Suami kahwin lain sbb aku tak dapat bg zuriat. Mlm pertama isteri baru bg tahu sesuatu aku terdengar.

Hai. Terima kasih kalau publishkan cerita ni. Aku suri rumah sepenuh masa. Baru 3 tahun mendirikan rumahtangga. Aku kahwin masa umur 20 tahun.

Suami pilihan keluarga yang di anggap pelindung yang terbaik untuk aku. Suami umur 34 tahun. Dia tak pernah tolak permintaan aku. Aku dengan dia bahagia je. Aku masakkan untuk dia, tunggu dia balik kerja.

Aku memang bahagia dengan dia. Takda sebab untuk aku menyesal dijodohkan dengan orang aku tak pernah jumpa pun sebelum disatukan.

Dia lelaki yang baik. Dia selalu hiburkan hati aku. Tapi, aku tak mampu bagi apa dia nak. Semua orang yang berkahwin mesti nak ada baby kan.

Dia selalu suruh aku check guna prenancy test, bila takda rezeki aku nampak muka dia agak kecewa. Aku kesiankan dia.

Aku buat macam biasa, tanya dia nak minum apa, makan apa. Urutkan dia bila dia balik kerja. Hidang air terus bila dia balik, aku cuba jaga em0si dia. Satu malam tu, dia panggil aku.

Dia cakap dia nak berbincang aku memang rasa takut masa tu sebab kelakuan dia pelik sebelum ni. Dia tanya aku,

“Yang akan terima kalau abang benarkan orang lain masuk dalam keluarga kita?“

Aku agak was2 nak jawab sebab aku kurang faham. Aku tengok mata dia, aku cuba faham apa dia maksudkan. Dia jelaskan lagi, kali ni memang jelas sangat.

Dia cakap dia nak kahwin dengan perempuan yang dia dah berkenan. Aku spechless sebab aku tak tahu dia bergurau atau serious masa tu.

Aku mengaku dia mampu kalau nak kahwin lebih dari sorang cuma aku takut aku tak mampu nak berkongsi kasih. Seharian aku fikir benda tu, aku kena redha kalau Allah dah tetapkan macam ni. Aku text suami aku,

“Abang uruskan lah hal kahwin tu. Yang terima semua ni”.

Sedih jangan cakap lah, memang sedih. Aku rasa gagal jadi isteri yang baik untuk dia.

Tarikh perkahwinan suami aku dengan madu aku dah tiba selesai semua tu diaorang pergi honeymoon dekat luar negara aku cuba bagi dia ruang, aku cuba faham.

Aku langsung tak bagitau mak ayah aku pasal ni. Aku tak nak mak ayah aku pertikaikan kenapa kena kahwin lagi sorang. Aku cuma tunggu dia balik je. Aku duduk sorang kat rumah, sunyi je. Aku rindu suasana yang dulu.

Lepas je balik dari honeymoon, suami aku tak balik rumah. Dia duduk dekat rumah second wife dia sampai 2 bulan.

Anak perempuan dia akan bersekolah dekat sini. Anak perempuan dia umur 12 tahun, yang lelaki pulak baru je 4 tahun. Second wife dia umur 26. Aku iyakan je bila dia cakap wife dengan anak2 duduk sini.

Bila dah bawa masuk beg semua, dah tengok bilik. Second wife, kak Ida je aku panggil, dia mula merungut dekat suami cakap bilik dia kecil.

Dia tak suka bilik tu, tambahan anak dia dua orang. Bilik atas cuma ada 2, kat bawah ada satu bilik tapi kecil. Bilik tu kitaorang buat letak kotak2 kosong je.

Kak Ida bagitau suami, dia cakap dia nak duduk bilik besar. Bilik besar tu bilik aku dengan suami. Aku cuma tengok muka suami.

Suami suruh kak Ida sabar, buat sementara waktu ni duduk dulu bilik satu tu. Malam tu suami pesan jangan tidur dulu. Aku tunggu je suami dalam bilik. Suami masuk, dan duduk sebelah aku.

Aku diam je, anggap ni mungkin takdir aku. Aku cuba faham dan terima hakikat bukan aku sorang je dalam hati suami aku sekarang ni. Dah 2 tahun lebih kak Ida dengan anak2 duduk dengan aku dan suami.

2 tahun lebih ni jugak lah aku dibuat macam orang gaji. Aku yang masak, aku yang kemas rumah, aku yang buat itu buat ini.

Sejak kak Ida ada, suami tak pernah ajak aku keluar. Dia selalu keluar dengan kak Ida, anak2 je. Aku selalu duduk rumah sorang2, sedih sorang, merajuk kena pujuk diri sendiri. Suami tak pernah tanya aku okey ke tak.

Tiap bulan memang dia bagi nafkah, tapi kasih sayang, perhatian semua tu macam mana pulak? Kadang aku menyesal sebab tak dapat bagi dia zuriat, kalau tak mesti aku bahagia macam kak Ida. Kak Ida sekarang ni mengandung 5 bulan.

Mesti seronok bila kita mengandung, suami pulak ada teman kita, manjakan kita, layan kerenah kita, serious aku teringin sangat.

Suami marah sangat, tangan dia hinggap kat pipi aku. Tu pertama kali dia naik tangan. Aku berdiri situ je sambil pegang pipi aku. Suami terus marah2 aku. Anak perempuan kak Ida turun panggil suami. Dia cakap dia ambil rantai tu.

Dia pinjam nak main model2. Aku terus lari masuk bilik sebab aku tak nak tengok semua ni. Boleh je cari barang tu dulu sebelum cakap ada orang ambil.

Sekarang ni aku masih diperlakukan macam tu. Hanya di anggap orang gaji je. Suami tak pernah luang masa untuk aku, tak pernah sambut tarikh penting dengan aku.

Bila ulang tahun perkahwinan ke birthday ke mesti dia raikan kat luar, tapi bukan dengan aku. Aku pernah tunggu dia balik sebab nak celebrate ulang tahun perkahwinan kami, aku siap buat kek.

Masak makanan favourite dia. Tapi last2 aku makan sorang. Potong kek sorang.

Masa aku sorang2 tu lah aku nangis. Aku rasa tertekan sangat. Aku takda tempat mengadu. Aku tak boleh biarkan diri aku di buat macam ni. Aku kena fikir yang aku berhak bahagia. Aku nekad nak tuntut fasakh dekat mahkamah.

Aku minta izin suami keluar rumah. Aku pergi sorang uruskan benda tu. Aku berterus terang yang aku tak dapat perhatian suami lepas dia kahwin lagi.

Selesai semua tu, suami dengan kak Ida pun dah balik rumah, semua macam biasa. Suami sibuk dengan kak Ida dan anak2 je. Satu malam, aku panggil suami masuk bilik. Suami duduk sebelah aku sambil pandang muka aku.

Aku rindu saat tu, lama dah dia tak tengok aku macam tu. Aku pusing badan kat arah dia. Aku cakap kat dia, aku minta dia lepaskan aku.

Lepaskan aku dengan cara baik. Kita settle kan benda ni elok2. Suami agak terkejut, dia tanya kenapa tiba2 nak dilepaskan. Aku cakap,

“Saya kena fikir diri saya jugak. Kalau awak lepaskan saya awak tak kan rugi apa2. Awak tetap masih ada isteri dengan anak2. Awak tak kan rasa kehilangan. Keluarga bahagia awak masih ada walaupun saya dah takda lagi “.

Dia mula menangis. Aku tak tahu lah kenapa dia sedih. Aku tepuk2 bahu dia, suruh dia berhenti nangis. Aku tak nak orang tahu hal ni.

Sekarang ni pun aku dengan suami masih buat macam biasa. Aku agak takut tiba saatnya aku akan dilepaskan. Doakan aku mampu tempuhi semua ni. Sekian.