Jaga Badan Sangat. Tengok Dah Tua2 Pun Beranak Lagi. Dah 10 Tahun Dah Jarak Anak Kau.

Panggilanku mama..

Puteri Bongsu hadir ketika umur mama sudah tua. Kehadiran mu sangat2 dinantikan kerana keluarga kecil mama rindu dengan tangisan, gelak tawa seorang bayi. Hampir 10 tahun penantian, Allah kabulkan doa mama utk memiliki mu.

Menanti kehadiran mu bukan mudah. Mama harus tempuhi dgn pelbagai rintangan, dugaan dan cubaan yg melanda. Tetapi mama sabar menunggu kehadiran mu. Bermula kisah si Puteri Bongsu mama dengan gelaran manja “Deqna”.

Jarak perbezaan umur Deqna dgn Putera iaitu abg (anak mama yg ke 2) 10 tahun. Lamaaa. Mama berusaha keras utk memiliki bayi lagi setelah berehat lama. Rindu dgn tangisan, tawa, keletah seorang bayi. Tapi Allah menguji kesabaran mama.

Kali kedua permintaan mama ditolak. Mama sedih kemurungan. Ye la mama hny seorang isteri harus mematuhi setiap arahan. Perkhabaran Kali ke 3..haaa yg ni syok sikit nak cerita. Misi bermula..mama tekad dlm hati.

Maksu mama yg tinggal di Rawang bersalin anak ke 4..seorang lelaki..comel..putih..gebu. sihat tubuh badan. Bila dgr jea mama bergegas ke rmh maksu. Mula2 kedatangan mama..maksu anggap biasa jea mcm org lain ziarah baby baru. Mama mandikan baby..pakaikan baju baby..bercakap dgn baby.

Hari2 mama dtg jenguk baby. Maksu mula bersuara bertanya..ko ni pelik maksu tgk..blh plak hari2 ko dtg cni..jauh tu dari Jln Ipoh ke Rawang ulang alik. Mama berterus terang dgn maksu..jika maksu izinkan mama nak ambik baby ni jadi anak angkat..nanti dah besar maksu ambik la balik. Maksu berubah wajah.

Aku yg bersusah payah beranak..skit pun tak hilang lagi..ko senang2 nak ambik. Ko ingat anak kucing ke boleh ambik gitu jea. Mama menangis merayu pada maksu..bagi la baby mama nak jaga.

Abah terkejut dgr permintaan mama. Abah membantah semahu2nya. Dia tak akan sesekali penuhi permintaan mama tu. Cukup setakat ni sj permintaan mama. Jgn ulang lagi Abah tak nak dgr dah. Seminggu Abah mogok tak mahu bercakap dgn mama Abah betul2 marah.

Mama pujuk hati sendiri..mama menangis pabila saat sujud PadaNya..mohon keampunan.. kemaafan. Jika ditakdirkan rezeki mama setakat ni sj mama akur. Mama mohon kemaafan dari abah.

Pertemuan, perpisahan, ajal, maut, rezeki hanya datang dari Allah. Siapa Kita hambanya yg boleh menidakkan ketentuanNya. Allah dengar setiap permintaan hambanya. Mama mengandung Kali ke 3. Allahuakhbar syukur Ya Allah. Sujud syukur padaMu.

Rutin harian mama berubah. Fizikal mama juga berubah. Mama bekerja sendiri. Waktu bekerja mama plan sendiri tak terikat dgn majikan. Cuma kerja mama perlu lasak. Mental Dan fizikal mama kena kental. Mama perlu ulang alik kerja dgn perjalanan yg jauh. Sendirian. Berdikari. Kerja mama masuk keluar sekolah.

tak suka comot..selekeh..adoiii lucu. Kali terakhir rawatan mama dgn doktor. Scanning pergerakan baby aktif dan diberitahu jantina baby boy. Alhamdulillah. Mama perlu bersalin secara pembedahan kerana mama Tak boleh bersalin secara normal.

Pintu rahim mama dah rosak.. jika bersalin nanti pintu rahim melekat..bukaan hanya 3 cm sj..kepala baby pun tak lepas keluar. Selepas bersalin ni doktor akan ikat peranakan Mama maksudnya Mama dah tak boleh beranak lagi. Mama senyum redha.

Doktor hairan mcm mna mama boleh setenang tu..jwpn mama simple..redha. Doktor senyum. Mama diberi peluang utk memilih tarikh bersalin yg mana mama nak…waaaa syok ooo time tu…siap boleh pilih lg…tu la kelebihan anugerah yg Allah bg buat mama.

Mama memilih tarikh keramat 22/01/2008 dgn perasaan suka Dan bangga. Sambil mengusap perut. Baby kat dalam bergerak kiri kanan aktif suka gaknya.

Tkasih Tak terhingga pada Kak Mas yg sudi menemani mama hgga ke wad bersalin. Doktor buat scanning jantung baby. Dgr bunyi mesin dan report kertas jantung bergerak selari dgn pergerakan pantas baby kat dalam. Telefon bimbit mama berlagu tanpa henti..

mama biarkan ia berhenti sendiri. Malas mama mahu layan org yg hubungi tu lebih baik mama layan bercakap dgn baby..mama happy. Setelah selesai proses scanning mama bergerak ke wad bersalin. Mama senyum. Abah ada disisi mama. Sambil berceloteh bercerita dgn Abah sambil misi tolak wheel chair masuk ke wad.

Gembira hgga tak terkata sebab mama tak rasa skit mcm org nak bersalin pun. Dlm wad mama berselera makan. Tiap Kali misi bertugas dtg ke katil mama utk buat checkup..mama hilang.. takde kat katil.

Mama berehat sambil tgk tv kt hjg wad tu. Hahaha nakal Kan mama mcm baby kt dlm tu Tak reti dok diam..berjalan sj. Rimas la asyik duduk tidur jea.

Doktor suruh mama angkat kedua2 kaki..Mana boleh angkat.. berat sangat ni doktor cam batu.. Doktor bgtau dia akan mula operation. Berpeluh dahi mama padahal kt dlm tu sejuk yakmat mcm dlm freezer nak beku dah. Bibir mama berzikir tanpa henti..mata berjaga tanpa lena.

Kedengaran alatan operasi berlagu.. petugas bersuara..dengusan doktor kedengaran juga. Tiba2 tepukan tgn petugas seiring dgn tangisan baby. Allahuakhbar anugerah Mu telah menjelma.. Terima kasih Ya Allah selamatkan kami. Seorang petugas membawa baby ke sisi mama..

Tahniah puan..baby selamat..hny linangan airmata Dan ciuman pertama mama hadiahkan buat baby. Sekali lagi mama terkejut baby mama girl not boy..bila scan tiap2 boy tp bersalin girl. Allah..hebat anugerah Mu Ya Allah.

Sesi operasi pertama dh berjaya. Sesi operasi kedua pula berlangsung utk ikat peranakan mama pula. Dihitung semua lebih kurang 4 jam mama dlm bilik bedah tu. Disebalik Kain menutup perut..mama nampak tgn berbulu doktor Sikh dok jahit perut mama.

Rupanya jahitan Luka tu Tak baik2 lagi walaupun dah 3 minggu bersalin. Luka tu terbuka..keluar nanah..keluar darah dari lubang jahitan tu. Baunya adoii busuk sangat. Mama terpaksa bergerak perlahan2 ke klinik berdekatan rmh. Doktor Hamid memeriksa jahitan Luka tu.

Ternyata jahitan bersalin tu tak kemas..jarang2..Ada lubang besar antara satu jahitan dgn jahitan lain..darah Dan nanah keluar ikut lubang tu.

Kini 2020 genaplah Deqna 12 tahun. Sudah anak Dara sunti. Tapi bg mama Deqna tetap kecil dimata mama. Semoga Deqna berbahagia di dunia dan Jannah. Iringan doa mama sentiasa buat Deqna.

Alhamdulillah Dan Terimakasih Ya Allah. Kau kurniakan aku puteri2 Dan putera penyambung zuriat ku. Bahagiakanlah anak2 ku. Perliharalah anak2 ku dijalan yg Kau redhai. AaminYarabbalAlamin.