Bila Aku Nak Cari Kerja Ayah Tak Bagi. Pelik Suruh Kerja Dengan Ayah Tapi Upah Tak Nak Bagi.

Nama aku Sha. Seorang perempuan. Adik beradik aku ada yang dah kahwin ada yang masih belajar. Tahun ni aku dah masuk 30 an. Aku adalah seorang penganggur.

Tahun ni dah masuk tahun ke 6 aku jadi penganggur berjaya. Pendidikan tertinggi aku hanya SPM. Aku pernah sambung belajar di Politeknik, tapi tak dapat habiskan sehingga ke akhirnya. Dan semestinya aku ada hutang PTPTN.

Bukan ape, kos yg aku ambil tu mmg agak susah dibawa. So selama beberapa semester disana aku buat pinjaman PTPTN. Yela time tu fikir nak senang dan cepat dapat wang hnya ambil PTPTN. Apa aku nk cerita hari ni lebih kepada pendapat para pembaca semua.

Offline ni lebih kepada sedara mara je sebenarnya. Dyrng pon paham adik beradik berniaga mestilah kena support sikit kan, takkan nk tgk sedara mara susah. Produk yg kami jual pon tak mahal mana pon. Below RM100 je. So, semua orang mampu beli.

Untuk pengetahuan korang semua sepanjang aku ikut Ayah berniaga, aku tak pernah dapat satu sen pun gaji. Semua untung bisnes Ayah aku ambil, kata beliau duit tu semua nak pakai untuk bayar kereta 2 biji, bayar bil letrik, bil air, sewa rumah, nak bagi belanja adik-adik aku yang masih belajar.

Pernah sesekali aku merungut sebab kenapa aku tidak diberi upah untuk semua kerja aku. Aku bukan berkira. Tapi aku malu meminta. Kalau Ayah aku bagi aku tak payah minta pun. Aku ni dah besar kot. Dengan umur aku sekarang ni aku yang patut sara Mak Ayah aku.

Tapi untung dropship tu cukup-cukup je untuk aku beli topup selalunya. Aku beli topup sebulan sekali je asalkan line aku tak mati dan ada jugaklah internet aku untuk lepas boring. Rumah kami tak ada tv. Jadi aku tengok telefon aku je lah.

Itu pun sebenarnya Ayah aku tak bagi aku jual barang orang lain. Dropship semua tu. Tapi aku degil jugak buat dropship (aku buat dalam diam) sebab aku desperate sangat dah.

Aku jual dekat IG je. Sebab Mak Ayah aku ada facebook. Umur aku dah masuk 30 an ni, duit simpanan 1 sen tu tak ada. Sedangkan hutang PTPTN pun belum mula bayar apa lagi nak simpan.

Aku ni kalau ikut hati rasa nak degil jugak, nak degil jugak cari kerja. Mak Ayah aku dah ugut awal-awal dah. Dorang doa yang bukan-bukan. Hidup tak berkat lah apa lah kalau aku nak kerja jugak.

Aku tak kisah kalau Mak Ayah aku nak aku buat bisnes asalkan aku dapat hasil. Ni dah bertahun aku tak dapat apa-apa. Kalau betul-betul perlu baru aku minta. Aku malu meminta dengan umur aku sekarang ni. Ya Allah. Serius aku malu.

Kadang-kadang aku rasa nak lari je dari rumah. Biarlah aku bersusah payah. Asalkan aku boleh tanggung diri aku sendiri. Tapi aku kesian kat Mak Ayah aku. Kalau aku tak ada, siapa nak tolong dorang? Tapi siapa pulak nak tolong aku? Aku rasa aku kena tolong diri aku sendiri jugak. Allahuakbar. Aku buntu.

Korang tau sebab apa? Doktor tu keluar satu soalan je. “Are you ok? Ceritalah apa masalah. Saya dengar”. First time dalam hidup aku ada orang nak dengar aku. Sampai 2 jam aku bercerita dengan doktor dengan air mata hingus aku semua.

Aku bersyukur sangat aku ada otak jugak nak paksa diri aku jumpa doktor. Sebab sebelum tu aku dah asyik fikir pasal mati je sebab aku rasa hidup aku dalam keluarga Mak Ayah aku macam menyusahkan.

Aku rasa aku ada atau tak kat rumah tu macam sama je. Mak Ayah aku tak pernah naik tangan pun kat aku, tapi didera secara emosi ni lagi sakit dan aku end up with mentally ill.

InsyaaAllah aku dah plan dah pun nak cari kerja dari dulu. Aku tak duduk diam je kat rumah sekarang. Aku cari jugak kerja dalam diam.

Aku dah hantar resume dah banyak tempat. Dan akhirnya aku dah dapat panggilan untuk temuduga, mesej temuduga tu aku lepas raya ni. Doakan aku. Selamat hari raya.