Aku Mengandung Anak Luar Nikah. Habis Je Nifas Hanif Mula Sentuh Aku Lagi

Kisah hidupnya yang bercerai , kemudian terlanjur dengan suami orang hingga mengandung. Ternyata si lelaki hanya ingin melempiaskan nfsu nya semata2. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Kehilangan kerja, di buru along dan murung akibat perceraian.

Assalamualaikum… Aku teringin nak berkongsi kisah ringkas aku agar menjadi pengajaran dan tauladan supaya tak ada yang melalui kesilapan yang aku lakukan.

Aku merupakan seorang wanita yang tersilap langkah hingga berziina semata mata menagih cinta seorang lelaki.

Dia sanggup membantu aku dan buat segalanya untuk aku. Dia membantu aku membayar hutang along, dia membayarkan installment kereta aku, mencarikan kerja dan hingga ke tahap mencarikan aku rumah sewa agar dekat dengan tempat kerja.

Aku lupakan bekas suami aku dan aku jatuh cinta pada Hanif. Sangat cintakan Hanif. However, Hanif mulai sedar betapa emosi dan mental aku amat rapuh dan aku menjadi terlalu bergantung pada Hanif.

Hanif mula mengambil kesempatan, silap aku juga merelakan segala apa yang Hanif buat kerana cinta kononnya. Aku tak nak kehilangan Hanif dan aku tau Hanif amat cintakan aku. Hinggalah aku di sahkan mengandung.

Pada awalnya aku memang takut, aku sendiri tak sangka aku boleh mengandung kerana aku mengalami kecedraan pada rahim dan doktor pernah mengesahkan bahawa amat mustahil untuk aku mengandung. Jadi aku berdiam diri mengharapkan kandungan aku akan gugur sendiri.

Isteri Hanif tenang mendengar apa yang aku luahkan. Katanya suami dia memang seorang kaki perempuan dan aku bukan lah yang pertama.

Dia tidak percaya bahawa aku mengandungkan anak Hanif kerana perkahwinan mereka tidak di kurniakan anak, apatah lagi wanita murah seperti aku boleh sahaja tidur dengan mana mana lelaki dan mengakui bayi itu sebagai bayi suaminya.

Perut semakin membesar, pulang ke kampung

Aku terdiam tak terkata. Hanya mampu menangis. Penyesalan selalu datang terlambat. Dengan perut yang semakin besar, kandungan berusia 6 bulan ketika itu dan tiada arah tuju, aku pulang ke kampung.

Hanif berjanji pada orang tua aku bahawa dia akan mengahwini aku dan meminta agar membawa aku pulang bertemu keluarganya. Keluarga aku hanya lah orang kampung, mudah memaafkan Hanif asalkan cucu mereka berpapa.

Aku mengikut Hanif pulang kembali. Dan Hanif ternyata tidak berkahwin pun dengan aku. Hanif memaksa aku menipu keluarga aku dengan ugutan dia akan membawa lari anak aku kalau aku tak ikut segala kata katanya. Hanif menyewakan sebuah rumah untuk kami dua beranak.

Minggu pertama memang sukar kerana aku asyik bergaduh dengan Hanif hingga ke tahap Hanif menghempas aku ke lantai membelasah aku hingga berlaku pendrahan. Hanif bukan membawa aku ke hospital malahan membawa salah seorang rakannya untuk merawat aku dari rumah.

Perempuan perempuan yang Hanif bawa balik, aku lihat mereka semua terdiri daripada mereka mereka yang berperwatakan menarik dan sopan. Orang baik baik yang terperdaya dengan janji janji manis Hanif seperti mana aku.

Hanif akan datang setiap pagi sebelum pergi kerja untuk membawakan sarapan dan akan bersarapan bersama ketika tiada perempuan lain di rumah tu. Kalau ada, dia akn tinggalkan makanan sahaja dan dia pergi bersama perempuan dia.

Hanif akan datang kembali selepas waktu kerja dan pulang sekitar tengah malam. Telefon aku Hanif pegang dan rumah akan sentiasa berkunci. Aku hanya boleh keluar bersama Hanif.

Aku tau ianya bukan Hanif sbb Hanif sahaja yang mempunyai kunci dan aku masih terkurung. Hanif akan terus masuk setiap kali. Tiap kali berbual dengan orang tua aku juga di depan Hanif menggunakan telefon Hanif. Kehidupan aku memang di kawal sepenuhnya oleh Hanif.

Diserbu keluarga isteri Hanif

Apabila aku membuka pintu, maka berdiri satu susuk tubuh yang aku kenali bersama seorang wanita yang aku kira sebagai ibunya dan juga beberapa orang lelaki. Isteri Hanif akhirnya berjaya menjumpai “rumah kedua” Hanif.

Kita sering kali membaca kisah peperangan dan pergelutan yang berlaku antara isteri dan perempuan simpanan suami. Tetapi ianya tidak berlaku dalam kisah aku. Selepas abang abang isteri Hanif berjaya memecahkan mangga, mereka masuk dan kami berbincang dari hati ke hati.

Ibu mertua Hanif amat baik, isteri Hanif menangis teresak esak apabila ibunya memberi cadangan agar dia bermadu. Dia tidak kuat untuk bermadu. Namun dia tak nak bercerai kerana terlalu kasihkan Hanif.

Sekarang anak aku dah besar. Aku pun dah berjaya dalam hidup. Memang susah jadi seorang ibu tunggal tetapi aku kena tebus silap aku. Aku nak balas balik jasa ibu papa. Walaupun sekarang aku berjaya belikan kereta dan rumah buat ibu dan papa aku, tapi semua tu takkan cukup.

Pesanan

Kepada kalian kalian yang terlibat dalam cinta dengan suami orang, lepaskan lah lelaki itu. Tak berbaloi kalian melukakan hati isteri yang berkorban macam macam.

Sampai sekarang aku masih ingat akan tangisan isteri Hanif yang merayu pada aku agar tinggalkan suami dia. Kalau aku rasa sakit Hanif buat macam ni, isteri dia berkali ganda lagi sakit.

Buat para isteri yang merasa sakit dengan kehadiran orang ketiga, anda wanita yang hebat. Kerana mampu menempuhi dugaan yang sebegini besar. Aku yang pernah menjadi orang ketiga memohon maaf.

Tak pernah berbaloi untuk menjadi orang ketiga apatah lagi dengan kebahagiaan secara haram. Impian nak membina masjid tetapi asas batu bata yang haram… Tak kan terbina.

Tak akan bahagia, tak akan kekal. Jika anda terlibat dalam hubungan sebegitu, tak pernah terlambat untuk berpatah balik…. Pintu taubat sentiasa terbuka.