Dulu Ibu Aku Penagih, Ibu Berubah Kerana Ayah Dan Jadi Penagih Semula Sebab Ayah Aku.

Ini kisah aku dan keluarga, yang mana tak kuat, jangan baca, onak duri turun naik dalam keluarga. Aku tak tahu nk luah dekat siapa. Mungkin dekat sini je aku boleh coretkan bagi hati aku puas.

Saya adalah anak perempuan Bongsu dari 8 orang adik beradik. Seawal usia 4 tahun ibubapa bercerai dan ibu meninggalkan kami 8 adik-beradik di kampung bersama ayah dan mak tiri.

Alhamdulillah Allah itu Maha Pengasih, walaupun kami dibesarkan dalam keluarga yang bercerai-berai kami adik-beradik mampu berdikari seawal usia saya 4 tahun.

Saya hanya bertemu ibu ketika saya berusia 19 tahun ketika itu saya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Alangkah terkejutnya saya bertemu ibu dalam keadaan kurus kering kerana bergelumang dalam najis ddah.

Ayah cuba bawa perubhan pada ibu ketika itu. Ayah bimbing ibu bwa ke jalan yg benar, bimbimg ibu tinggalkan barang terlarang semua tu.

Alhamdullilah ibu berubah ketika itu, ibu da jarang pergi kelab malam dengan keadaan lalok. Bnyak masa ibu dihabiskan bersama ayah melepak di warung minum, tasik. Akhirnya ayah ibu selamat diijab kabulkan.

Ya ibu berubah 100%. Ibu jadi seorang isteri yg mithali taat dan patuh pada perintah suami. Tapi ayah? Walaupun ayah berjaya bawa keluar ibu dari lembah durjana itu.

Tapi dia terlupa, ayah masih berkunjung ke kelab malam tanpa pengetahuan ibu. Ayah tak mabuk, tak ambil barang terlarang. Sikap ayah kaki perempuan, mesti nk bertukar tukar perempuan.

YESS!!! Tebukti memang ibu nampak ayah tgh berjoget dlm kilaaun lampu warna warni. Dalam tangisan ibu penampar ayah dekat situ juga, ” Jantan tak guna, kau tipu aku hidup2″.

Ibu heret ayah balik rumah time tu juga. Mlam tu ayah mengaku dari A-Z apa yg dia buat selama ni. Dan malam tu juga detik besejarah bagi kami sekeluarga.

Ayah ceraikan mak malam tu juga. Malam tu juga mak keluar rumah tinggalkan kami adik beradik terkontang kanting.

Sejak dari mlm tu juga mak kembali ke tabiat lama. Mak ambil benda terlarang, mak pinjam ah long nak lepaskan gian. Lepas mak sepi tanpa berita. Ayah?

Banyak onak dan duri, ada adik beradik yang bergelumang dengan perkara yang haram disisi agama. Namun, Segala Puji Bagi Allah. Saya dihindarkan dari perkara tersebut untuk menjadi teladan kepada adik beradik.

Titik permulaan saya berubah menjadi insan yang lebih baik menjadi ikutan kakak dan abang-abang saya. Kini adik beradik telah berubah ke arah yang lebih baik.

Walau tidak sepenuhnya. Syukur segala puji bagi Allah. Betul, jika mahu berubah, kita kena mula dulu. Yang lain akan menyusul. InsyaAllah.

Dan saya bersyukur. Alhamdulillah kini ibu dan ayah telah berubah kembali ke jalan yang benar. Merela mulai solat 5 waktu. Ayah yang dulu garang kini mulai menunjukan kasih sayang.

Saya juga belajar nilai untuk menerima kelemahan diri dan orang lain. Kita buat dan berubah dahulu, kemudian adik beradik akan ikut. Betul, ianya berkesan. Buat dan lihat hasilnya. Zikir kepada Allah untuk dipermudahkan segala urusan.

Allah menjadi tempat saya meluahkan segala tekanan, kesedihan dan tempat meminta. Dhuha, Tahajjud itu menjadi kemestian. Alhamdulillah, kehidupan saya sentiasa dipermudahkan.

Buat rakan-rakan, yang mengalami nasib yang sama, keluarga yang bercerai berai. NASIHAT SIS, jangan salahkan kedua ibubapa, jangan salahkan takdir. Cuba untuk keluar dari kesusahan tersebut.

Jadi anak yang baik. Berdikari sendiri dan buktikan kamu boleh menjadi diantara yang terbaik. Allah menguji Insan yang hebat untuk kita lebih dekat dengannya.

Doakan saya terus kuat ya. Kini sedang bertarung menghabiskan pengajian ijazah kedoktoran dalam masa yang sama sedang mengumpul wang untuk membawa emak dan ayah menunaikan Umrah tahun ini, InsyaaAllah.

Kalau ikutkan hati mahu saja berhenti belajar, atas permintaan kedua orang tua untuk saya melanjutkan pengajian saya turutkan sahaja. Mereka tidak beri wang mahupun kemudahan, tetapi dengan doa mereka menjadikan saya insan bertuah.