Ayah memang tak suka keluarga belah mak, Dia punya tak suka tu, tunjuk muka pon tak nak.

Namaku Aishah.. Panggilan just Aish.. Aku anak sulung. Dari 5 orang adik beradik. Aku msih bujang dan berkerjaya.. Alhamdullillah rezeki dimurahkan lepas je konvo aku ditawarkan kerja HR di syarikat swasta di ibu negara. Adik aku yg lain masing2 dah besar di alam universiti, dan ada juga yg dah bekerja.

Jarak umur adik nombor 2 aku lebih kurang 3 tahun. Memang agak rapat. Tapi kami jarang berjumpa atas kekangan kerja masing2. Ayah aku, kerja jauh. Ayah kerja 6 bulan di laut dan 6 bulan didarat. Kadang2 ayah dapat cuti 2minggu. Time tu la kami akan spent masa bersama ayah. Memang dr kecil kami da terbiasa mcm tu.

Tapi… itu semua dulu.. Dua tahun lepas, kami 6 beranak kehilangan nyawa, pemberi semangat, pendengar setia dan pemberi nasihat, iaitu ibu kami. Ibu disahkan terkena srangan jantung. Ibu koma selama 7 hari tak sedarkan diri. Ayah turun je kapal tros ke hospital. Tak sempat 5 minit ayah tengok ibu. Ibu da pergi dulu buat selama lamanya.

Untuk pengetahuan korang selama ni, aku selalu beranggapan kami mempunyai sebuah keluarga yg sangat rapat dan sangat bahagia. Sikit2 semua ibu. Sikit2 semua ibu.

Tapi lepas kehilangan ibu, aku selaku anak sulung, baru nampak kebenaran di sebalik anggapan kebahagiaan aku tu. kami sekadar rapat, kerana ibu kami. Setiap update sesama kami hanya kami ketahui melalui ibu. Ibu ni kiranya seorang superwoman. Still boleh cope dengan anak2 dan suami dia.

Aku ni kaki membaca. Kebanyakan artikel yg aku baca, bwk maksud kalau nak org bg kasih sayang, kita kena mula bagi kasih sayang tu. so tu yg aku applykan.

Dulu, ayah aku ni boleh di kata kan tak suka ahli keluarga belah mak, aku pujuk lah macam mana pun ayah mesti taknak tunjuk pun muka. Alasannya, dia kata ibu dah takda. Dia tak perlu berjumpa dgn dgn ahli keluarga arwh ibu.

Tapi aku fikir, aku dan adik2 kan masih related, kenapa nak mcm ni? Sedangkan ibu ayah bkn bercerai hidup. Ibu pergi dulu menghadap ilahi. Kami masih ada pak sedara mak sedara lagi.. Takkan ibu da tiada, nk putuskan perhubungan ni. Aku sayang sepupu sepapat aku yg sebaya dengan aku. Kami ada group whatsap ” Kazen Huru Hara “.Hihi

Dan time tu aku nampak Ayah senyum sampai ke gigi tgk aku, bila nampak perubahan aku, nampak dia gembira sangat. Slowly, dengan keluarga belah mak pun dia mula rapat dan ambil berat balik. Kuran la gap macam dulu2.

Aku ubah diri aku bukan takat dgn family belah ayah je. Dengan adik2 juga. Aku ni boleh dikatakan mcm singa jugalah dulu. sbb ibu ada kann. Adik2 da mula pandai buat luahan dekat aku kalau ada masalah. Aku sekarang pengganti ibu sebgai pendegar yg baik.

So pada aku la kan, bila ibu dah tak ada, adik2 pun dah tak ada tempat nak manja2. So bila aku berubah, nampak adik2 pun selesa dgn aku walaupun kadang2 kalau aku badmood buruk jugak jadinya.

Kesimpulannya di sini, aku nampak hikmah di sebalik kehilangan ibu kesayangan aku tu. kasih sayang tu dibentuk melalui usaha kita sendiri. Kita mulakanlah dulu. Kalau rasa org rude dengan kita, kita muhasabah diri. Mungkin silapnya pada kita juga. Kalau nak kasih sayang, bagilah kasih sayang dulu. Tak rugi. Hati pun senang.

Doakan keluarga aku sentiasa tabah dan tenang menghadapi apapun cabaran dalam hidup ni ye. Aku takut sangat kalau terfikir kami akan berpecah atas sebab sesuatu yg bodoh mcm sebab harta. So readers, doakan yg baik2 buat keluarga aku juga ye.