Aku Wanita 40an. Kali Ni Depan Suami Kedua Aku Tekad Buat Pengkuan. Tak Terkata Respon Suami.

Terima kasih andai kisah ini disiarkan. Ini adalah kisah benar, pengakuan dari seorang wanita yang banyak berd0sa dengan seorang bernama suami.

Ketika banyak orang memperkatakan keburukan suami dan kelemahan para lelaki, diharap kisah hidup yang ku ceritakan dapat membuka mata wanita di luar sana bahawa lelaki bukan semua seperti yang disangkakan.

Aku seorang wanita bekerjaya sekitar umur 40an berkahwin dengan suami sekarang, perkahwinan yang kedua selepas bercerrai dengan suami pertama dahulu.

Aku pada zaman remaja dan sebelum berkahwin bukanlah seorang yang liar, dari perwatakan luaran dan pemakaian tiada yang akan menyangka aku seorang wanita yang banyak berd0sa, melakukan z1na.

Sebelum kejadian itu, aku pertama kali dalam hidup diberi ddah sejenis ice oleh Zam dan aku mengikuti sahaja.

Aku tak sangka langsung dengan apa yang terjadi. Ibarat aku dis1hir, mungkin bukan semua orang percaya dengan kewujudan s1hir, mungkin ada yang akan mengatakan aku mengikut hawa nfsu sendiri, tapi yang berlaku pada diri aku adalah bukti bahawa s1hir itu wujud.

Aku sebenarnya telah dis1hir oleh lelaki dari awal zaman remajaku entah kenapa aku ibarat mudah dimasuki s1hir oleh sesiapa sahaja dan yang paling teruk adalah apa yang berlaku dengan Zam dan Mazlan tersebut.

Aku betul- betul menyesal dengan apa yang telah terjadi. Menyesal mengenali mereka semua.

Dia ajar cuci dengan menggunakan air yang aku tahan dari daerah dagu semasa mandi dan alirkan pada kemalvan sambil selawat.

Berulang kali aku buat berminggu2 sambil menangis. Dia terus merawat aku sepanjang beberapa minggu dengan Al Quran. Suami bukanlah ustaz atau sesiapa, tapi aku yakin dengan dia dan kami tidak berubat di tempat rvqyah kerana hal ini terlalu memalvkan dan mengaibkan untuk dicerita kepada orang lain.

Jadi suami ambil keputusan mengubati diri ini dengan ikhtiar dia dan aku sendiri. Dia juga mandikan saya kadang2. Dan alhamdulillah Allah izin segala bau busuk tersebut hilang dan perkara paling indah berlaku pada Hari Raya Puasa tahun ini.

Pada Hari Raya, saya dapat bau suatu wangian di udara yang saya tak dapat gambarkan bau dia di dunia ini. Ibarat wangian bunga atau pewangi kasturi dan bau tersebut saya bau di udara dan pada badan suami saya padahal dia tak memakai perfume masa tu…

Bila berlaku pada diri sendiri baru kita merasainya dan mempercayainya Sehingga sekarang saya akan terus bertaubat dan tidak akan ulangi kesalahan dan d0sa saya.

Terima kasih pada suami yang di masa itu memberi peluang. Kalau tidak entah apa berlaku pada saya. Hingga sekarang saya masih berfikir, bertapa banyak percerraian berlaku di zaman sekarang tetapi berapa ramai yang seperti suami saya masih mengampuni isteri, mendidik isteri dan memberi peluang.

Dan perkara sama pada isteri, adakah akan memberi peluang pada suami masing2 sekiranya suami bersalah. Ya Allah sesungguhnya saya sangat bersyukur memiliki dia. Semoga rumahtangga ini kekal dalam keredhaanNya