Ibu masak 11 biji telur, ayah je 3 biji, 8 biji lagi kami kongsi 9 org, baru tahu nape ibu buat mcm tu

Cerita aku di sini dengan harapan aku dapat berkongsi pengajaran yang aku dapat dalam sifat aku yang tidak mengenang budi orang tua terutamanya kepada abah aku.

Aku dibesarkan sehingga berumur 9 tahun di kampung atuk belah mak aku, Abah cuma akan datang melawat sebulan sekali. Makbapa aku tidak bercrai, mereka cuma membuat keputusan untuk tinggal berasingan untuk menjaga orang tua masing-masing.

Setiap kali abah datang melawat, memang seronok. Duit belanja sekolah abah bagi RM1, perghh… rasa macam orang kaya sebab kebiasaannya mak cuma bagi 20sen sahaja. Abah bagi seringgit tu macam gila dmakatnya bila masa rehat.

Beli semua. Nasi lemak 30sen, air 10 sen, jajan ‘rokok’ 60sen. Bahagia.Sampailah satu tahap, abah ajak mak balik kampung, tinggal dengan abah.

Masa tu semuanya berubah. Duduk sana terus tak ada kawan. Adik aku pula kena buli di sekolah sampai tak nak datang sekolah 2 minggu. Abah dah tak bawa kami jalan-jalan, smakk menoreh getah.

Kadang-kadang seminggu sahaja dah habis. Abah marah mak kalau mak kata barang dapur dah habis. Adik beradik aku sudah 8 orang ketika itu.

Bayangkan 10 orang makan, mana tak habisnya.Ayam pula boleh kiralah berapa kali makan dalam setahun. Ayam biasa potong 12 kan?

Tapi mak potong sampai kepak, peha tu jadi 3. Kami hanya boleh makan seketul je, lebih untuk hari-hari esok. Walaupun kami bercatu makan, abah yang utama.

Kalau mak goreng 11 biji telur, abah makan 3, lebih tu pandai-pandailah kami kongsi. Mak beri layanan ‘raja’ kepada abah.Masuk ke alam universiti, mak lah mangsa kami untuk minta duit.

Walaupun ada antara kami yang tak mahu sambung belajar, abah paksa juga. Kami bergantung sepenuhnya kepada PTPTN. Tak cukup baru minta dekat mak.

Mak tak tidur malam jahit baju, mak masak, mak jaga anak. Abah pergi menebas, menoreh je pun.’Setahun berkahwin, aku diuji dengan kewangan secara tiba-tiba.

Suami tak mampu menanggung seorang diri Aku berkongsi duit gaji aku namun aku memberontak. ‘Duit aku, aku punya hak. Awak yang patut tanggung semua.’ Suami diam. Sikit pun tak marah.

Begitulah sepanjang perkahwinan. Asalkan duit aku diguna, aku marah. ‘Tak adil! Itu duit aku.’ Aku tak nak kejadian lalu berulang lagi. Sehinggalah satu hari aku terbaca sesuatu yang mengubah persepsi aku. ‘Rezeki suami datang dari berbagai-bagai cara.

Melalui dirinya, isterinya, anak, dll’ Aku terfikir, mungkin sebab suami layan aku dan anak dengan baik, maka rezeki suami itu mencurah-curah.

Rezeki datang bukan melalui suami, tetapi melalui aku.Ya, aku sentiasa cukup duit kerana suami dah bayarkan segalanya. Bila suami minta tolong bayarkan dahulu, duit aku masih ada baki. Bukan habis terus.

Abah tak mahu kami jadi seperti dia. Salahkah abah memaksa kami untuk menjadi lebih baik? Abah lebih tahu mana baik buruk lebih dari kami.

Kenapa abah makan dahulu dan lebihnya baru kami dapat? Pernah ke anda menebas 1 ekar tanah bersamaan dengan 43,560 kaki persegi? Macam mana pula kalau menoreh 2 ekar tanah yang jauh sehingga bersebelahan dengan hutan tebal siap ada risiko jumpa harimau. Penat gila kot.

Kita yang duduk hadap computer je pon dah mengeluh. Jauh ceruk mana pun abah pergi ambil upah menoreh.Macam manalah mak tak bagi abah makan banyak, penat tu.

Dah jauh-jauh menoreh, nak kena habiskan 2 ekar pokok getah, mestilah terlupa, terlambat ambil anak. Jam tangan pulak tak ada.

Nak call suruh jemput pun bukan ada line dekat hutan.Kenapa abah marah bila barang dapur habis? Memang abah tak faham kami makan macam mana sebab dia tak tengok kami bercatu makan. Dia smakk kerja.

Apa mak mahu kami berikan. Abah pula tiada apa, mungkin diam memendam rasa melihat kami melayan mak seperti ‘raja’. Sekarang anak abah sudah berjaya.

Semua masuk Universiti macam abah inginkan. Namun layanan yang kami beri tidak setimpal dengan usahanya. Kerana kami tidak nampak susah yang abah hadapi.

Semuanya kami nampak susah mak, sebab mak di depan mata ketika susah senang.Sehingga sekarang abah masih bekerja walaupun kudratnya sudah kurang, walaupun kakinya tertengkot sebelah.

Umur seperti abah sudah sepatutnya pergi Haji dan Umrah, duduk berehat di rumah. Kini aku tekad berubah sebelum terlewat. Sebelum abah pergi.

Sebelum penyesalan yang tak sudah. Benar mak banyak berkorban demi kami, tapi abah juga berkorban mengikut cara dia yang aku tak dapat fahami dulu. Sekarang aku ubah cara layanan aku.

Baru-baru ini aku membawa abah dan mak tidur di hotel. Tengok muka abah, gembiranya dia dapat ke tempat baru dan berehat.

Mandi air panas, ke kolam renang, makan mewah di kedai makan, tidur di tilam empuk. Perkara yang abah tak pernah fikir akan dapat.

Kos aku keluarkan tak mahal mana, tapi bahagia abah aku akan ingat sampai bila-bila. Moga ini merupakan titik permulaan baru bagi kami sekeluarga. – Anna