Tengah Bercuti Ayah Demam Panas. Kami Terus Balik Awal. Tiba2 Nampak Ayah Tak Gerak

Nama aku Ita. Umur aku dalam likungan 27 tahun. Dan alhamdullilah aku juga sudah berkahwin dgn pilihan aku sendiri. Apa yg aku nk ceritakan ni mungkin luahan hati aku kepada ayah yg aku sayangi.

Sebelum terlupa, aku adalah anak bongsu dari 3 orang adik beradik, aku juga punyai abang dan kakak. Jarak antara kami selang 2 tahun.

Zaman belajar dulu, abang dan kakak tinggal di asrama. Manakala aku pula sekolah harian. So, masa aku bnyk terluang dengan mak dan ayah aku. Banyak masa aku dihabiskan dgn ayah… dgn mak.. Aku pula jenis yg jarang keluar lepak dgn kawan2.

Ayah… Adik rindu. Ayah pergi tanpa adik sedia.. Adik rindu sangat2… Mak sekarang tinggal sorang2..

Arwh ayah meningal mengejut. Walaupun aku dah bernikah, takdir Allah, aku masih tinggal dengan ibu bapaku selepas rancangan asal untuk berpindah tinggal bersama suamiku tertangguh. Suamiku perlu outstation ke luar negara dan hanya pulang ke Malaysia sekali atau dua kali sebulan.

Masa tu, aku jalankan tanggungjawabku pada ibu bapaku seperti biasa. Pada saru hari, Ayah ajak mak dan aku keluar bermusafir. Makan angin katanya.

Ayah merancang untuk keluar makan angin selama 4 hari ke Pantai Barat. Ayah dah lama teruja nak makan angin dengan ibu. Atas kebenaran suami, aku ikut sekali.

Ayah cuma berkata iya. Tiba² aku dengar ayah nyanyi lagi Alleycats tu, ” Andainya aku pergi dulu sebelum mu, usahlah kau bersedih hati”.

Mak cakap, jangan cakap macam tu. Mak suruh ayah tidur dan rehat. Aku terlelap dalam tangisan yang aku sembunyikan sambil memeluk bantal

Esoknya, aku bincang dengan mak. Kami setuju untuk pulang awal dan batalkan percutian lepas tengok demam ayah makin kuat.

Aku bersiap awal. Minta sediakan sarapan kebilik dan terus kemas beg pakaian. Usai semua urusan checkout, Kami mula bertolak pulang. Dalam hati aku tekad akan ke hospital dahulu. Aku buckle up mak dan ayah di seat belakang, dan mula memandu. Aku cuma berdoa semoga selamat sampai ke hospital.

Aku berhenti tepi jalan. Dalam debaran yang amat sangat aku pusing belakang, aku renung betul². Betul. Mak bernafas dan ayah seolah diam tanpa sebarang gerak. Kebetulan masa tu ada stesen petrol berhampiran. Aku masuk dan parking.

Aku bukak pintu dan terus ke tempat duduk belakang. menggigil aku memegang dan mencari nadi tangan ayah. Allahurabbi. Tiada. Aku panggil mak.

Mak, ayah dah tak ada..

aku ulang dan menangis² tak percaya. Allahu. Ayah.. ayah..

Mak kaget pandang aku. Aku dah lembik tak mampu berdiri.

Al Fatihah Ayah.. semoga ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang² beriman.

Sesungguhnya mti itu pasti. Walaupun ayah pergi tanpa adik sedia, tapi adik redha. InshaaAllah sampai masa kita jumpa di syurga yang kekal abadi..

Buat para pembaca disana, sayangilah ayah dan mak anda selagi mereka bernyawa, belai la mereka seperti mereka belai kita pada masa kecil, sayangilah mereka sepertimana mereka sayangi kamu, tatatngilah mereka seperti mereka tatangi kami waktu kecil.