Isteri berlari balik dari umah mak aku. Lepastu tiba-tiba dia kerap renyok2 kertas yang dia lukis

Benda ni aku pendam 7 tahun berkahwin. Aku bukan nak buka aib sesiapa disini. Tapi aku perlukan bantuan / cara nak bawa isteri aku jumpa pakar. Isteri aku ada masalah mental tapi bukan gila.

Aku pun sebenarnya taktahu kondisi dia apa. Takpelah, aku cerita, mungkin ada yang tahu isteri aku ni sebenarnya ada sakit apa

Pertama sekali, isteri aku ni datang dari keluarga bermasalah. Ibu dia ‘kupu-kupu’ malam. Ayah dia selalu pukul dia masa kecil.

Kemudian kahwin dengan isteri baru pastu tinggal dia macam tu je. Jadi, dia terpaksa kerja start umur 13 sambil sekolah menengah secara haram.

Tapi. semuanya macam ‘dark’. Satu lukisan tu perempuan kecil tengah menangis satu lagi tu perempuan kecil tengah duduk kat atas curam yang tersangat tinggi dibawahnya ada tangan-tangan hitam sedang cuba menarik.

Ada lagi yang perempuan tengah lemas dalam laut. cuba untuk keluar ke permukaan. Dan beratus lagi lukisan yang seakan macam tu.

Pada awalnya aku tak fikir banyak. Aku cuma ingat isteri aku ni suka melukis. Tu jela sampai lah lepas bersalin.

Dia tak nak mak aku jaga dia masa pantang. Ibu dia memang dah lama tak contact. Nak upah orang jaga kat rumah, dia pulak taknak. Betul-betul berkeras nak pantang seorang diri.

Masa tu tiba-tiba ada keluar da rah dari kain dia menggelabah aku angkut pergi hospital. Rupanya jahitan banyak terbukak Allah masa ni aku betul marah.

Aku kemas barang dia pergi rumah mak aku, mintak mak aku jagakan sampai dia betul-betul sembuh. Tapi lepas 3 hari dia kemas balik barang dia naik teksi balik rumah

Aku tanya kenapa buat mcm tu dia jawab sebab dia takut kena marah. Takut kena marah yang rumah tak kemas dan dia tak buat kerja dia asyik ulang banyak kali perkataan ‘takut’. takde siapapun yang marah dia.

Aku boleh je nak hantar baju pegi dobi atau basuh sendiri siapa yang marah dia??? Sampai sekarang aku tak tahu.

Aku sendiri tak tahu nak tolong macam mana. Kalau aku bawa dia pergi hospital, aku risau doktor panggil aku ni yang glla

oh ya, disebabkan dia tak boleh tidur malam kalau besoknya ada urusan yang kena pergi pagi, dia paksa diri dia untuk pergi jugak.

Dan bila dia tak cukup tidur, perangai dia dari sopan santun, baik hati, lemah lembut, bertukar 360 darjah macam orang tak siuman pis@u tu dia t0reh-t0reh kat tangan menangis

sambil ulang yang takda siapa sayangkan dia takda siapa nakkan dia dia rasa sorang-sorang. padahal setiap kali tu takde angin bergoncang pun takde bergduh ke apa pun

Oh ya, dia ada hyperventiliation. Banyak kali jadi, memang kerap bila panic datang, dia hembus guna plastik.

kalau tak dapat kawal, jari-jemari dia akan jadi bengkok keras dan sejuk aku risau patah je. siapa yang pernah tengok tu tahu la macam mana.

Lukisan-lukisan dia dalam masa 7 tahun ni dah boleh penuh satu bilik aku biarkan je asalkan dia bahagia. Tiap kali trauma tu datang, aku akan jaga isteri macam anak kecil.

Yang perlu dibelai, perlu didodoikan, perlu dipeluk, ucap perkataan sayang banyak kali tanpa henti sampai dia tertidur

Walaupun banyak kali isteri nak cederakan diri dia, setakat ni tak pernah dia cederakan aku atau anak-anak. Dia macam ada satu dendam pada diri dia yang aku pun tak tahu apa benda aku tahu banyak lagi yang dia tak cerita pada aku pasal trauma dia masa kecil

Kalau aku terpaksa hadap perkara ni sampai tua, aku redha. Orang lain diuji dengan benda berbeza-beza mungkin ini bahagian aku Allah Maha Pengatur setiap hidup hamba-hambaNya