Pagi Lepas Aku Tidur Dgn Lelaki Tu. Dapat Call Kecemasan Dari Hospital Pasal Ayah. Tekejut Dengar, Rasa Bersalah Sangat.

Aku pernah baca antara d0sa yang dibalas serta merta atas dunia ni, adalah d0sa berz1na. Aku tahu benda tu. Tapi kalah jugak. Dan aku juga menerima balasan dari Dia. Ini kisah aku.

Aku tinggal dengan ayah aku berdua. Aku memang anak ayah. Masa aku belajar dulu aku ada kenal seorang lelaki, aku nama kan T.

Dan aku hampir kalah dengan nafsu. Beberapa kali setakat ringan2 (d0sa tak ringan pun) aku berhenti dari jumpa dia.

Kebetulan dia pun ada awek baru. So aku pun redha jela. Selepas dia, memang aku takut nak rapat dengan laki. Sebab aku takut aku kalah dengan nafsu. So masa belajar takde couple. Setakat major crush whatever so.

Rasa macam nak pecah dada. Rasa menyesal. Rasa separuh jiwa dah hilang. Bayangkan malam tu ak buat d0sa tidur dengan lelaki sedangkan ayah aku sedang tenat kt hopital. Aku rasa bersalah sgt. Oleh kerana dia ada dengan aku, dia hantar pergi hospital.

Ayah c0llapsed dan diberikan ubat tidur. Walhal malam sebelum tu dia tersangat segar, nampak sihat dan kuat, boleh gelak gelak dengan aku. Bayangkan perasaan aku, baru malam tadi ayah okay. Kenapa tiba2 c0llapsed. Kenapa ayah jadi tak okay.

Bila family lain dah start datang, semua orang tertanya kenapa jadi macam ni. Aku nak je jerit dan jawab sebab aku dah buat d0sa besar. Dosa paling jjik. Masuk hari ketiga, ayah pergi juga.

Perasaan aku masa tu, aku lah anak paling bodoh, paling derhaka, paling teruk pernah ada kat bumi. Aku rasa bersalah sebab ayah mninggal.

Aku selalu fikir, kalau aku tak buat benda2 tu mesti ayah ada lagi kan. Aku ambil masa untuk redha. Aku cuba untuk terima balasan aku dan move on.

Kadang rasa macam aku ni persoalkan takdir. Tapi aku taknak macam tu. Aku yang berdosa. Aku kena Terima lah. Susah tapi kadang2 bila aku mimpi ayah dan ibu datang kat aku, especially bila aku sedih.

Mesti diorang datang dalam keadaan senyum gembira tengok aku. Dalam hati aku fikir, ibu ayah tak march aku ke. Aku pun taktau nak fikir apa.

Wallahualam.Dengan T, lepas sebulan ayah pergi, dia masuk meminang dan kami kahwin. Perkahwinan aku bukan lah smooth sailing all the times.

Aku selalu berdoa, cukup lah Ya Allah balasan d0sa aku yang dulu. Aku tak kuat dah terima balasan lagi.

Jadi bila orang bercerita mengenai balasan berz1na, ya aku setuju. Ada sebab kenapa Allah suruh jauhkan dari z1na. Mungkin juga itu teguran dari Allah tanda Dia sayang aku sebelum aku terlanjur jauh. Tapi yelah, teguran Dia sangat pedih. Sakit wei.

Doakan Aku sentiasa redha. Ingat, balasan itu wujud dan Allah maha melihat dan mengetahui. Tapi Allah kan maha pengasih dan penyayang.

Semoga masih ada sinar rahmat dari Dia buat kami kami yang pernah berd0sa ini. Aku doa anak anak aku dipelihara dari maks1at2, d0sa2 yang aku pernah buat. Semoga Allah ampunkan d0sa2 kami.