Hari-hari Sebelum Kejadian Aku Sangka Ajal Aku Dah Dekat Rupanya Ajal Orang Tersayang Dalam Hidup

aku Ain.. 31tahun..

Anak sorang.. aku kenal dengan suami aku, Ahmad masa sama2 belajar di UA di KL.. pada awalnya kami hanya kawan baik.. tapi disebabkan baiknya dia lah aku terjatuh cinta tanpa sengaja..

Aku cerita tentang Ahmad pada mak ayah.. mak ayah pun berkenan dengan Ahmad.. aku dan Ahmad lalui susah payah bersama2 dari awal hingga akhir.. sampailah jodoh kami datang..

Alhamdulillah masa habis belajar bisnes Ahmad menjadi.. jadi kami bebas dari loan.. majlis pun bukanlah grand sangat.. tapi cukuplah kami bahagia, keluarga gembira..

Selepas kahwin kami diuji..bisnes Ahmad turun naik..seolah-olah apa yg dia buat tak menjadi..pada awal sesuatu bisnez tu, memang berjaya tapi di pertengahan mesti akan ada halangan..

Bermulalah episod Ahmad mencari kerja..Alhamdulillah ada saudara rekomen kerja..interview kali pertama,kiv.. agaknya nak jadi rezki kami, bos panggil interview kali kedua..

Walaupun kalau ikutkan kelulusan Ahmad, tak layak jawatan tu, dengan takde pengalaman..tapi kalau dah rezeki..mana pernah salah alamat kan..

Kami menyewa rumah, dan bulan pertama Ahmad bekerja, bulan tu jugak aku hamil..Alhamdulillah rezeki..mungkin itulah masa terbaik buat kami..Ahmad dapat kerja tetap, Allah bagi zuriat pada kami..Allah maha mengetahui apa yg terbaik buat kita..

Ahmad sangat baik..dari awal kenal aku bagitahu aku tak reti siang ikan dan ayam..jadi setiap kali beli lauk, Ahmad yg akan siang dan cuci..tugas aku cuma memasak..kadang baju pun dia yg basuh bila mood malas aku datang..

Seminggu sebelum kejadian itulah yg aku rasa.. Seakan ajalku makin menghampiri.. Apatah lagi ketika itu aku sedang berbadan dua.. Banyak kemungkinan boleh berlaku..

“Abang, sayang takutlah.. Rasa macam ajal makin dekat.. Mungkin perasaan sayang je kot kan.. Moga Allah panjangkan usia abang, sayang dan anak2.. Aminn”

Whatsapp sent.. 1.16am.. 6.00am bluetick..

5 hari sebelum kejadian, aku maklumkan pada dia apa yang aku rasa.. Hanya melalui pesanan ringkas.. Dia sudah tidur ketika itu.. Aku tengok dia tidur.. Kepenatan.. Letih bekerja.. Dengar dengkuran halusnya.. ‘Jangan ambil nyawaku lagi ya Allah.. Sungguh aku belum bersedia..’

Tengahari.. Telefon berbunyi.. Sepupuku, kakcik.. Aku jawab dengan seronok.. Tapi yang aku dengar buat aku hilang pedoman..

“Pak ngah dia eksiden.. Hang siap nah.. Sat gi abang cik pi ambik.. Siap nah”..

Aku dah terjerit..

“Teruk ke kakcik?”..

Kakcik tahu aku macam mana..

“Tu kakcik malas habaq.. Hang siap nah”..

Itu je jawapan kakcik.. Aku tak puas hati.. Telefonku berdering tanpa henti.. Kakak ipar aku telefon tanya pasal dia.. Aku tak tahu keadaan dia.. Aku hanya mampu menangis..

Ya Allah.. Lindungi dia.. Aku pakai je baju apa pun.. Aku hubungi sepupuku supaya cepat sikit sampai.. Mak saudara aku sampai bersama abang cik.. Dalam perjalanan ke hospital, tak henti aku menangis..

Kakak aku juga maklumkan akan datang ke kedah.. Apa yg berlaku ni.. Eksiden apa sampai semua nak balik ni.. Aku mohon abang cik lajukan pemanduan.. ‘Abang, kuat abang..’ doaku..

Sampai di hospital, kakcik laju mendapatkan aku.. Dia peluk aku bawak ke zon merah.. Ramainya orang beruniform macam dia.. Aku nampak bos dia.. Bos dia buat isyarat supaya tenang.. Mana boleh tenang selagi aku tak tahu apa yg jadi.. Kakcik ketuk bilik rawatan, doktor buka pintu, aku masuk..

Aku keluar masuk bilik zon merah.. Dia dah kaku.. Sepenuhnya bergantung pada bantuan mesin.. Sehinggalah doktor maklumkan dia dah tak dapat diselamatkan.. 27jam dia bertarung nyawa.. Tak henti aku mengharapkan keajaiban dari Allah..

Tapi apalah daya bilamana aku perlu berebut dia dengan Allah.. Sudah pasti Allah lebih berhak.. Apa yang berlaku sepanjang di zon merah, aku pernah kongsi di Facebook aku.. Mungkin ada dari kalian yg pernah membacanya..

Sebelum dia disemadikan, aku sempat tidur peluk dia buat kali terakhir.. Aku baring sebelah dia, peluk dia yg kaku dan sejuk.. Dengan perut yg sarat berisi Umar.. Walaupun cuma 3jam.. Cukuplah..

Ada juga kesempatan terakhir untuk aku.. Aku cium dia yang terakhir kalinya.. Sejuk.. Wangi.. Sama macam pagi terakhir aku cium dia waktu dia masih bernyawa.. Bezanya sekarang aku cium dia tanpa dia balas ciuman aku..

22 Januari 2019..

Jadi sekarang aku faham..kenapa Alah uji kami dengan bisnes yg tak jadi..mungkin Allah nak uji sejauh mana kesabaran kami..sekuat mana kesetiaan kami..

Ahmad meningal kerana kemlangan ketika bekerja..dan disebabkan itu aku dan anak dapat pencen dari perkeso..bayangkan kalau bisnes Ahmad menjadi, dan Ahmad meningal..yang ada hanya simpanan.. sedangkan yg aku dapat sekarang pencen seumur hidup dan anak sampai umur 21tahun..aku tak payah kerja pun takpe..

Basic gaji Ahmad tak banyak mana..tapi Ahmad sangat rajin buat kerja lebih masa..sebab apa? Excited nak sambut baby la kan..sebenarnya Allah yg gerakkan Ahmad untuk rajin bekerja..

Sebab Ahmad akan tinggalkan rezeki buat isteri dan anaknya..kerana pencen yg kami terima dinilai 90% dari gaji keseluruhan Ahmad..memang la tak banyak mana bagi org lain tapi bagi aku sangat2 cukup..ye la..tak bekerja dapat duit kan..rezeki la tu..nafkah dari barzakh..

Allah baik kan? Dia uji aku tapi Dia juga bagi kekuatan pada aku..kalau Ahmad masih ada, mesti aku tak sekuat sekarang..sebab Ahmad terlalu manjakan aku..Ahmad sangat baik pada semua..mungkin Ahmad penat nak jaga hati banyak orang, Allah bagi Ahmad berehat awal..

Jadi sesiapa yg diuji dengan kesusahan, teruskan bersangka baik dengan Allah..banyakkan bersabar..ingat, Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita..yakinlah disebalik ujian itu, ada hikmah yg tersembunyi..

Hidup ini penuh dengan ujian..kaya ujian, miskin ujian, sihat ujian, skit ujian dll..jangan tengok orang yg lebih dari kita, tapi tengoklah org yg kurang dari kita..bersyukur dengan setiap apa kita perolehi..ujian itu tanda sayangnya Allah pada hambaNya..

Maaf kalau ayat tunggang terbalik.. Lagi pula aku bukanlah penulis yg hebat.. Hanya seorang yg biasa-biasa, meluah segalanya dengan penuh kejujuran.. Bukan nak minta simpati, aku cuma meluah apa yg aku lalui..

Aku tahu, bukan aku seorang diuji sebegini rupa.. Ramai lagi senasib dengan aku dan umar.. Doaku semoga rakan sekasut diberikan kekuatan sepenuhnya untuk menghadapi jentikan kasih sayang dari Allah ini..

Lahir adalah satu tarikh tak diduga.. Mati pula satu tarikh yang tidak dapat ditunda.. Kun fayakun.. Moga kita semua dijemput dengan sebaik pengakhiran.. Aminn..