Sy kerap menangis sebelum tidur dan bertekad utk bekerja sambilan.

Saya seorang perempuan berumur 24 tahun, dibesarkan oleh ibu bapa yang over protective. Dari bangku sekolah lagi saya sering berada di kelas pertama dan dikelilingi oleh insan-insan yang berpersonaliti seperti saya i.e ulat buku, ‘nerd’, pendiam, cemerlang akademik.

Disebabkan kami semua dikategorikan sebagai pelajar harapan sekolah, guru hanya menyuruh kami fokus kepada akademik. Kami tidak perlu aktif dalam sukan, kelab dan persatuan. Kami diberi ‘A’ secara automatik bg aktiviti kokurikulum walaupun pada hakikatnya kami langsung tidak aktif.

Itulah apa yang saya lalui selama 7 tahun saya di sekolah menengah (SPM + STPM). Saya tidak pernah bekerja sambilan semasa cuti sekolah.

Saya asal daripada keluarga susah. Saya kerap menangis sebelum tidur dan bertekad utk bekerja sambilan, tetapi saya tak mampu. Terlalu takut. Akhirnya saya hanya belajar bersungguh-sungguh kerana memikirkan itu sahaja yg mampu saya buat dengan baik. Setelah tamat STPM saya melanjutkan pelajar ke IPTA.

Saya menjejakkan kaki di universiti dengan harapan utk mengatasi sifat takut utk keluar dari comfort zone. Tetapi satu pun harapan saya tak menjadi. Saya sekali lagi dikelilingi oleh insan-insan yang lebih cemerlang. Yang hanya study 24/7. Kekuatan saya ialah study. Berjumpa dengan orang yg sama menyebabkan saya rasa selesa, dan tidak berbuat apa selain study.

Saya menjadi mahasiswa 3K di universiti. Lebih malang kursus yang saya ambil bersifat teori dan kurang praktikal. Jarang sekali ada presentation atau perbincangan yang bersifat spontan.

Pergi kuliah semuanya krik-krik sahaja membaca nota masing-masing sambil menunggu lecturer. Selepas tamat belajar, saya mula bekerja dengan jawatan setaraf pegawai. Semasa bekerja barulah saya sedar betapa kroniknya masalah aku. Saya kurang skills.

Rakan setugas fikir saya mengalami mental breakdown kerana tak mampu bercakap dan terketar-ketar. Selepas dua minggu, saya resign serta merta daripada company tersebut kerana perasaan saya yg meronta-ronta ingin keluar daripada situasi yg saya rasakan tak selesa dan memalukan. Saya sudah berjumpa psikiatri, dan psikiatri mengatakan yang saya tidak punya masalah besar kecuali mild anxiety termasuk performance anxiety dan kurang keyakinan diri yang berpunca daripada ketiadaan skills penting utk hidup dan tiada kekuatan utk keluar drpd comfort zone.

Psikiatri mencadangkan saya menjalani kaunseling dengan kos Rm 1** utk satu sesi tetapi saya tolak kerana keluarga saya susah. Saya sedar yang masalah ini hanya saya sendiri yang boleh atasi.

Bagaimana kita hendak mengawal rasa cuak, rasa seolah dinilai, senyuman atau ketawa sinis anak buah yg mematikan keyakinan kita apabila bercakap. Bagaimana kita hendak mematikan fikiran dan perasaan negatif yg timbul semasa berada dlm situasi di atas dan selepas situasi berlaku (misalnya teringat kembali situasi tersebut sehingga terbawa-bawa di rumah). Apabila bos menekan kita melakukan sesuatu di luar kebiasaan kita tetapi rakan sekerja atau pembantu kita sendiri tidak mahu memberi tunjuk ajar, menyebabkan kita terkontang kanting dan akhirnya dimarahi bos, diungkit status degree oleh bos.

Bagaimana kita hendak menghalang diri daripada lari (resign) apabila perlu melalui situasi tertekan dan tidak selesa seperti ini, bagaimana untuk bertahan dan menjadi immune dengan tekanan? Apabila kita perlu menegur atau menyapa orang terlebih dahulu.

Bagaimana utk merasa yakin dengan fizikal kita? Disebabkan saya rendah, saya merasa rendah, tidak profesional, tidak meyakinkan dan merasakan org susah respect saya sbb saya mcm kanak-kanak. Apabila bercakap dalam bahasa inggeris. Saya boleh menulis dengan baik dlm bahasa inggeris.

Tetapi apabila berkomunikasi saya tak boleh langsung. Saya tak boleh respon kalau people ask in english and saya jd all over the place. Nak cakap english rojak rasa tak sesuai dengan pegawai atasan. Nak cakap bahasa malaysia takut dipandang lekeh sbb rakan selevel yg lain semua speak english. Entahlah, cakap Bi ke Bm ke pengakhirannya akan memalukan diri juga. See? Saya ni negatif orangnya. Last but not least. How to get rid of negative thought and live life positively?

Pada segelintir orang, masalah saya mungkin tak besar, tetapi utk saya sendiri, saya rasa diri sgt tak berguna, rasa gagal dlm hidup. Kadang-kadang rasa tak nak hidup drpd menyusahkan ibubapa.

Hati dan badan ingin keluar, tapi fikiran stuck. Boleh bayang tak? Perasaan tu hanya Tuhan je yang tahu. Terima kasih kerana sudi membaca. Korang tak perlu komen utk semua pertanyaan. Cukup utk pertanyaan yg korang tahu or pernah alami sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *