Genap sebulan nikah, aku kena cerai dan pelik magrib tu juga dirujuk. Masa tu juga sesuatu terjadi pada aku.

Hai, aku Maisara(bukan nama sebenar). Pernah bergelar ibu tunggal selama 6 tahun membesarkan anak-anak sekadar mampu. Dan sekarang telah berkahwin dengan Farid ( bukan nama sebenar ) yang aku kenali sejak 7 tahun lepas.

Bulan 12 ni insyaAllah akan genap setahun pernikahan kami jika diizinkan Allah, masih panjang jodoh kami berdua.

Aku ceritakan serba ringkas tentang pernikahan kami. Bernikah pada bulan 12 tahun lepas dengan mas kawin hanya RM80 tanpa hantaran apa-apa.

Dan memang itu permintaan aku sendiri memandangkan aku hanya ibu tunggal dan dengan niat tidak mahu menyusahkan suamiku yang sudah berjanji dengan abahku untuk menyara dan menjagaku dengan keringatnya selepas berkahwin.

Si Khairiah ini adalah seorang ustazah dan janda beranak 6. Pernah membuka purdahnya dan menghantar gambar kepada Farid semasa kami masih dalam pertunangan lagi.

Khairiah pernah memaki hamun aku tetapi aku merahsiakan dari Farid kerana aku fikir Khairiah bukan sesiapa untuk aku peduli.

Rupanya dalam diam, Khairiah mengadu kepada Farid bahawa aku telah menyerangnya dengan pelbagai tuduhan.

Semasa Farid membuka fb nya, dia menunjukkan fb si Khairiah dan dengan selamba Farid mengatakan, “Ni musuh sayang ni” dengan gelak ketawa. Aku lihat dan pelik, sebab tak silap aku fb si Khairiah ini Farid dah remove.

Tetapi pada hari itu, aku juga memujuk Farid supaya rujuk kembali memandangkan baru genap sebulan kami bernikah dan aku baru sahaja disahkan hamil.

Tapi tekanan demi tekanan, makian demi makian Farid suakan pada aku. Tapi dalam keadaan begitupun, Farid masih sudi rujuk kembali sejurus azan Maghrib pada hari yang sama. hingga keesokan harinya, aku keguguran bayi pertama kami.

Aku ingat, bila aku keguguran, Farid insaf. Tetapi masih juga sama. Bahkan menyalahkan aku kerana keguguran.

Sejak hari tu, hidup aku sipi-sipi sahaja untuk bergelar janda. Silap sedikit, pasti ugutan cerrai akan keluar dari mulutnya atau tiap mesejnya. Lambat balas mesej, lambat jawab call, akan diugut dengan pelbagai ayat yang mengandungi perkataan talak dan cerrai.

Tapi pada saat aku block Farid serta merta, dia seolah-olah tersedar kesilapan dia dan aku perhatikan satu persatu mesej Farid delete.

Aku tak sempat screensh0t semuanya. Tapi Farid menafikan dia telah menjatuhkan talak pada aku dan beria meminta maaf kepadaku.

Dari saat itu, hati sudah mula rasa menyesal menerima lamaran Farid ini. Selama 7 bulan aku terpaksa hadap kata cerrai yang menjadi permainan di tulisan dan mulutnya, dan aku cuba melawan Farid untuk mengelakkan dia melafazkan talak yang akan membuatkan dia menyesal sekiranya benar-benar terjadi.

Dalam tempoh 4 bulan selepas itu, ada juga Farid berbunyi tentang cerrai tetapi aku terus mengiyakan untuk Farid terus mendaftar kes di mahkamah, kataku, nak bercerrai, buatlah secara bermaruah dan hadapi susah payah sebagaimana dia bersusah payah untuk mendapatkan aku dan menyelesaikan urusan nikah kami dulu, dan aku minta dia pulangkan aku baik-baik kepada keluargaku.

Doakan aku kuat lagi bila terpaksa menghadapi percerraian kali kedua ni. Ikutkan sayang, binasa lagi hidup aku. Tapi rasanya cukuplah aku lepaskan kali ini, demi kebaikan Farid dan aku juga.

Supaya tiada lagi rasa sangsi dalam hatinya pada aku bila sudah tidak bergelar isteri nanti. Aku tak salahkan lelaki. Sebab aku tahu ramai lagi lelaki yang baik untuk dijadikan suami.

Dan ramai juga wanita baik untuk dijadikan isteri. Mungkin aku bukan tergolong dalam wanita yang layak bersuami. Tapi aku harap tiada lagi lelaki yang menjadikan talak dan cerrai sebagai mainan bibir. Awal-awal mungkin seorang isteri boleh bertahan.

Tapi bagi aku sebagai wanita yang pernah dikasari fzikal dan mental sebelum ini, akan cepat muak dan jemu jika berulang-ulang perkara sama dalam hidup.

Semoga kalian semua yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin, dipanjangkan jodoh dan kekal hingga ke syurga. Doakan aku sama. Wassalam.