Suami Gaji 4K Tapi Jadi Toksik. Aku Cuma Nak Fikir Selamatkan Diri Dari Hidup Dgn Dia

Aku sudah hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga dan bererti 3 tahun juga terseksa. Aku berkerja dan gaji aku lebih besar dari suami.

Dan kerana ini suami melepaskan tanggungjawab suami ke atas bahu aku.Sewa rumah aku yang bayar, makan, pakai aku juga aku yang bayar.

Aku yang bayar semuanaya tetapi kereta aku terpaksa sewa lot parking yang lain sebab apartment kami hanya menyediakan satu lot sahaja.

Aku sering tertanya-tanya kenapa dia tak ada belas ihsan tehadap aku sedangkan aku juga punyai pelbagai komitmen lain. Minta dibayar bil, ditangguh sehingga bekalan air dipotong. Barang dapur aku juga yang harus sediakan.

Gaji dia bukan tak besar, lebih 4k tapi aku tak tahu kemana semua duit pergi. Bila nasihat jangan selalu makan luar, mewah, pakai branded2, beli kereta mahal semua tak diendahkan.

Salah ke aku sakit hati? Bila balik kampung aku dah tentu semua duit aku, dulu b0dohnya aku, sampai sanggup bagi duit aku supaya dia bagi dekat mak ayah aku.

B0doh kan? Konon nak tunjuk dapat laki tanggungjawab, padahal.. hmmm. Bila balik kampung dia yang jauh nun juga duit aku.

Tu belum ipar duai sibuk tanya gaji aku berapa, minta tolong belikan itu ini, kias2 tengok harga barang-barang aku umpama aku dok perabis duit abang dorang.

Takkan kita balik setahun sekali, sarapan, lauk pauk tak nak hulur kan? Dah tau tak mampu, nasihat bagi duit raya ikut kemampuan sudah la, ni tak, nak tunjuk kena bagi anak buah banyak-banyak.

Padahal baju raya pun bini beli. Nak bagi bini duit raya? lagi lah harapan. Kami sudah beli rumah dan dijangka siap tahun depan. Aku dah nasihat banyak kali, nak dapat rumah kena kumpul duit masing-masing sebab aku tak nak semua keperluan nanti, renovate aku kena keluar sorang.

Setelah gaduh punya gaduh, aku suggest buat loan and masuk dalam ASB. Dia buat and dah dapat 15k. Tapi nak tahu mana 15k tu pergi? Modified kereta weyh.

Tukar rim, tukar itu tukar ini. Siapa tak sakit hati? Dah berapa bulan, tak sampai tengah bulan dah tak ada sesen.

Aku harus redha ke tanggung semuanya? Bila terfikir nak makan kfc ke makan sedap ke, kena fikir kena support untuk 2 mulut.

Nak beli makan kena support 2 mulut jadi dari tak ikhlas baik tak payah makan. Aku cari rezeki penat2 tapi aku yang kena ikat perut.

Sekarang bila bergaduh dia cakap aku yang riak. Aku sangat tertekan sebab aku tak ada tempat mengadu. Nak mengadu kat mak ayah aku tak nak mereka risau. Tapi hati aku tak ada siapa tahu.

Aku pun teringin nak ada orang yang tanggung aku, pergi bercuti tanpa aku yang semua keluar duit, nak juga merasa dapat hadiah dari suami.

Tapi bila ajak cuti, alasan mana ada duit. Beli barang aku mahal, dia beli kemeja RM600 tak mahal. Aku takut aku sentiasa jadi isteri derhaka sebab aku tak redha, dan aku takut aku buat sesuatu berbahaya dekat diri aku satu hari nanti or akhiranya aku tempatkan diri aku dekat hospital sakit jiwa.

Jangan cakap salah aku, konon aku tak tegas, kalau dulu tegas agaknya merempat bawah jambatan atau kebulur nak tunggu dia keluar duit. Nasihat? Bincang? Bergaduh? Dah bosan semua tapi langsung tak ada perubahan.

Saja je aku ajak makan kedai tapi dia tak ada duit nak makan and aku makan sorang tanpa pelawa. Aku dah bosan aku je kena beralah. Jangan sebab ingat gaji aku besar siikit dari dia aku kena tanggung macam aku tak ada komitmen lain.

Sekarang aku cuma fikir nak selamatkan diri aku dari hidup yang penuh toksik. Aku cuma fikirkan pisah jalan terbaik. Tetapi aku takut nak maklumkan keputusan aku dekat family.

Dia selalu kata aku tak reti bersyukur jadi derhaka sebab ada suami yang tak pukul tak main perempuan tapi nak banyak ragam.

Lelaki luar sana, jangan kau ingat kau tak pkul isteri kau, kau rasa baik, dera mental isteri pun toksik dalam rumahtangga.

Apa yang perlu aku buat?