Macam mertua tgh sikat rambut, Malam tiba mesti bau hanyir kat tempayan dia bawa tu.

Saya mengadu ni bukan sebab nak bukak aib mak mertua saya ke apa. Tapi saya mengadu ni sebab saya dalam keadaan ketakutan dan tekanan .

Macam ni mak mertua saya tinggal dengan saya baru 2 bulan yang lalu lepas ayah mertua saya meninggal lah.

Saya ok je dia nak tinggal dengan saya dan suami saya sebab saya pun takde mak ayah dah jadi boleh saya tumpang kasih kan.

Tapi lain pulak jadi nya bila setiap masa saya ketakutan. Sejak mak mertua saya tinggal dengan saya macam2 benda seram jadi kat rumah ni. Suami saya tak tau sebab dia pegi kerja pagi balik tengah2 malam.

Rumah saya pun bila tengah2 malam je selalu bau hanyir drah dan busuk bangkai. Ada skali tu saya ternampak mak mertua saya baling daging ayam mentah dekat halaman belakang rumah sambil mulut dia macam ada cakap sesuatu tapi saya tak pasti apa dia.

Lepas mak mertua saya masuk rumah saya pun tanya la mak buat apa kat belakang tadi?

Pastu dia jawab.
“Bagi haiwan peliharaan aku makan”.

Pastu saya pun cakap lah.
“Aik kita mana ada bela binatang mak”.

Pastu dia cakap “Tu binatang peliharaan aku lah, kau mana boleh nampak” terus naik bulu roma saya min .

Saya cuba pujuk suami untuk panggil ustaz dtng berubat, husband marah saya dia cakap saya saja nak aibkan dia dengan mak dia. Punca yang buat saya nekad nak berubatkan jugak mak mertua saya ni bersebab.

Ada satu malam tu masa saya tengah tidur dalam pukul 11 malam (suami tak balik lagi masa tu) saya terdengar suara macam orang nazak. Tercungap2 tarik nafas tapi tak lepas.

Memang mula tu nak pegi tengok . Tapi bila saya pikir balik tak kan la mak saya sesak nafas kuat sangat sampai boleh dengar dekat bilik saya.

Mesti ada benda lain lepas tu saya bukak ayat Al-quran dekat fone dan tunggu husband balik masa saya bukak ayat dekat Fone tu suara tu jadi makin kuat pulak tak lama lepastu baru berhenti.

Dia macam marah sebab saya usaha nak ubatkan mak mertua saya ni. Saya cerita setiap ganguan yang saya kena sampai menitis jugak lah air mata saya ni. Saya cakap

“Kalau abang tak percaya lagi, abang jangan terkejut kalau saya lari rumah. Kalau lama2 macam ni saya boleh giila. Kalau hari2 ketakutan “.

Malam esok tu suami saya panggil ustaz dari Terengganu datang rumah saya. Masa ustaz tu sampai mak mertua saya tengah makan. Belom sempat cakap apa2 lagi mak mertua saya bangun dari meja makan dan cakap

“Sampai hati korang berdua buat mak macam ni”.
Mula tu mak saya dia macam nak naik angin , dia dah siap berdiri sambil mata melilau pandang kawasan rumah.

Bila saya pikir balik jauh betul tersasar akidah keturunan mak mertua saya ni .

Ustaz tu cerita masa dia masuk rumah saya dia kata rumah saya ni panas dan gelap. Dia kata dia tengok muka mak saya tu dari segi halus muka mak saya tu dah hitam sebab dari batinnya mak saya tu kepanasan.

Pendamping mak mertua saya tu jenis hantu raya. Belaan tu dari keturunan nenek moyang mak mertua saya lagi. Benda tu yang jaga keturunan mak mertua saya ni dari dulu.

Tapi yang peliknya husband saya memang tak tahu apa2 pasal benda tu. Lepas dia tau tu dia terus meremang. Ustaz tu kata pendamping mak mertua saya ni dia berupa macam makhluk yang berbulu warna hitam Berbadan besar dan mata merah. Kadang2 dia boleh berupa macam mak mertua saya.

Agaknya malam yang saya tengok mak mertua saya sikat rambut tu mungkin belaan mak mertua saya. Benda tu memang minta di jamu dengan daging mentah.

Lepastu setiap malam jumaat kena bukak tempayan untuk bagi benda tu minum air dari tempayan tu. Alhamdulillah keadaan mak mertua saya dah beransur pulih dah takde puja2 ni.

Tapi saya tetap kena ulang alik ke Terengganu nanti untuk teruskan berubat. Tapi mak mertua saya ni jadi tak banyak cakap dan kurang selera makan.

Sekarang ni badan dia penuh dengan lebam2 tu yang kena tahan wad kat hospital tu, tak pasti kenapa. Ustaz tu ada jugak bekalkan Air penawar untuk mak saya. Cuma kadang2 tu dia macam bercakap sorang diri pulak.

Tapi ustaz tu cakap yang benda tu tak boleh buang terus. Ustaz tu cuma mampu jauhkan dulu je benda tu pada mak saya. Sebab benda tu dah beratus tahun hidup dalam keturunan mak mertua saya tu payah nak buang.

Benda tu cuma boleh tengok dari jauh je gerak geri mak saya. Jadi ustaz suruh saya untuk selalu buat majlis bacaan yasin kt rumah ni.

Tempayan tu suami saya dah simpan dalam stor belakang rumah. Mak mertua saya pun takde tanya mana tempayan tu pergi. Doakan urusan mak mertua saya di permudahkan dan semoga dia sempat bertaubat.