Tiap kali lepas mandi mesti mak minta ambil kan tisu. Aku, adik, ayah baru tahu mak sembunyikan sesuatu lepas mak jatuh

Aku merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Aku seorang saja perempuan, adik-adik semua lelaki. Umur aku 17 tahun dan akan menduduki peperiksan penting tahun ini.

Aku ingin menceritakan tentang kesedihanku sejak tahun lepas. Ramadhan tahun lalu, mamaku meniggal dunia akibat knser payudara.

Semasa hidupnya, mamaku seorang wanita yang hebat. Setiap subuh selepas solat, mama akan siapkan sarapan untuk kami semua dan menguruskan kami sebelum ke sekolah.

Selepas itu, barulah mama pergi kerja. Mama berkerja di syarikat swasta dan memegang jawatan penting dalam syarikat tersebut.

Ekonomi kerluarga kami sangat baik disebabkan pendapatan mama yang agak tinggi, sedangkan papa bekerja biasa-biasa sahaja. Pernah juga papa menganggur.

Memang itulah jawapan mama setiap kali ditanya. Selepas beberapa hari ditahan di wad, mama boleh pulang. Kami pun lega akhirnya mama boleh pulang, sebab kehidupan kami serabut tanpa mama. Syarikat mama kerja memberi cuti sehingga mama betul-betul sembuh.

Suatu hari, mama pitam dan terjatuh. Kami adik-beradik panik dan terus memanggil papa. Papa datang dan terus mengangkat mama untuk pergi ke hospital. Tapi mama bersuara, abang tak perlu hantar saya ke hospital. Waktu saya sudah tiba.

Saya dah tak nampak apa-apa lagi. Masa tu papa menangis dan tidak peduli cakap mama. Papa tetap hantar mama ke hospital dan dibawa ke bahagian kecemasan.

Tidak lama kemudian, doktor cakap mama tidak dapat diselamatkan lagi. Mama hanya mampu bernafas dengan alat bantuan pernafasan.

Masa tu aku tidak tahu apa yang aku rasa. Seluruh badanku terasa lemah, lututku rasa seolah-olah tiada tulang. Aku lihat papa menangis.

Barulah aku faham mengapa mama tidak mahu membuka pakaian dalamnya masa ditahan di wad sebelum ini. Mengapa mama sembunyikan semua ini? Sekarang mama sudah tiada dan aku masih tertanya-tanya mengapa mama biarkan diri mama tersiksa seorang diri.

Semasa menguruskan jenazah mama, aku berada di samping mama dari awal sampai akhir. Aku ikut memandikan dan mengkfankan mama. Waktu itu, tiada lagi air mata yang mampu menitis. Sudah kering. Yang aku harapkan, agar mama pergi dengan tenang.

Aku mencium mama buat kali terakhir, aku merasakan luka kesedihan yang paling dalam waktu itu. Sebaknya tidak mampu utk kutahan lagi. Mama telah pergi tinggalkan kami buat selamanya.

Aku melihat jnazah mama diturunkan ke liang lahad. Di situlah aku menangis semahu-mahunya. Mamaku yang kusayang, yang selama ini selalu menemani kami sebelum tidur, kini akan tidur sendiri di dalam kbur.

Ya Allah.. sayangilah mama kami ya Allah, sebagaimana dia menyayangi kami selama hidupnya.

Dia update gambar mereka berdua dengan caption “finally after all this years, we’ve been through a lot of bla bla bla bla blaa…” Aku sedih. Aku marah. Apa semua ni? Maksudnya selama ni papa ada perempuan lain selain mama ke?

Ya, memang papa sudah lama ada hubungan dengan wanita tu. Sampai hati papa.. sampai hati papa buat macam tu pada mama. Apakah makna air mata papa di hari kem4tian mama?

Adakah papa sedih sebab tak nak kehilangan mama? Atau sedih sebab mengenangkan dosa papa terhadap mama? Atau lakonan semata-mata? Hanya Allah yang tahu.

Aku bnci papa. Aku ingat mama. Ya Allah.. kenapa mama pendam semuanya sendiri? Kenapa mama? Aku semakin sebak dan kasihan mengenangkan nasib mamaku semasa hidupnya. Sudahlah menanggung skit, ditambah lagi dgn kecvrangan papa.

Beberapa bulan selepas itu, papa pun berkahwin dengan wanita itu. Majlis disambut dengan meriah. Papa tak ingat dengan mama ke? Kubur mama masih merah! Semudah itu ke papa lupakan mama? Mama, wanita yang mendampingi hidup papa selama 20 tahun.

Mama juga ada buat akaun simpanan atas nama kami dulu. Simpanan itulah yang akan kami gunakan untuk sambung belajar di masa hadapan. Terima kasih mama. Mama wanita terhebat.

Tahun ini merupakan kali kedua kami beraya tanpa mama. Aku terima takdir ini. Aku cuma berharap, aku dapat jadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Mama, semoga kita dipertemukan di syurga kelak.

Kami rindu mama. Rindu yang tiada penghujungnya. Al-fatihah untuk mama. Buat papa, berbahagialah papa dengan isteri baru papa. Semoga kami mampu teruskan hidup walaupun kehilangan kasih sayang papa.

Terima kasih semua yang sudi membaca. Doakan aku lulus cemerlang SPM tahun ini.