Ibu ngandung lagi tapi ini kali trsilap pilih bidan, kesian kat baby muka sampai biru mata hitam ke atas.

Kali ni aku nak cite kisah yang dialami oleh keluarga aku selepas tersalah jumpa bidan. Waktu tu aku baru 13Tahun (anak tunggal), and baru nak dapat adik kedua.

Bile mak aku da lame tak mengandung, tuptup mengandung, dia rase macam sengal2 badan dan rasa nak berurut. Kami duduk area Puchong.

Bidan yang kami kenal kebetulan balik kampung selama 3bulan. So terpaksa la cari bidan lain kat area situ. Waktu kandungan lebih kurang 7 bulan, ayah aku carilah sorang bidan dekat kawasan Puchong Kg Seri Aman (kot) , and finally dapat. Keesokannye ayah pun bawa lah mak tu pegi rumah bidan tu.

KEJADIAN SEBELUM BERSALIN

Jadinye, start dari hari tu, macam2 berlaku dekat rumah kami termasuk mak aku dan kandungannya. Seminggu lepas tu, mak aku pergi check up and doctor cakap baby songsang and need to do something nak avoid czer or ape2 keburukan. Puas la tunggu bidan yang kami betul2 kenal tu balik Puchong untuk betulkan balik kedudukan baby.

Sewaktu di rumah pula, macam biasa mak akan duduk sorang sebab aku pegi sekolah dan ayah keje shift (security).

Nak dijadikan cerita satu hari ni, dalam tengah sorang2 duk rumah tu, tibe2 ayah aku balik dari keje awal dan duduk diam tak bertegur depan ruang tamu.

Mak aku tanya langsung berjawab. Elok sebelum aku nak balik dari sekolah, ayah tu keluar dari rumah tu tanpa kata sepatah pun dekat mak aku.

Tapi aku takde rase pulak camtu. Maybe sebab tido mti. Yang aku selalu dengar kat kaki katil tu selalu ade bunyi macam orang ketuk2. Tapi takde la takut sngat sebab tido dengan mak kan.

Macam2 cara da buat nak bagi keduudukan baby tu normal tapi malangnya tak ada perubahan walaupun bidan yang kitorg kenal tu tolong betulkan.

Sehingga la pada tarikh due bersalin, mak aku takde rase nak bersalin even da lebih hari. Last2 Dr suruh czer sebab takut baby makan najis.

KEJADIAN SELEPAS BERSALIN

Alhamdulillah selamat bersalin baby girl. Pada hari ketiga, mak and baby da boleh discharge (balik rumah la).

Esoknya hari keempat, still bende yang same jadi. Tapi kali ni mak aku berdua dengan baby. Yang kesian mak aku la, da la czer bukan boleh gerak banyak, tambah adik aku meragam macam tu.

Aku sekolah, ayah keje. Maghrib tu, ayah aku jemput la orang surau untuk buat bacaan yassin sebab gangguan adik aku tu. Alhamdulillah elok je baby tu tido.

Tapi, bile da habis je bacaan yassin dan semua orang balik, semuanya berubah. Bile adik tu da lena, ayah pun baringkan adik kat sebelah mak sebab ayah nak ke dapur. Elok ayah datang ke depan, betapa terkejutnye bile mak aku jerit panggil ayah aku suruh tengok adik aku.

Tahu tak, muke dia jadi biru pucat macam ada benda sedut drah die. Nampak mata hitam dia keatas . Ibu aku kaku sebab dia rasa macam ada yang tahan dia dari bergerak.

Kami stay dalam seminggu dua kat rumah tu. Start da tahu rumah tu berpenghuni, waktu tido memang tak tenteram. Kadang2 bunyi budak menangis, aku nampak orang baju hitam lalu lalang kat ruang tamu.

Alhamdulillah seminggu lepas tu kami pindah dari rumah tu. Sebelum masuk rumah baru tu, ayah bawak mak pegi berubat sebab taknak benda mengikut sekali.

Tapi tak lame lepas tu, ada orang lain menyewa rumah sewa lame kami tu, dan mennggal selepas beberapa hari duduk situ (jiran lama punya cite).

Semoga kita dijauhkan dari segala kejahatan dan dilindungi dari gangguan mereka yang ingin menyesatkan.