Teringat zaman makan maggi dlm baldi tiba2 ada kawan tu bersin dan hingus masuk baldi

Aku perempuan biasa yang mempunyai kawan dr zaman kecil hingga lah ke zaman universit. Perkenalkan diri aku Aishah. Umur aku tahun 2019 ni genap 27 tahun. Apa yg aku nk coretkan pada hari ini semua pernah lalui zaman ini.

Aku harap sgt kawan2 aku dapat baca kisah ni. Kisah kami, kisah buat kawan2 aku yang sayang.Semalam cukup 15 majlis perkahwinan kawan-kawan yang aku hadiri sejak tamat belajar ni. Aku cuma nak luah apa yang aku rasa.

Aku mula rasa sunyi. Seriously sunyi. Sunyi bukan sebab sorang-sorang dah tamatkan zaman bujang tapi sebab aku mula rasa diorang makin jauh.

Entahlah, waktu tu aku cuma fikir inilah saat terakhir aku akan jumpa kawan aku, gla-gla dengan title bujang. Nanti dia dah kahwin, semua tu dah takda. Sebab tu aku pejam mata duit keluar banyak. Aku pejam mata bila kepenatan.

Pernah aku sampai termenung sorang diri dekat stesen bas sebab nak balik tapi tiket dah habis. Hahaha.. Kelakar kalau ingat balik. Pergi dah selamat, tapi aku lupa cari tiket balik.. Hehe. Punyalah kelam kabut.

Aku cuma nak tengok kawan aku bahagia bila majlis dia ramai kawan-kawan datang. Lagi-lagi kawan rapat. Aku tau ramai ‘spesis’ macam ni, zaman nak habis belajar nangis-nangis waktu nak berpisah. Siap janji kahwin nanti jemput.

Part paling best bila mana, masing nk beli baju sama warna dgn pengantin. Gigih mencari 2 bulan sebelum majlis. Bila sampai tarikh yg dijanjikan nk pergi bersama, mcam2 alasan yg keluar. Ada yg nk pergi dgn BF, ada yg nk pergi tunang. Janji hanya tinggal janji. Ada yg datang tak smpai 10 minit da nk balik. Tak sempat nk borak2.

Aku tak salahkan diorang pun. Maybe itulah maksud orang kata perempuan bila dah kahwin dunia dia hanya suami dan anak-anak. Aku pujuk hati nak faham walaupun aku rindu nak baca komen diorang walaupun dengan sepatah perkataan dekat group.

Ke memang orang dah kahwin, suami tak benarkan balas whatsapp group kawan-kawan? At least respon lah kalau ada jemputan kahwin. Boleh datang ke, tak boleh ke. Suami tak bagi ke, morning sickness ke, kucing nak beranak ke apa. Haa, terus aku emo bila teringat bab ni.. Hahaha.

Perempuan ni sensitif. Macam mana dulu-dulu kau nak kawan-kawan datang meriahkan majlis kau, begitu jugak dengan kawan-kawan bila time diorang tiba.

Walaupun kau terpaksa bawak suami dan anak-anak datang, percayalah hati kawan kau dah sangat bahagia bila kau dapat raikan mereka walaupun kau tak dapat bermalam, chit chat sama-sama, paksa bride to be stay up semata-mata nak bergosip last before ubah title.. hehe.

Dia dah cukup bahagia bila tengok kau sanggup dukung anak datang nak raikan dia walaupun sekejap. Seriously, aku tengok kawan aku bahagia sangat bila kawan kami sanggup datang jauh-jauh sambil dukung anak semalam. Walaupun dia takda waktu gosip time kami malam sebelum akad nikah.. hahaha

Yang kahwin, tolong hargai kawan kau yang datang dekat ke jauh ke sebab bukan semua orang sanggup susah payah datang majlis kahwin korang.

Dan 8 bulan lagi aku akan kahwin. Dan kawan-kawan aku tak perlu risau. In shaa Allah, aku takkan berkecik hati jika kalian tak dapat datang. Aku memahami kesusahan naik turun bas, badan penat, duit keluar banyak dan macam-macam lagi sebab aku pernah laluinya.

Aku faham tak semua orang sanggup buat macam aku buat. Even aku ada kawan, kalau tau susah nak pergi terus tiba-tiba dia ada kerja. Kalau cakap carpool ramai-ramai. Cepat je beratur jadi orang pertama.. haha.

Apa-apa pun aku tetap bahagia hadir majlis korang walaupun sekarang aku rasa makin sunyi.

Semoga kalian semua bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah. In shaa Allah, aku yakin Allah akan hantar orang lain untuk meriahkan majlis aku nanti.