Sebelum Kahwin Dia Dah Tahu Status Saya Tapi Di Berkeras Nak Juga

Saya janda kahwin duda, nafkah zahir ok je. Tapi nafkah batin suamiku sy pendam je. Salam admin. Mohon hide profile saya. Mungkin terpanggil untuk kongsikan buat isteri isteri yang tidak taat mahupun yang menduakan terhadap suami.

Isteri pendosa. Ceritanya macam ini min. Aku wanita 20an janda anak satu. Setelah 3 tahun berkenalan dengan suami dan mengharungi liku2 akhirnya kami berkahwin.

Suami seorang yang setia waktu bercinta. Walaupun sebelum berkahwin dia tahu saya janda tetapi dia tetap terima walaupun kadang2 cemburunya memang tinggi tetapi dia paling penyabar.

Saya juga bekerja di sektor swasta. Kalau dari segi zahir memang cukup. Segala kelengkapan rumah. Duit semua cukup sehinggakan gaji saya satu sen pun dia tidak pernah guna.

Disebabkan terlalu terikut sikap nfsu yang tinggi. Saya tergoda dengan layanan lelaki lain sehinggakan cuurang dan saya abaikan tanggungjawab saya pada suami dan anak sendiri.

Anak saya tetapi suami sayang macam anak dia sendiri sedangkan bapa kandung anak saya sendiri pun tidak sayang macam itu dan akhirnya perbuatan saya dapat dihidu suami.

Saya? Tetap ego terhadapnya. Tarikh masuk mahkamah cuma tinggal lagi sebulan. Dia tetap bagi layanan yang baik dekat saya dan anak saya.

Sehinggalah satu pagi saat dia keluar hendak ke tempat kerja seperti biasa. Dia datang dekat bilik saya dia peluk dan dia minta ampun segala khilaf dia.

Dia kata maaf sebab tidak dapat jadi suami yang terbaik untuk saya.

Dia tinggalkan satu sampul dan berisi surat dekat atas meja bilik saya dan dia pergi seperti biasa. Sewaktu ditempat kerja. Saya dapat panggilan dari adiknya yang mengatakan suami kemaa langan dan di tempat kejadian.

Waktu itu saya rasa dunia gelap. Insan yang terlalu sabar saya sia2kan. Insan yang terlalu bertanggungjawab saya abaikan.

Berdosanya saya tidak sempat hendak memohon ampun dan maaf buat suami saya yang saya mula sedar saya terlalu cintakan dia.

Buat suamiku. Walaupun sudah 1 tahun abang pergi. Saya tetap tidak kan lupa semua doosa2 saya. Maafkan segala doosa2 isterimu ini. Saya harap buat isteri2 diluar sana, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Hargailah suami yang terbaik. Thanks min. Semoga jadi pengajaran buat semua.

Semoga cerita ini menjadi pengajaran dan manfaat kepada semua yang membaca. Terima Kasih