Satu per satu ujian dan dugaan yang dtg dalam hidup aku.

Semoga cerita ini sedikit sebanyak memberi oengajaran dan manfaat kepada pembaca. Berikut afalah ceritanya. Aku cerita serba sedikit pasal diri aku. Seorang wanita yang berusia 30 tahun. Belum berkahwin. Berpewatakan lasak, lincah, talkative, nakal (suka menyakat orang ), masuk air, supportive, pendengar yang baik.

Fizikal? Tinggi 1.61m berat 62kg. Berat ideal tapi tak kurus. Rupa, biasa-biasa tapi boleh laaa. Sedap jugak mata memandang since aku ni berkulit cerah. Okay, cukup. Stop situ. Tak menarik pon. Haha

Mungkin sebab iman aku senipis kulit bawang, mungkin jugak sebab iman manusia ni pasang surut macam air dekat laut tu. Cerita bermula bila satu demi satu ujian yang datang dalam hidup aku. Putus cinta, adapt tempat kerja baru dan dibuli di tempat kerja, parent jatuh skit, dan diri sendiri pon berpenyakit.

Lelaki yang kerap meminjam duit dan yang terbaru, lelaki yang tak mahukan komitmen atau erti kata lain dah berkawan lama (berkawan lebih dari sebagai seorang kawan biasa) tapi tiada niat untuk merancang ke arah perkahwinan.

Kadang yang datang kite tengok jugak. Macam aku bukan paras rupa atau wang ringgit yang jadi ukuran tapi attitude seseorang tu. Nak kata aku memilih, tidak mungkin sebab aku boleh menerima lelaki yang hanya ada spm/sijil tapi kerja government sedangkan aku degree holder dalam engineering.

Sedangkan aku pekerja tetap di satu sektor penjawat awam. Aku tak kisah asalkan dia jenis ada effort untuk kumpul duit dan stable kan kehidupan sudah memadai. Bagi aku tak kisah la kau pandai ke tidak, belajar tinggi atau tidak janji tidak pemalas. Aku tak suka orang yang pemalas untuk majukan diri atau sentiasa mencipta alasan.

Kalau aku bukak semua kisah kegagalan aku dalam bercinta, di mana aku penah dijadikan rebound, ada lelaki yang pernah sibuk suruh aku kuruskan badan… aku takut bengkak pulak jari aku nak menaip. Hahaha. Dalam tempoh aku baru patah hati yang terbaru ni, parent aku jatuh skit. Di mana adik-adik aku ketika itu busy dengan exam di universiti depa. Dan kakak aku jauh dan sibuk menguruskan hal anak-anaknya.

Masa ni aku tak peduli lansung soal hati aku patah sebab pada aku, yang penting parent aku sihat sepenuhnya. Soal diri, hati aku dah campak jauh-jauh. Alhamdulillah, dengan izin Allah after 3 bulan ulang alik, parent aku sembuh. Soal tempat kerja, aku taknak cerita di sini sebab aku masih facing perkara ni.

Aku rasa sangat² letih. Aku pergi kerja, buat kerja, balik rumah, tidur. Itu rutin aku. Solat, dari 5 waktu selalu penuh sejak dari sekolah rendah jadi 3 waktu macam tu je. Mengaji kadang aku buat kadang tidak. Tahajjud tidak lagi aku buat.

Masuk universiti baru aku tergerak hati sendiri cuba belajar untuk labuhkan pakaian aku, pakai tudung yang menutupi dada, pakai stokin pakai handsock. Alhamdulillah sikit demi, sikit aku berubah. Soal bercinta, aku tak pernah buat perkara terlarang hatta berpegang tangan atau bersentuhan pon tak pernah. Aku sangat menjaga diri aku agama aku.

Kadang aku jadi macam pelakon terbaik di mana orang tak nampak kesedihan keskitan dan struggle yang aku tengah hadap. Yer, aku struggle nak baiki diri aku, get a better life but tak mudah kann.. aku tetap rasa letih dan malas. Mahu tidur. Itu sahaja. Suatu hari, badan aku kurang sihat. Aku ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Kawan-kawan, aku lebih kepada mendengar cerita dan masalah diorg berbanding aku cerita masalah aku sendiri pada mereka. Aku rasa hati aku skit sangat. Pedih. Apa yang aku buat, aku kembali kepada fitrah manusia.. bila susah baru nak ingat tuhan. Aku cuba berubah kembali pada diri aku yang dulu. Yang mana hubungan aku dengan Dia agak baik sebab dulu aku selalu menghadap Dia, aku selalu bercerita dan mengadu segala pada Dia.

Dia kejutkan aku pada pukul 3 pagi untuk solat sunat tanpa aku set alarm. Mungkin Dia nak kasi peluang untuk aku bertaubat, mungkin juga Dia nak makbulkan segala hajat dan doa aku. Aku tak pasti…

Kepada yang sudah membaca cerita ini harap jadikan manfat dan pengajaran. Sekinan terima kasih