Pelik Sedang Bersiap Pengantin Kena Minum Air Yg telah Dibaca. Terkejut Aku Tengok Gambar Bila Majlis Selesai.

Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku ni. Aku tak tahu la cerita ni seram ke tak. Tapi dalam hidup aku, aku jarang berhadapan dengan alam mistik ni.

Cerita nya macam ni..

Aku bekerja sambilan sebagai jurugambar perkahwinan, dan kita sedia maklum , selalunya majlis nikah akan diadakan pada sebelah malam.

Pada awal tahun 2015 (aku tak ingat tarikh nya) aku dapat job di satu area perkampungan di pahang. Kawasan kampung tu agak terperosok jauh kedalam.

Aku dah mula rasa takut (sebab aku ni memang penakut gila wei) . Nak pasang radio, tak boleh, sebab tak ada siaran. Jadi aku cucuk pendrive je, dengar lagu.

Aku sampai kat rumah pengantin pukul 8:45PM.
Sewaktu aku melangkah masuk dalam rumah pengantin (SITI) , aku dah rasa lain macam. Seram sejuk.

Tapi aku buat biasa je. Aku terus masuk bilik pengantin, pengantin tengah bersiap lagi. Selesai memperkenalkan diri. Aku tengok muka pengantin ceria saja. Memang la ceria , nak kawin kot..

Lepas tu, tetiba datang mak saudara pengantin (SITI), hulurkan air kosong pada pengantin. Mak saudara pengantin cakap “minum air ni, paksu kau dah baca-baca”. Waktu tu aku tetiba blur… Apa maksud baca-baca.

Namun nasib baik Paksu Siti yang merupakan seorang ustaz ada membantu menyedarkan siti kembali dari di rasuk.

Berbalik pada cerita majlis pernikahan.

Majlis berlangsung dengan baik dan lancar, aku pun buat keje aku macam biasa. Selepas selesai majlis, aku pun nak beransur pulang, jam menunjukkan pukul 12am.

Perasaan aku nak dalam perjalanan balik tu, Tuhan je yang tahu. Seram sejuk aku. Keadaan jalan pulak berkabus. Segala doa dan ayat pelindung aku baca.

Alhamdulillah aku sampai rumah dalam keadaan selamat dan “one piece”, hahaha,…

Bila dah sampai rumah maklong aku, aku masuk, mandi dan terus bukak laptop aku. Sebab aku kena “transfer” semua gambar yang aku ambik tadi dalam laptop dan harddisk, bila dah selesai transfer, aku check gambar tu.

Tetiba Allahu menggigil badan aku bila tengok, gambar yang aku ambik, muka pengantin perempuan (Siti) semuanya jadi hodoh. Muka siti seperti bernanah dan membengkak.

Semua gambar yang aku ambil hasilnya sama. Muka siti seperti seorang nenek tua yang bernanah, membengkak dan mata merah.

Aku tanya siti ada apa hal call,
siti tanya pada aku, “adakah gambar yang aku ambik semalam, ada apa-apa masalah tak”
aku menjawab dengan jujur, kerana siti seolah-olah dah dapat agak tentang perkara ni.

Siti beritahu aku, kesemua gambar yang diambil malam tadi, dari handphone atau camera, tak kira sesiapa pun, semuanya dapat hasil yang sama. Muka siti bernanah, membengkak dan mata merah.

Siti ceritakan cerita sebenar pada aku, menurut paksu siti, Ismail telah menghantar sihir kepada siti, kerana cemburu siti akan berkahwin.

Hurm.. Semoga kita dijauhi dari sifat jahat begini.