Semua aktiviti nak buat kena sekat dngn ibu dan ayah,keluarga aku ni macam tradisional sangat

Terima lah cerita aku yang tak seberapa ini. Harap korang enjoy ya.

keluarga aku boleh dikatakan konservatif. or dalam bahasa lain tradisional, or orang sekarang kata..kolot. membesar dalam keluarga konsrvatif serba sedikit menjadikan aku pun sedikit konservatif. by the way, aku perempuan.

selama aku hidup, aku tak pernah rasa apa yang orang rasa. yes, aku ada mak n abah yang baik, cukup ilmu agamanya alhamdulillah. takda masalah dari segi harta. serba serbi cukup. tapi satu benda yang aku nak sangat rasa; kebebasan.

aku tak pernah bersukan selain daripada p.jasmani dekat sekolah. sebab masa zaman sekolah parents kata benda tu xpenting untuk aku involve.mereka kata itu kan sukan lelaki.. so, bila masuk u aku jadi segan nak bersukan depan orang, dengan keadaan satu sukan pun tak tahu. even kena lari 100m pun aku segan. dalam hati teringin sangat nak bersukan lasak macam perempuan lain, hoki, futsal.. tapi sebab tak biasa dan parents pun tak bagi sampai sekarang..

aku ada satu hobi, berjalan dan meneroka. bila aku pergi satu-satu tempat, aku suka tengok keadaan orang, sekeliling, cara diorang hidup n so on.. aku suka pergi kedai-kedai lama, perpustakaan lama.. tengok buku-buku lama.. dan aku ada satu cita-cita iaitu mengembara solo.

sebab, minat aku ni orang xsuka. setakat ni aku xjumpa kawan-kawan aku yang jalan setakat nak tengok orang n cara hidup. yes, tempat-tempat cantik pun aku suka tengok, tapi to see the culture is my biggest interest. jadi, dalam hati aku, teringinnn sangat nak berjalan solo kat tempat2 aku sebut tadi..

Tapi, parents aku tak bagi.. bhaya sebab aku perempuan katanya.. well, zaman sekarang kan trend perempuan travel solo..aku jadi sangat2 jeles dengan diorang sebab why their parents can understand them but not mine?

hiking pun aku teringin.. panjat gunung, panjat bukit, tengok langit.. masuk hutan sana sini tengok air terjun.. tapi, parents aku xpernah kasik.. alasan yang sama.. aku kan perempuan..

lama-lama, aku jadi tkut nak buat semua ni..hidup aku just untuk good result and rumah..aku hanya keluar rumah dengan parents.. tak berani nak buat satu benda sorang-sorang.. sampai satu masa aku ada doa, Ya Allah, aku nak kawin so laki aku boleh bawak aku pergi semua tempat yang aku nak tanpa parents aku risau and the cannot say no anymore..hahaha.. tapi, itu mustahillah sebab aku ni dengan lelaki pun xberkawan sangat, apekan lagi nak jumpa jodoh.. lagipun, lelaki mesti rasa perempuan macam aku ni membosankan. takde ape yang menarik. ok out of topic plak.

aku harap sangat parents aku bagi aku kebebasan sikit.. especially part travel solo tu.. aku tau dorang bimbang tapi aku dah besar kot… i never hated my family, even sometimes i wonder why they cannot be like others parents.. yang semua anak dia buat boleh.. guys..

maybe korang boleh bagi aku idea to slowtalk, or anything for me to feel free.. sebab aku sebenarnye sangat penat tak boleh buat apa aku suka.. and one day, if i have the chance to become a parent, i dont want my children to be like me..

Jadikan pengajaran dan ambil yang positif sahaja. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *