Aku rindu kawan yang dulu,perangai dia yang dulu

Harini, aku dah tak tahan lagi dengan perangai kawan aku. Aku harap lepasni dia sedar sebab perbuatan dia tu buat aku sengasara hidup satu rumah dan satu bilik dengan dia.

Aku dah kawan dengan dia agak lama jugak cuma belum pernah duduk satu bilik sama2. Selama ni aku jenis bukan ade kawan paling rapat sepanjang di kampus. Tapi, sehinggalah jadi pergduhan antara aku dan kawan aku baru2 ni, sejak tu aku dah tak anggap dia macam kawan.

Dulu aku boleh tahan lagi kalau dia pinggirkan aku. Time dia nak jalan2 ronda2 pekan, dia akan ajak kawan yg ada kereta keluar dengan dia. Kalau nak pergi makan kat kedai pun dia akan ajak kawan2 dia yg lain. Aku? Dia takkan ajak. Dan aku pun tak kisah sangat sebab aku tahu kereta tu bukan kereta dia , kerata kawan dia. Tapi, bila bab study. kerja group, dia akan cari aku.

Yang peliknya taknak pulak dia group dengan kawan2 dia yang berjimba selalu tu. Oh ya, dan kalau kerja group. selalunya part yang susah, aku yg kena buat. Dia? hanya buat report. Haha. Bila dah gduh ni. terus menyesal sebab selama ni aku group dan biarkan diri aku dipergunakan.

Soal study pun satu, sekarang kan tengah musim exam. Kalau dulu, time nak exam, aku rajin la jugak study dgn dia. Tp bila dah gduh, aku study sorang2. Dan paling psiko sekali, dia akan tengok aku study ape. Dia akan diri kat belakang aku, dan diri dalam seminit untuk tengok apa yg aku study. Aku rasa meluat.

Soal beli2 barang. Dulu takde la nampak sangat sikap dia yg ni. Sekarang nampak sangat, dia mcm tak boleh kalau ade orang lebih dari dia. Aku beli baju harini, esok dia beli baju baru jugak. Aku beli produk kecantikan, dia pun minggu depan tu beli jugak sedangkan sebelum ni dia perlekeh aku guna produk tu. Aku beli kasut harini. Minggu depan dia bei kasut polo harga ratus2 tayang depan aku. serius aku rasa macam nak gelak pun ade jugak.

Boleh dikatakan, apa yang aku ade. dia pun nak ade jugak. Dan aku rasa sangatlah tak suka sebab aku rasa diri aku sentiasa diperhatikan. Kalau dulu, Aku pergi mana2, mesti dia akan tanya nak pegi mana, buat apa. Tapi skrg, bila dah gduh, dia still tanya lagi tapi dia tanya kat kawan yang lain. Hahaha. Spy betul. Aku pun tak faham. kadang2 aku rasa rimas dan serabut ade kawan macamni. Ape patut aku buat?

Paling tak tahan, bila aku study. dia akan bising dalam bilik sbb dia tahu aku tak boleh study dalam keadaan bising.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *