Sedang bagi anak susu, akhirnya suami buat sesuatu yang aku impikan selama kami berjauhan

Aku wanita bekerjaya yang stabil dalam sektor kerajaan bergred S41, manakala bekas suami merupakan seorang pekerja sektor swasta di Kuala Lumpur. Kami telah berkahwin hampir 5 tahun (Sehingga Jan 2019).

Masuk 2020 ini genaplah setahun aku berpisah dengan bekas suami. Ya aku dicraikan awal tahun yang lalu. Disaksikan anak yang sedang menyusu ketika itu.

Bekas suami aku seorang yang ada rupa, berbanding aku yang biasa sahaja tapi manis tu ada

Kami mula berkenalan ketika di alam Universiti, kami saling memahami antara satu sama lain.. Sehingga kami mengambil keputusan untuk bernikah.

Bekas suami ingin menambah isteri : Alasannya kerana berjauhan, dia tidak boleh menahan perasaannya apabila aku tiada disisi. Dia telah jujur bahawa dia hampir terlnjur dengan seorang rakan di pejabatnya.

Aku agak terkejut kerana aku kenal suami sebagai orang yang menjaga agama dengan baik. Setelah diselidik lebih dalam, mereka telah pun buat ringan-ringan (bercyuman dll).

Perasaan aku pastinya hancur. Kepercayaan aku bagai dirobek-robek. Aku berpenat lelah menguruskan anak sendirian dalam masa yang sama bekerja.

Namun sanggup suami melakukan perkara terkutuk tersebut dibelakang aku.Untuk tidak membiarkan suami terus melakukan dosa, aku redha untuk suami berkahwin lain walau aku sangat sakit dimadukan.

Perang besar pun terjadi.Aku masih ingat kata-katanya bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap isteri.

Tempat isteri adalah dirumah melayani suami. Isteri bukan untuk bekerja, isteri perlu menguruskan hal ehwal rumah (memasak, basuh baju dll).

Sangat terkejut sebab kami dah bincang selumatnya perkara ini sebelum berkahwin. Bukanlah tidak ada usaha dari aku sendiri untuk transfer ke Kuala Lumpur namun rezeki masih tidak menyebelahi.

Sudah semestinya aku tidak akan sesekali meninggalkan kerjaya aku. Aku mempunyai ibu dan adik-adik yang perlu disara. Aku rela mati demi mereka.

Dengan kewangan sedia ada bekas suami sendiri sememangnya tidak cukup untuk disumbangkan sedikit pada keluarga aku. Bahkan akulah yang paling banyak mengeluarkan duit sepanjang kami berkahwin.

Aku sangat terluka.Setelah pelbagai cara dibuat untuk aku dilepaskan akhirnya dia mencraikan aku. Malam itu aku menangis penuh kegembiraan dan keinsafan kerana menyesali segala dosa yang mungkin ada aku sebelum kami bernikah. Dan Allah turunkan ujiannya pada fasa perkahwinan kami.

Kini, aku sangat bersyukur dengan kehidupan Aku bersama anak. Dialah penawar dan penyejuk hati aku. Bekas suami? Pastilah terus-terusan menganggu dan meminta untuk dirujuk kembali. Tapi hati aku telah tawar.

Tiada lagi peluang kedua dalam kamus hidup aku berkenaan rumahtangga kami.

Aku bersyukur menjadi seorang wanita yang mempunyai visi dan wawasan aku sendiri. Dan masih mampu berdiri di atas kaki aku sendiri untuk menguruskan urusan anak dan keluarga aku.

Akhir sekali belajarlah mencintai diri sendiri dengan sebenar-benarnya sebelum mencintai yang lain. Buat yang belum berumahtangga pilihlah bakal suami yang benar-benar baik untuk kalian, agama kalian dan anak-anak kalian. Kalian berhak memilih sebelum melangkah lebih jauh ke alam seterusnya.