Tiba-Tiba Bunyi PRANGG. Mcm Pintu Locker Kene Hempas. Bunyi Ke2 Siap Terjerit-jerit.

Masa zaman sekolah dulu memang biasa dengar ada kes budak yang kena rasuk tapi belum pernah lagi terjadi depan mata sendiri.

Paling-paling terdengar suara jeritan dia orang jelah. Aku tak pasti kejadian ni jadi masa sem berapa, aku rasa sem 3 kot. Masih di bangunan yang aku pernah ceritakan dulu dalam “Bangunan 10 Tingkat”.

Kejadian ni jadi masa hari Khamis, dari pagi sampai ke petang aku duduk dalam bilik layan FS. Petang tu lpas asar roommate aku ajak turun makan dekat kafe sebab masing-masing dah lapar.

Dari pagi tak sentuh nasi, setakat makan maggi dengan biskut je mana kenyang sangat. Aku pun dengan malas-malasnya join dia orang makan.

Perasaan aku macam ada benda yang memerhati kita orang sepanjang hari. Dari situ masing-masing pun start kongsi cerita seram. Tengah syok bercerita tiba-tiba PRANG!!! Bunyi pintu locker kena hempas dari bahagian pertama dekat katil 1&2.

(HI-10 ni satu bilik untuk 6 orang. Bilik tu terbahagi kepada 3 bahagian means satu bahagian untuk 2 students. Buka je pintu akan ada koridor pendek, sebelah kanan bahagian pertama, bahagian depan (hujung koridor pendek) bahagian kedua dan sebelah kiri pula bahagian ketiga.

Bahagian kedua sahaja yang menghadap tingkap means memang part tu jelah yang ada tingkap. Bahagian lain kiri kanan depan belakang dinding semua.

Kita orang berempat terus terdiam sebab terkejut tapi masa tak ada fikir apa pun, mungkin Amiy or Ara tengah bad mood or something.

Bila kita orang suruh dia ikut istighfar and sebut 2 kalimah syahadah, dengan susah payah dia cuba ikut perlahan-lahan. Sedih tengok keadaan dia masa tu sampai mata semua berair-air.

Dalam keadaan huru-hara ni, ada seorang membe yang pergi panggilkan warden. Warden sampai pun dia tak mampu nak buat apa takut karang memandai-mandai makin burukkan keadaan.

Warden ni buat keputusan panggil seorang ustaz warden asrama lelaki untuk bantu. Sementara menunggu, tu dia sapukan sejenis minyak pada beberapa bahagian badan semua yang ada dalam bilik tu tapi aku tak ingat bahagian mana and minyak apa yang dia sapukan tu. Time tu memang aku focus pada Ara je.

Warden ni pun calitkan sikit minyak tu dekat tangan Ara, lepas tu Ara makin kuat meronta-meronta. Ada juga yang hampir makan terajang dia.

Jujur aku cakap, masa tu entah kenapa aku rasa bahagian belakang badan aku terasa panas. Bayangkan kau baru lepas marathon dengan membe kau then membe kau duduk menempal dekat kau.

Mesti kau ada rasa haba dari badan dia juga. Tulah apa yang aku rasa. Aku tiba-tiba rasa marah yang teramat sampai aku jerit nama Ara kuat-kuat, tak lama lepas bergelut tu Ara pengsan.

Bila ustaz tu dah sampai, kita orang terpaksa papah Ara turun ke bilik rawatan dekat ground floor sebab ustaz tak boleh naik atas, yelah asrama perempuan kan takut timbul fitnah pula.

Sebelum rawatan dimula ustaz dah ingatkan awal-awal, siapa yang tengah datang haid tu kalau boleh jangan ikut masuk sekali dalam bilik tu dan orang yang tak berkaitan kalau nak tengok sambil tu bacalah ayat-ayat pendinding.

Ustaz arahkan semua orang jangan halang laluan keluar so senang benda tu keluar.

Selesai je proses rawatan tu masing-masing bubar sebab jam pun masa tu dah dekat pukul 1 ke 2 pagi. Ara pun dipapah semula ke bilik.

Badan dia lemah sangat, lepas bersihkan diri semua dia terus tidur ditemani Amiy. Malam tu bacaan al-Quran dan ruqyah berulang kali dimainkan dalam bilik.

Nur, Nana, Lili, Maziah dengan aku berkumpul dekat ruang tengah. Aku meniarap kat lantai minta Nana pijakkan badan aku sebab seriously badan aku rasa macam kena banting banyak kali.

Dari situ masing-masing macam cuba untuk lupakan apa yang baru je terjadi so kita orang bergurau, melawak, ketawa sama-sama dalam diam. Tapi aku rasa semua orang fikirkan benda yang sama.

Ramai yang kata, bila kita bercakap pasal benda tu, dia akan datang dengar sekali dengan kita. Mungkin pada awalnya benda tu memang mainan perasaan aku yang terlebih taksub dengan FS masa tu.

Tapi bila kita orang mula berkumpul dan bercerita pasal dia, ibarat macam kita orang sendiri yang menjemput benda tu mendekat.

Sebenarnya ada penjelasan lanjut tentang kes Ara ni tapi itu bukan cerita aku untuk diceritakan. Cukuplah sampai sini je. Panjang sangat dah ni. Maaf kalau perkongsian ni terlalu panjang dan membosankan.