Masa tunang mak mertua ok je. Tapi lepas je kahwin dia berubah 360 darjah. Siap tuduh mandul.

Saya nak ucapkan terima kasih kerana cerita ini disiarkan untuk tatapan pembaca. Saya baru berkahwin dengan jejaka idaman saya selama ini.

Ada dalam 6 bulan. Suami saya, nama dia Amin, adalah pegawai kerajaan. Saya masih ade mak dan ayah yang tinggal di muar johor.

Mak mertua sangat baik, dan adik perempuan amin juga sangat hormat saya. Sepanjang pertunangan saya tak pernah buat hal. Saya tak tau kenapa mereka berubah total 360 darjah.

Sepanjang perkahwinan saya, sedikit sekelumit kasih sayang mak mertua saya tak pernah saya rasa. Saya ibarat tunggul, batu, dan seumpanya. Ye, mak mertua saya tak suka saya dan bahkan seluruh menantunya sebelum saya.

Hanya pak mertua saya dan suami makan. Adik perempuan nye hanya eei, aku tak makan makanan ni. Dala. hati saya kata, Whaat?? Kalau mak mertua saya makan makanan adik perempuan amin masak, walhal hari tu masak makanan yang sama dengan apa yang saya masak. Mak kata geli.

Saya hanya beristighfar. Pernah satu hari, saya nak mandikan mak mertua saya sebab adik perempuan amin keluar, mak herdik saya. B0doh punye perempuann, aku tak nak mandi kau faham tak? Padahal pampers da penuh dengan tahi semua.

Saya hanya menahan air mata. Dalam rumah tu sedikit pom adik perempuan amin tak tolong kemas bersihkan rumah, rumah sebesar 2 tingkat saya yang kemas bersendirian.

Pinggan mangkuk , basuh baju tak boleh guna machine. Alasan saya da biasa cuci baju di pinggir sungai sebab saya budak kampung. What?? Ingat kat kampung tak ade ke ? So sy sental je la.

Selebihnya goyang kaki dengan mak mertua saya di depan tv. Bila saya pegang phone dikatanya saya pemalas, biawak hidup dan macam macam lagi.

Bila suami saya utarakan nak balik muar rumah saya, mak mertua saya marah. Kerana kos kos nak kesana banyak pakai duit. tunggu tunggu, i said to my mak mertua, mak, nor tak pakai duit amin pon nak balik, nor pakai duit nor. Saya pulak diherdiknya sehingga amin bertengkar dengan mak.

Medan pepe rangan berlanjutan. Sepanjang perkahwinan saya, baru sekali tu saya balik kampung. Saya rindukan mak dan ayah saya. Saya tiap hari mengadu dgn amin, tetapi die endah tak endah.

Suami saya pulak jenis tak bagi kebenaran keluar rumah. Ye saya tak bekerja. Duduk rumah sepenuh masa. Saya stress sebab keadaan rumah memerlukan saya refresh di dunia luar. Contoh hangout dgn kawan kawan, dengan saudara mara. Tapi amin tak memberi kebenaran pada saya.

Maaflah reader semua, saya minta pendapat. Ape perlu saya buat? Nak pindah, tunggu quarter dalam 2 bulan kelulusan. Pendapat yang saya inginkan adalah, bagaimana nak berhadapan dengan mak dan adik perempuan husband saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *