Setelah 5 tahun kahwin kami dapati Suami tidak dapat memberikan zuriat

Ini adalah cerita sebenar kami. Jadikan cerita ini sebagai pengajaran dalam hidup kita. Jom enjoi baca.

Saya Kak mim dah berkahwin 20 tahun lebih. Bahagia bersama suami tercinta. Setelah 5 tahun kahwin kami dapati Suami tidak dapat memberikan zuriat secara normal kerana tiada sprma dalam air ma ni nya.

Berkat duit yang sama2 kami kumpul kami buat ivf. Tapi tiada rezeki. Ivf pertama kami gagal. Kami cuba lagi kali kedua. Tapi masih tiada rezeki. Cuba lagi kali ketiga tapi gagal juga. Mungkin tiada rezeki anak untuk kami didunia.

Tapi saya sanggup demi zuriat kita bang. Nak dijadikan cerita. Pada usia perkahwinan 15 tahun suami kantoi ada hubungan dengan pekerja kami sendiri. Cantik budaknya. Baik akhlaknya tapi kenapa sayang. Akak jaga awak dengan penuh jiwa raga Awak datang dari kampung Akak bagi awak kerja Masa tu saya cakap dengan suami Kalau dia betul nak perempuan tu lepaskan saya.

Dia masih sayangkan saya. Dan budak tu pon dah berhenti kerja. Tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Semalam saya dapat tahu suami dah kawen dengan budak perempuan tu senyap2 di Thailand. Dah beberapa tahun.

Dan sekrang budak tu dah pregnant hasil IVF. Allah hancur luluh hati saya. Sebab tu saya tengok ada pengeluaran duit dari company sebanyak 30k. Hati saya remuk abang. Selama 20tahun saya setia dengan abang. Saya sanggup dicemuh dikata mandul demi menjaga aib abang.

Tapi dengan dia abang terus buat IVF di hospital swasta paling mahal. Dia hanya perlu tunggu sahaja duit dari abang. Tak perlu kerja keras. Tak perlu susah payah. Abang. Skit nya hati saya bang. Saya terima abang apa adanya. Saya setia pada abang.

Tak pernah terlintas difikiran untuk mencari yang lain. Abang saya sayang abang. Sekrang saya dah tua. Dah tak mampu untuk berikan abang anak, ini balasan abang untuk saya? Abang. Maafkan jika selama perkahwinan ini saya tak jadi isteri yang sempurna. Saya cuba jaga agama saya, diri saya, cantikkan diri untuk abang.

Lillahitaala saya sayangkan abang. Saya ikhlas cintakan abang. Budak perempuan tu ada call saya merayu2 menangis minta maaf. Dia cakap dah cuba lari tapi hati die tak boleh. Dia sayangkan abang.

Sanggup tak awak terima. Dia hanya menangis dan minta maaf. Berulang katanya dia tak kan hancurkan rumahtangga saya. Buat ibu bapa diluar sana tolonglah ajar anak2 perempuan tentang adab perkahwinan. Buat adik2 diluar sana. Percayala tak semua lelaki yang bujang tu tak mampu bahagiakan awak.

Benarlah kata orang. Suami yang TAK MAMPU akan berpoligami, tapi SUAMI YANG MAMPU tidak akan berpoligami kerana mereka tahu MAMPU itu bukan hanya sekadar Nafkah zahir dan batin. Maafkan saya bang. Saya tak kuat. Saya perlukan ruang untuk bersendiri. Saya tak tau mana nk luah.

Merayu pada yang ESA agar kuatkan hati saya untuk bangkit dari mimpi ini. Saya pergi bukan lama bang. Cuma sejenak untuk mencari kekuatan. Izinkan saya bang.

Terima kasih baca cerita ini. Semoga cerita ini jadi pengajaran kepada semua pembaca. Jom kongsikan jika bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *