapat kerja dekat company textile tu, ibu kerja kedai makan basuh pinggan mangkuk and potong2 sayur. Ibu takde qualification. She started as kerani je dulu sampai dia jadi secretary to one of the managers.

As predicted, benda cliche jadi balik. Dan conflict2 ni jadi dari ipar duai. Ibu nekad cari rumah sewa. Alhamdulillah dpt rumah Town House yang owner sgt2 baik hati.

Masuk tak pabah deposit. Terima kasih En. Nordin. Semoga Allah murah kan rezeki selalu. Walaupun Town House, itu lah syurga kami: syurga saya untuk bertahun2.

Duit biasiswa dia memang dedicated untuk family, duit gaji part time . Tu sebab rezeki dia melimpah ruah sekarang. Terima kasih, balong, for everything.

Sepanjang almost 8 tahun abah tinggal kan kami, ade lah cari2 dia. Tapi mmg tak jumpa. Family sebelah abah pun kata abah tak balik2 kannpung.

Ibu, abang, saya and adik macam orang gila turun naik Court untuk fasakh ibu. Tapi itulah, undang2 nnanusia buat ni menyusahkan. Bertahun2 tak jatuh2 fasakh, tak paham saya.

Sampai lah saya nak kawin, nak taknak kena jugak cari ‘wali’ saya. Sampai mahkamah suruh masukkan dalam paper.

Tapi Alhamdulillah, jumpa weiiiii. Macamane jumpa, biarlah saya and family saya je yang tau. First time meeting him after several years, taktau mcmane nk react wehhhh: nak peluk ke tampo ke sepak ke cium ke tumbok ke tenang ke dodoi ke.

Kenapa lah seksa ibu sampai mcmni? . Dan benda yang paling saya rasa sedih sampai hari ni, takde sebutir maaf pun keluar dari mulut abah saya pada kami. None. Yillek.

Saya redha tapi saya tau ibu saya pasrah. Sebenarnya terlalu banyak benda yang berlaku. Kami dengan abah still contact, which dia akan bawak anak dia yang bongsu (anak dengan bini dia) datang rumah kami everytime raya.

Tapi without bini la, kalau tak perang dunia la wo iii. Orang kata, whatever it is, dia tetap abah kau.

Ye, memang sebab kau tak berada ditempat saya. Saya boleh memaafkan tapi tidak sesekali melupakan. Dan korang tau yang lagi sadis, family belah abah tau dia kawin lain and abah ade je balik kampung sebenarnya.

Saya tak paham kenapa nak rahsiakan. Menjawablah korang kat sana besok. BTW, nenek n atok belah abah saya dah arwah. So yang rahsiakan ni pakcik2 n makcik2 saya lah. Cissskekkkkk jugak kan?

So, kalau laki saya baca ni dan dia tau ni saya, saya harap kau kurang2kanlah lawak2 poligami kau tu. Saya tertawa dalam tangisan. Saya bukan benci lawak2 tu tapi tak suka.

Akhir kata,

“Forgive others not because they deserve forgiveness but because you deserve peace.”