Laki tu mula bagi hint nk kahwin. Aku pula merayu pinjam FB kakak. Menitis air mata nampak laki tu komen gambar.

Aku doakan semoga hari anda ceria selalu, tapi doa ini bukan untuk sang lelaki (sudah berpunya) yang miang lagi penipu!

Aku wanita bekerjaya, masih muda dan belum berkahwin. Dengan usia semuda ini, aku yang memegang jawatan ketua unit/department di sebuah agensi awam merasakan ia agak mencabar lebih-lebih lagi jika urusan kerjaku melibatkan connection dengan orang luar terutamanya LELAKI.

Dimulakan dengan perbincangan formal, disusuli dengan ajakan berchatting pada waktu malam, perlawaan keluar teman berjalan/tengok wayang dan sebagainya.

Lillahita’ala… Semua lelaki yang terlibat seperti di atas adalah dalam kalangan bujang, pakwa orang, suami orang & duda.

Apa yang aku tak tahu, ternyata dia seorang penipu, memasang taktik mencari madu, kusangkakan bujang rupanya anak dah lebih satu! Penipu!

Sejak berkenalan atas urusan kerja, hari-hari dia Whatsapp aku. Bukan sebab nak beri info berkenaan kerja tapi sekadar bertanya khabar, disisipkan juga dengan panggilan sayang buat aku.

Perbualan ini berlarutan, kadang-kadang sampai ke malam. Aku yang naif ini pun percaya yang dia bujang. Sebab apa? Kalau laki orang, takkan lah main handphone sampai ke malam hampir setiap hari. Mesti bini marah! Ternyata aku salah.

Oleh kerana dia mengaku dia hidup sorang, aku pun layan lah dia sebab peribadinya baik. Sangat mengambil berat tentang aku. Mana tahu ini jodoh yang dikurniakan Tuhan?

Meskipun hari berganti hari, rasa cinta dalam hatiku belum berputik walaupun dia sudah mula berborak perihal cinta dan rindu.

Sayang dan kasih. Rasa suka dekat orangnya mungkin ada sedikit, kerana dia seorang yang Charming & kuat berusaha untuk memenangi hati aku. Tapi entah mengapa kadang-kala, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Jika diamati, semuanya normal sewaktu kami berjumpa. Makan bersama. Jalan bersama. Apa yang dia selalu bercerita sewaktu kami bersemuka pun hanyalah tentang bagaimana dia menguruskan hidupnya sorang-sorang tanpa teman di sisi. Namun Instinct aku sebagai wanita merasakan ada yang tidak kena?

So, satu malam aku pun bercadang untuk sekali lagi melawat facebooknya yang sudah pun ada dalam friend list aku.

Facebook ku dipenuhi dengan gurau senda rakan taulan, adik beradik, jiran, saudara-maraku di ruangan komen.

Kalau aku upload gambar, pasti ada yang komen terutamanya adikku, makcik, pakcik, sepupu dan sebagainya. Sangat meriah. Tapi, facebooknya sangat sepi. Gambarnya juga jarang di upload.

Hatiku merasakan mungkin dia memang seorang yang mysteri0us sejak azali, sebab dia pun pernah kata yang dia tak banyak cakap (tapi dengan aku dia ashik bercakap ).

Akalku yang ligat, tidak percayakan hatiku yang sentiasa Husnuzon. Aku teruskan penyelidikan ini demi mengenalpasti statusnya yang sebenar.

Langkah seterusnya. Aku merayu dengan kakakku untuk pinjam akaun facebooknya untuk satu hari. Kakakku benarkan kerana dia sebagai wanita sentiasa menyokong penyelidikan sebegini bagi membanteras suami-suami orang yang menipu

Untuk pengetahuan semua, pada saat ini lelaki tersebut sudah mula bagi hint pasal kahwin dan alam rumahtangga. Saling menghantar gambarnya.

Dia juga memaklumkan berkenaan aset dan harta yang dia ada yang kononnya akan menyenangkan aku jika aku berkahwin dengan dia.

Wah lelaki yang stable. Bagus tapi mungkin sebab aku sendiri dah beli rumah, tiadalah aku melompat gembira sangat.

Kata-katanya juga masih manis bak gula Melaka dan aku masih layannya dengan baik walaupun aku sedang buka lilitan pekungnya sedikit demi sedikit.

Menitik air mataku, bukan sebab hatiku hancur ditipu kata-kata manis lelaki ini, tapi aku sedang menggambarkan betapa sedihnya jika si isteri yang sedang menggendong bayi di dalam gambar tersebut dapat tahu perangai suaminya yang sebenar.

Kelihatan 2 orang kanak-kanak berbaju sedondon yang comel tersenyum kegembiraan. Aku tak dapat bayangkan jika aku lah penyebab terhapusnya senyuman mereka yang bukan hanya sayangkan ayahnya tapi juga sentiasa perlukan seorang bapa.

Aku lawati juga facebook si isteri, banyak gambar keluarga. Gambar kahwin, gambar meraikan anak pertama. Video satu keluarga. Nampak bahagia.

Ternyata sewaktu awal perkenalan dulu, kau suruh aku add facebook kau sebab kau nak block aku guna akaun ini in the first place? Supaya aku tak dapat tahu adanya kewujudan keluarga bahagia ini? Begitu rupanya TAKTIK kau? Patutlah aku tak jumpy apa-apa bila aku selidik dengan akaun facebook aku.

Cuba kalau aku ni percaya bulat-bulat yang dia bujang serta pilih untuk teruskan perbualan dari hati ke hati. Termakan kata-kata charming nya yang sedaya upaya menambat hatiku.

Lama-lama pasti sayang. Bila dah sayang, susah nak buang sebab dah sebati dengan hati, melekat dengan jiwa. Seperti drah dan daging.

Aku suka kau, sebab kau baik dan sangat ambil berat tentang aku. Aku lapar pun kau boleh hantarkan makanan. Kau selalu kata kau rindu aku.

Kau rindu nak tatap senyuman aku. Tutur kata kau lembut, senyuman kau bersinar bila kau jumpa aku. Tapi, senyuman kau tak penting bagi aku.

Bahkan, pada waktu itu senyuman aku sendiri pun tak penting bagi aku. Senyuman anak-anak kau lah sumber kekuatan aku untuk aku jauhkan diri daripada kau. Satu rasa cinta yang aku lahirkan dalam hati kau akan meranapkan 10 rasa cinta kau terhadap isteri dan anak-anak kau.

Aku hanya berdiam diri seakan tiada apa-apa yang berlaku kerana aku ada sebab tersendiri. Tapi, selepas itu memang sengaja aku balas whatsapp dia sambil lewa.

Kadang-kala dengan nada gurau, aku bagitahu yang aku meragui bahawa dia bujang. Dia ada bercanda mengatakan kalau dia tak bujang pun dia MAMPU berpoligami, MAMPU jaga aku sebaiknya. Baiklah.

Adakah anak & isteri kau mampu MENERIMA? Kalau betul kau mampu berpoligami & isteri kau mampu menerima, mengapa kau nak sorokkan mereka daripada aku & sorokkan aku daripada mereka.

Aku teruskan tunjuk rasa tidak berminat & rasa tidak peduli terhadap dia. Aku block akaun facebook nya. Beri 1001 alasan untuk tolak ajakan keluar dengan dia. Tidak balas, tidak angkat panggilannya.

Setiap kali dia telefon/datang pejabatku, aku pesan dekat staffku untuk mengatakan aku keluar, aku meeting & aku outstation. Padahal aku ada di dalam bilikku, sedang sibuk mengelak daripada bertembung dengan kebebalan otaknya.

Aku taknak kau lagi sungguhpun isteri kau yang datang merisik aku. Kau bukanlah jodoh kurniaan Tuhan, tapi adalah ujian dariNya

Buat readers wanita, men will always be men. So it’s your responsibility to avoid any disputes & mess-ups caused by men. Perempuan tak segagah lelaki, but together we stand untuk menjadi gagah & perangi orang sebegini.

Minta didoakan jodohku seorang yang setia, tak menduakan aku & tidak akan mengguriskan hati aku dan anak-anak demi orang lain ya.