Setelah Ros Benarkan Saya Berpoligami Dengan Diana. Saya Sengaja Tak Balik Rumah Berbulan Untuk Lihat Reaksi Ros.

Sedih dan begitu terasa dengan penulisan suami ini. Harap cerita di bawah ini boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa yang membaca.

Saya ada dua isteri, Ros ( isteri pertama) dan Diana ( isteri kedua). Saya dan Ros kenal tahun 2012. Kami kenal di tempat kerja, salah satu multinational corporation terbesar di Malaysia.

Ros auditor, saya IT technician. Ros tua 7 tahun dr saya, dia 32 dan saya pula 25. Sejak saya join company ni, Ros memang antara staf perempuan yang popular di kalangan semua staff lelaki. Baik yang kahwin sampai la bujang, semua idamkan Ros sebab dia tinggi, putih melepak dan muka baby face.

Ros ni jenis serius and kurang bergaul sikit. Satu hari tu Ros buat audit dekat luar daerah and laptop dia rosak. So saya kne on call repair laptop dia kt site. Da dapat no Ros, saya mula ngorat sebab saya pun dah lama crush kat dia. Sebulan kami berkawan, saya jatuh hati dengan sifat keibuan Ros (lelaki baya saya banyak suka sifat ni). Lepas dua bulan, kami kahwin.

Tak sempat sgt bercinta tapi saya yang angau teruk masa tu. Tambahan pulak saya tau ramai kenalan saya berebut nak tackle Ros. Sepanjang kami kahwin tak pernah ada masalah walaupun Ros selalu travel sebab kena audit operation company kami di seluruh Malaysia. Paling lama 5 hari and saya akan jaga dua anak kami bila dia outstation.

Pertengahan 2018 saya terjebak dengan tinder. Pengaruh kawan tempat kerja. Mula2 sekadar nk chat bila Ros outstation, sampai la saya jumpa Diana..Diana muda 10 tahun dari saya. Kali kedua saya jatuh hati sebab perangai manja dan caring Diana (masa ni saya dah 32 dan lelaki baya saya banyak suka anak gadis mcm Diana). Terdesak nak kahwin dengan Diana, saya jujur dengan Ros.

Saya ingat lagi, mula2 Ros nangis tapi lepas tu dia minta maaf sebab selalu pentingkan kerja dan abaikan saya. Ros redha je benarkan saya kahwin dengan Diana. Masa ni saya rasa berbelah bagi sangat2. Tertekan sebab dh janji nak nikahi Diana dan dalam masa yang sama sedih sebab Ros seolah2 nak lepaskan saya.

Sebelum kahwin, Ros siap pesan jgn risau pasal belanja rumah dan anak2 sebab dia kerja tapi Diana tak. Jarak rumah Diana dan Ros cuma 5 minit drive. Mula2 dulu, saya jaga anak2 di rumah Ros bila dia outstation tapi lepas tu saya minta bawak balik mereka ke rumah Diana. Senang sikit bila saya kerja and Ros pun tak kisah.

Bagi Ros takpa anak2 kenal Diana tapi dia tak nak face to face berdua dengan Diana. Jadual giliran tak tetap sebab Ros travel 3-5 hari seminggu. Bila Ros outstation, saya kt rumah Diana, bila Ros tak travel saya di rumah Ros.

Namun kdg2 saya sengaja stay dekat 2-3 minggu di rumah Diana sebab nak uji perangai tak kisah Ros. Dlm 4 bulan lepas saya kahwin, Ros resign and kerja di firma akaun. Tak perlu travel dan hanya audit di office. Anak2 Ros hantar di nursery sampai dia habis kerja.

Masa ni saya mula honeymoon dengan Diana sampai 4-5 bulan tak balik ke rumah Ros. Sekalipun Ros tak bising mintak saya balik. Sepanjang ni Ros banyak spent masa bercuti dengan anak2 tanpa saya. Pergi legoland, singapore dan terbaru ke jepun. Hanya mereka 3 beranak tanpa saya.

Hanya sebab tak nak lukakan Diana, saya menolak pergi bercuti dengan mereka. Lama kelamaan saya jadi sunyi dengan Diana. Manisnya fasa honeymoon dah habis dan saya rindu nk bersama keluarga saya. Diana tak nak berbuka puasa sorang, jadi sepanjang Ramadhan saya tak pernah berbuka dengan Ros.

Baru ni saya blik ke rumah Ros, sedih sebab Ros lansung tak expect saya balik. Berbuka masa tu cuma baki makanan anak2 saya, bubur nasi dan nugget. Lepas anak2 tidur, saya tunggu Ros lama dalam bilik. Ros masuk malu2 and kami jadi kekok nak berbual bila berdua. Masa ni saya rasa macam lamanya saya dah abaikan Ros. Saya terus luahkan apa yang terpendam.

Kenapa tak fight hak dia sebagai isteri, kenapa izinkan saya kahwin lain, kenapa bercuti tinggalkan saya, kenapa dia chill sangat hadapi semua ni, kenapa dia redha bermadu, kenapa tak marah saya main kayu tiga dan banyak lagi kenapa. Lama Ros diam, pastu dia nangis. Rupanya Ros dah lama tahu pasal saya dan Diana. Berbulan sebelum saya mintak izin untuk nikah kali kedua.

Ros makan hati dengan saya tapi dia pilih untuk berdiam diri atas rasa bersalah utamakan kerja dari keluarga. Kata Ros, sepanjang saya kahwin dengan Diana, Ros dah persiapkan diri untuk jadi ibu tunggal seandainya dia diceraikan. Masa ni saya rasa sedih sgt. Ros betul2 dah tawar hati dengan saya. Di saat saya abaikan dia, daripada meratap dia pilih untuk bahagiakan diri dan anak2.

Ros suruh saya cari kebahagiaan dengan Diana dan mintak saya lepaskan dia. Ros bukan sekadar isteri, tapi dia juga ibu kepada anak2 saya. Ros mintak saya jgn persiakan Diana sebab andai kata kami tiada jodoh saya masih ada Diana untuk jaga saya.

Berkali saya tanya Ros, tak sayang saya ke? Tak benci Diana ke? Ros balas dia dah takde hati untuk sayang and dah takde hati untuk benci. Saya betul2 buntu dengan Ros. Sekarang dia buat diri macam patung bila dengan saya. Tak lama nak raya and Ros siap dah atur jadual balik kampung. Hari pertama dan kedua saya beraya dengan mira di kampung mira.

Ros dan anak2 di kampung saya. Raya ketiga dan keempat saya dan mira di kampung saya, Ros dan anak2 di kampung Ros. Kat mana saya di mata dia. Masih wujud atau tak wujud. Buat para suami yang mengeluh isteri pjj atau isteri doktor, fikir lah dua kali sebelum bermain kayu tiga. pertahankan rumahtangga mereka walaupun dah terlerai. Macam saya Ros betul2 dah buang saya dekat Diana.

– Radzi (Bukan nama sebenar) –

Nama-nama dalam cerita ini telah di olah semula bagi menyembunyikan identiti sebenar yang meluahkan. Semoga menjadi pengajaran kepada isteri dan suami di luar sana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *