“Dah 2 hari mak salam saya tak lapik tangan kenapa hari ni lapik” Sy bukan anak mak ke.

Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..

Satu hari saya pergi ke sebuah Rumah Orang Tua-Tua. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.

Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..

“Makcik..”

Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata.

“Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang.”

Saat roti disuap, air matanya meleleh leleh

Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata.

“Mak, Maafkan saya mak ye..”

Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia.

Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.

Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.

Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi Imam dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..

“Mak.. Maafkan saya mak yeee..”

Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.

Pelik, ‘mak’ sudah mula melapik tangan bila bersalam

Dia kata..

“Bukan.. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu, kalau anak saya dia tak akan jadi imam saya, kalau anak saya dia tak akan suap saya makan..”

Bayangkan sahabat-sahabat perasaan seorang ibu ini, tiba tiba saja dia menangis, saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya pun menangis, saya kata..

“Mak.. Walaupun mak bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya sendiri..”.

Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu hati dia rindu sangat dekat anak dia, waktu tu saya pandang wajahnya, saya kata..

“Mak.. Walaupun ibu sebenar saya telah meninggal dunia, tapi mak boleh ganti tempat ibu saya, mak duduklah di sini..”

Saya pegang dia saya kata..

“Mak.. Jangan cakap macam tu mak..”

Isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia. Kami pegang dia..

“Mak.. Jangan cakap macam tu mak, jangan mak..”

Dia geleng kepala rupa-rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.

Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan Makcik Hajjah khalijah ini rohnya mudah-mudahan bersama Salafusoleh.

Sahabat-sahabatku, sesiapa yang masih ada mak tolonglah taat pada mak, jangan derhaka pada mak kita, jangan tinggal dia di Rumah Orang Tua, mak kita sakit kita jaga dia, picit kepala mak kita..

3 tahun dia letak mak dia di Rumah Orang Tua-Tua, dia tak pergi tengok, sebab tu mak dia rindu tak boleh beza saya dan anaknya..

Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih. Saya pergi ceramah di Masjid di Gombak, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.

Didatangi anak sulongnya dalam keadaan menangis

Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia..

“Pasai pa ni? Ada masalah apa ni..?”

Dia berkata dalam keadaan menangis..

“Ustaz.. Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya ustaz? Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya?”

Saya kata..

“Kenapa hari ni baru tanya kubur mak kamu?”

Dia kata..

“Ibu.. Ibuuu… Ibuuuu..”

Tiba-tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir berhampiran kubur ibunya..

Allahuakbarrrrrrrrrrrrr…

Mengucap panjang saya.. Allah SWT tunjuk di atas dunia lagi balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah iktibar dari kisah di atas.

“Dan apabila mata ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah, iaitu doa seorang ibu”

Klau btol sayangkan mak korang, tolong share kisah ini.