Abang Tinggalkan Anak Di Rumah. Kak Yan Pula Keluar Rumah. Ada Nampak Dia Keluar Dengan Lelaki.

Nama aku Mas, aku perempaun. Aku ada seorang abang. Adik beradik aku hanya aku dan abang je. Dan cerita ni tentang kekecewaan seorang ayah terhadap anak perempuan tunggalnya. Iaitu abang aku . Aku harap yang baik jadikanlah tauladan dan mana yang buruk jadikanlah tauladan dalam kehidupan kita sehari-harian.

16 Tahun yang lalu abang aku pernah berkahwin dengan seorang perempuan yang kami panggil Kak Yan. Perkahwinan atas dasar suka sama suka dan semestinya atas dasar cinta. Kos perbelanjaan juga tak banyak time tu sebab kenduri sebelah Kak Yan agak besar, tp kenduri sebelah family hanya doa selamat. Sbb abg agak kurang kemampuan time tu.

Tapi sebenarnya bermula dari situlah Kak Yan mengungkit segala pertolongannya terhadap abangku. Ya memang gaji abangku kecil pada ketika itu. Kak Yan ungkit semua wang perbelanjaaan yg diguna bantu abg aku tiap2 bulan, rumah yang dibeli atas 2 nama pon Kak Yan ungkit, Kak Yan nk rumah tu.

Abang aku dgn gaji agak kecil time tu bantu bayar bulanan kereta tapi hanya separuh. Separuh lagi Kak Yan yg langsaikan. Barang2 dapur abg yg belikan. Susu dan pamper2 ikut berkala kadang2 je Kak Yan akan bantu. Kalau nk sennag kan cerita lebih kurang 60% perbelanjaan dibantu Kak Yan.

Dengan kos sara hidup di bandar besar mana mungkin dapat selesaikan segala perbelanjaan sendirian. Walaupun begitu, abangku rajin memasak dan membantu mengurus hal rumah tangga. Tak pernah sekali pun naik tangan pada Kak Yan dan dia juga bukanlah seorang kaki lepak. Aku tahu abang aku terlalu sayangkan Kak Yan.

Anak pun dia ambil dengan cara yang pada aku sangat biadab. Itulah hari terakhir abang aku berjumpa dengan anaknya. Tak terkata bila tengok abang aku diperlaku sebegitu rupa. Walhal dulu Kak Yan tak pernah kisah pun pasal si anak.

Kini 2018-2019, setelah berbelas tahun perkara tu terjadi, si bekas isteri tetiba-tiba datang mencari. Kononnya mahu rapatkan ukhwah kembali antara abang aku dan Diana tapi sebenarnya hanya menambahkan lagi luka di hati abang aku.

Diana yang ditatang minyak yg penug dulu, Diana yang paling dia sayangi dah jadi biadab, tak pandai menghormati ayah sendiri malah keluarkan kata-kata yang mengguris hati abang aku.

Wahai Diana, tahukah kau masa dulu-dulu, ibumu yang mahukan perpisahan ini? Tahukah kau anak bapamu sendiri yang menjaga kamu tika ibumu tak balik berhari-hari? Tahukah kau anak, sejhat-jhat ayahmu, tak pernah tinggalkan rumah apatah lagi berpaling tadah dengan ibu kamu.

Dia terlalu sayangkan kamu kerana dari dahulu hingga kini tak berhenti fikirkan kamu. Kini si ayah betul-betul terluka dengan kau nak. Dari riak muka dan bicaranya amat kecewa dengan perbuatan dan tutur kata kamu.

Sudah puas si ayah cuba mengambil hati kau Diana, apa yang kau mahu, ayah kau beri, namun tak ada langsung ucapan terima kasih keluar dari mulutmu malah kau terus-terusan membenci ayahmu.

Pada Kak Yan, aku cuma nak ucap terima kasih atas luka dulu yang kau bagi pada abang aku. Kerana kata-kata hinaan dan kebencian kamu, abang aku bangkit dan telah berjaya gapai cita-cita dan impian dia hari ini. Benarlah, setiap yang berlaku itu penuh dengan hikmah!