Gaji Saya 15 Ribu Sebulan. Tapi Jujur Saya Tak Ada Masa Bersama Isteri Sebab Benda Ni.

Aku lelaki. Umur tak lebih 30. Dalam hidup mesti ada part yang akan menentukan or membawa korang kepada sesuatu keputusan yang amat sukar.

Sampai satu masa memang korang kena decide something yang memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan korang.. most important life decision yang ku pernah buat adalah bila aku tukar kerja sebab aku dah kawen.. kenapa dah kawen baru aku tukar kerja? Ha. Mari dengar cerita aku..

Aku ada chance untuk bina career path yang bagus. Sangat bagus. Mula2 masuk kerja dah dapat 3k sebulan. 6 bulan aku kerja, boleh naik sampai 15k. boleh kumpul connection, dato’ selebriti, dan banyak orang2 besar la.

Kumpul “cable” la orang kata. Kerja senang. Gaji besar. Makan tanggung, minyak tanggung, tol tanggung, kalau outstation tempat tinggal dia bagi, ada duit poket sikit boss aku bagi. Boss baik. memang sporting, belanja makan bukan sikit2.. starbuck hari2. subway footlong tu breakfast lunch dinner.

Tu baru sikit la pasal kerja aku ni. Lebih-lebih cerita kang korang komen mintak contact number pulak. Ok lah. Then aku decide aku nak kawen.. Aku kawen, sewa rumah dan mula la hidup berdua dengan isteri aku ni.. isteri aku baik.

Cun gile! Sumpah. Sebelum kawen aku ada la bincang dgn isteri aku ok ke kalau aku terus kerja mcm ni.. dia cakap dia rasa dia tak leh kalau aku kerja mcm ni. So aku ckp kita tgk dlu mcm mana. Boss aku bagi cuti sebulan lepas kawen tu.

Then bila aku start kerja je, masa aku ngn bini aku mmg dah takde. Aku bangun pergi kerja, bini aku tidur lagi. Aku balik dr kerja, bini aku dah tidur. Aku pergi kerja matahari tak naik, aku balik kerja matahari dah tenggelam kadang2 matahari tu dah nak naik balik dah.

Kalau bercakap pun bila aku balik la.. tanya khabar, hows your day, apa2 jadi ke ape ke.. stakat sembang-sembang mcm tu je. Mcm tu la hari2 selama 3 bulan..

Tetapi, Jeng jeng jeng.. mesti ada kurang nya.. masalah yang aku hadapi sekarang ni adalah kekurangan sumber kewangan la boleh kata mcm tu. Tak de la aku ni susah sangat sampai tak makan, sampai kena ikat perut gla2. tak de la sampai mcm tu.

Tapi tak la senang sampai kalau kau pergi kedai makan, kau tak perlu pun tengok harga makanan yang kau nak order tu. Isteri aku pn kadang2 stress jugak lah bila short off money. Bab duit ni memang boleh menjadi punca terasa hati, bergaduh sana sini, orang pandang sinis, kena hina, rasa di hina, gaduh laki bini, merajuk sana sini..

Time ni la kau akan start pandang apa kemewahan yang kau pernah ada dulu. Starbuck hari2, subway hari2, makan kat kedai mahal, duit poket tak pernah putus, tol tak kisah, minyak tak kisah, makan tak kisah, boleh travel sana sini sambil2 buat kerja. fuh!! Bini aku pun sama.

Tengok balik time aku tak ada masa dengan dia, boleh kata hari-hari ada barang dari shopee sampai rumah. Hari2 boleh upload gambar makanan yang nampak sedap (tp tak sedap pun) kt restoran hipster di IG dia.

Apa-apa pun, this is our decision. Aku sayang masa dengan bini dan family aku. Aku kena jaga perasaan dia juga sebab dia tak berkenan dengan kerja aku tu. Ustaz cakap rezeki akan bertambah kalau bini senang hati. Gittuww~~~

Duit tu akan aku usahakan untuk aku cari lebih lagi. Jadi pengajarannya, apa pun yang korang nak buat dalam hidup korang, korang buat lah. Its your life. You decide. Never regret. Kalau boleh carilah isteri yang memahami, or, didiklah isteri korang nanti untuk menjadi penyabar dan memahami. Haha..

Akhir kata, aku mohon doa korang2 yang baca confession ni supaya doakan aku dan isteri aku menjadi lebih senang kaya raya pemurah baik dari segi duniawi mahupun ukhrawi sebab aku percaya, doa korang mungkin akan merubah hidup aku yang aku dah decide mcm ni. Haha.. Adios.