Jalan gemas – segamat, ayah terlanggar sesuatu. Tengok tak ada apa2. Tiba-tiba kereta tak boleh hidup dan adik tersedar.

Hai dan nama samaran saya iwan, umur 22 tahun dan berasal dari Perak, sekolah kat Negeri Sembilan sambung belajar kat Johor dan sekarang stay kat KL.

kisah yang saya nak ceritakan ini sedikit sebanyak diharap dapat menghiburkan anda. Bukan apa saya pon nak gak orang tahu pengalaman kita kan.

Untuk dijadikan permulaan cerita, saya ni nak kata penakut tak juga tapi takde la berani sangat sampai boleh tengok muka hantu, kalau dapat tengok komfem boleh pitam tak kisah la hodoh ke cantik ke kalau hantu tetap hantu.

First of all, kisah bermula sewaktu saya nak balik kampung sedara tahun 2014. Kampung kat Segamat Johor dan masa tu stay kat Negeri sembilan so makan masa la gak nak sampai.

Malam makin gelap, jalan lama ni tak banyak lampu and masa tu saya duduk depan, mak dengan adik duduk kat belakang. Masing-masing dah membuta kat belakang tinggal saya dengan ayah. Kang kalau saya tidur takkan ayah nak berjaga sorang-sorang kan.

So terpaksalah berjaga sekali. Ayah ajak sembang, macam macam yang kitorang sembang sampai ayah terlanggar something.

Macam terlanggar bonggol, masa tu aku tak tahu kat mana tapi yang pasti tepi kiri kanan memang hutan. Jam kalau tak silap dalam pukul 10 lebih camtu.

Masa terlanggar memang kuat gak sampai mak pon terjaga. Ayah berhenti tepi takut tayar ada problem. Time tu memang cuak la rasa kot ada penjenayah ke pergol ke perompak ke mau nye tak terkejut? Hahaa.

Adik aku baru terjaga dari tidur sebab panas kereta tak pasang air cond, time tu mulut celupar dia memang tak boleh cover, dia boleh cakap apasal berhenti tepi hutan ni?

Hantu betul dah la panas macam tutttt (maaf tak boleh sebut korang pandai pandai la teka) rasa nak tampar je mulut dia. Tup tup tetiba kereta boleh start, apa lagi terus pecut la time tu.

Ingat dah habis kat situ tapi masa kitorang dah masuk area Segamat yang lepas Gemas tu ada lagi benda yang nak kacau kitorang tapi kali ni hanya adik saya yang mulut celupar tu sorang je yang nampak.

Kitorang mula mula tak tahu yang dia nampak sampai la tetiba dia menangis dalam kereta. Kuat lak tu. Terkejut kitorang, dia cakap ada benda dekat tingkap nak masuk dalam, benda tu suruh dia buka tingkap.

Kalau korang tahu la trafic light batu anam kalau dari arah gemas pastu belok kiri masuk jalan yang nk ke uitm segamat tu benda tu bertenggek atas bumbung kereta.

Gedebukkk bunyi dia. Haihhh tak habis habis benda tu nak kacau sampai nak tumpang duduk atas kereta tapi kali ni memang kitorang dengar dia ketawa.

Meremang segala bulu yang ada kat badan ni dek suara benda tu. First time dengar. Ayah suruh jangan berhenti baca ayat quran baca semua surah yang ingat. Pastu dia boleh hulur kaki luar tingkap belah ayah.

Fuhhh kaki lawa beb, kaki perempuan sah la tu cik lang atau cik ponti. Betul la kot benda tu memang nak masuk dalam kereta. Jibake punya setan dia nak apa pon tak tahu.

Kenangan buat kami sekeluarga. Apa pon yang pasti keesokannya kami tak tolong pon family sedara yang nak kawin tu yelah sebab masing masing demam. Mungkin ketakutan..

Apa apa pon yang pasti kalau nk pergi mana mana sila jaga mulut and tingkah laku anda kerana bukan kita yang manusia ni je yang menumpang atas muka bumi tau. So ingat Allah, jaga solat In shaa Allah akan dipermudahkan urusan.