Semua Pakcik Makcik Benci Jaga Nenek. Nenek Jalan Mengesot. Pampers Nenek Pun Kerap Bocor.

Daripada aku kecik, family aku memang jenis stay dengan atuk nenek kat kampung. Mama ada beli rumah, tapi nenek suruh stay dengan dia.

Nak dijadikan cerita, sekitar 2013 tu macam ujian buat family aku. Nenek aku jatuh bilik air dan lutut dia retak or something like thatlah. So since that, dia dah tak boleh jalan. Jadi memang kami kene angkat dia bawak mandi semualah.

Actually dia boleh mengesot tapi kami angkat jela. Takkan nak biar orang tua mengesot kan? Masa tu aku n adik2 stay asrama. Dua minggu sekali baru balik. Bila siang mak ayah aku kerja, atuklah yang tolong tengokkan nenek. Tapi masatu pakcik makcik aku yg lain komplein cakap ayah dan mama tak jaga nenek betul-betul.

Masatu aku ingat lagi mama sampai depress sebab asik kena kutuk dengan ipar duai. Komplain sana sini cara kami jaga nenek. Ayah aku lak anak bongsu. Dia tak bekap mama, dia tak bekap adik beradik dia. Dia diam je. Yang aku tahu, mak aku mmg stress dan berat dia susut daripada 70kg lebih ke 50kg gitu sbb dia makan hati.

Aku ingat mak aku makan hati biasa-biasa je. Bila aku fikir balik sekarang, oh my mama depressed masa tu. Orang depress kan akan hilang selera. That time dia lagi sedih sbb aku stay hostel. Aku tak selalu ada kat rumah so dia banyak nangis dalam bilik.

Ok keadaan jadi makin sukar bila atok meninggal. Masa ni family aku buntu sebab siang takde sesiapa nak tengokkan nenek aku. So kami decide nak hantar nenek pergi rumah anak-anak yang lain. Tak sangka ipar duai yang dulu bising merengek cam gampang kutuk mak aku tak pandai jaga nenek tu taknak jaga mak depa sendiri.

Masing-masing bagi alasan itu ini nak ngelak jaga nenek. Oh ya. Ayah aku ade lagi 2 orang abang dan 3 orang kakak. Semua mengelak tak nak jaga. Tapi lepas ayah aku terangkan takde sapa nak jaga nenek lepas ni, Pak Long aku pun pasrah amik mak dia.

Masa aku jaga dia, aku akan angkat dia untuk mandikan. Sebab dia macam dah uzur kan. Even dia boleh ngesot, kau tak kesian ke dia kene gerak sendiri? Bila sampai rumah Pak Long aku, aku cepat2 letak beg and angkat dia. Pastu Pak Long aku cakap “Ala takyah angkatlah. Nenek boleh mandi sendiri”. Otak diaaa!!!

Bila makan, pinggan mangkuk nenek aku buruk gla weyh. Kalau kita dah buang agaknya pinggan buruk cemtu! Pastu pinggan mak mentua dia elok je lawa lagi. Kenapa nenek aku tak diberi pinggan yang elok juga?

Aku tak minta nenek aku diberi pinggan Vintage Siti Nurhaliza yang jual kat Go Shop tu! Bab lauk lak, ade sekali tu dia bagi nenek aku makan hati ayam goreng keras. Aku tolong hancurkan. Suap elok2.

Takpelah maybe masa tu bini dia masak tu je. Tapi yang aku bengang, mak mertua dia makan sup ayam weyhh!!!!! Sup ayam! Nenek aku? Hati ayam goreng yang keras dengan sup sayur yang rasa air paip. Sumpah aku rasa nenek aku macam dipulaukan je duduk situ.

Okey mak ngah aku lak pernah jaga nenek aku setengah tahun. Mula-mula patutnya dia dah pencen tahun ni, tapi sanggup sambung kerja. Even dia tak mengaku, tapi aku tau dia mengelak nak jaga nenek.

Ade sekali dia bawak nenek balik rumah, dia kata “sejak jaga mak, acik tak sempat makan kat luar. Dulu selalu makan dekat luar”. Eh mti ke tak makan kat luar! Kadang-kadang nenek cakap dengan dia, dia buat bodoh je main telefon. Cakap pun kasar.

Pak Ude aku lak bagi alasan tak boleh jaga sebab dia kerja. Ya, Tapi bini dia suri rumah. Kerja jaga anak orang. Ala macam jaga anak cikgu ke. Balik sekolah cikgu amik kt rumah dia. Ha kat kampung kita panggil kerja ni sebagai “momong budak”.

Tapi masa ni depa setuju gak nak jaga nenek. Baru 3 bulan dah suruh amik sebab nenek mengamuk. Masani nenek macam dah nyanyuk sikit. Bila kita terbagi makanan panas, dia kata kita nak sihir dia. Then isteri Pak Ude aku tak tahan padahal baru sekali nenek aku buat perangai.

Okey yg lagi sorang namanya Makcik B. Dia ni sakit knser ovari. Tapi dah ajal, suami dia yang sihat walafiat lak pergi dulu. Dia sedih gla sebab dia takde anak.

Hanya ada anak angkat 2 orang. Then dia pergi duduk dengan anak angkat dia. Kami ada offer dia balik kampung, boleh tolong jagakan nenek. Dia taknak. Aku taktau kenapa.

So sekarang depa nak hantar nenek aku balik kampung! Dengan mmg takkan ada orang jaga, depa berkeras juga! Aku sedih tgok nasib nenek aku yang officially melahirkan anak-anak derhaka. Aku ingat pakcik makcik aku pinjam duit nenek sebab nak buat majlis kahwin anak depa, nenek bagi!

Sampai sekarang sesen pun tak bayar. Sekarang bila dah terlantar, bayang pun takde. Itu mak kau la setan! Allahu sedihkan weyhhh! Aku kesian gla kat nenek aku. Macam bola sepak pulak. Bila perlu dikejar-kejar, bila dah dapat disepak jauh.

Betul kata pepatah ni = Seorang mak boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu jaga seorang mak.

Semoga nenek terus kuat dan anak-anak dia sedar. Kalau tak, biarlah Allah yang jalankan tugas-Nya sendiri untuk menghukum orang yang berkaitan.