Saya ada ibu tiri, bila buat bandingkan ibu dgn mak kandung, ayah aku da tersalah pilih orang

salam. okay cerita bermula begini. aku duduk dengan mak tiri yang pemalas tahap gaban , pengotor nauzubillah , suka melantak tak kira masa , pinjam duit orang suka hati dia , suka membazir masyaAllah , fikir mcm tak cukup otak. okay macam mane nak nasihat eh ? orang cakap baik2 ..

Dia buat derk je . siap balas balik and cara cakap mcm dia je betul. nak marah kang. hurmm mak tiri kan. Tapi dah marah pun still buat benda sama. bukan la marah . aku saje tunjuk perasaan . senyap tak nak cakap dengan dia sebab aku rase macam arghh tak boleh ah tengok muka dia .

dia still tak paham yang orang marah sebab ape . aku siap cakap .. bersepah nyeeee ! ape ni .. untuk pengetahuan aku duduk kolej ade dua parents . mak bapak divorce . masing2 kahwin lain aku balik rumah mak kandung dengan bapak kandung ni gilir2 .

so point dia aku nak tuju dekat family belah bapak kandung aku rumah bersepah yang amat aku dah la benci tengok bersepah ni lepas tu kalau bapak aku cakap ‘kalau kakak balik je .. rumah kemas bersih je. tahu pulak dia marah . marah and cakap suka membezakan dia dengan aku. memang betul weh . kenyataan!

rumah kecik pun kebersihan tak boleh handle ade hati nak rumah besar . aku dah penat nak mencarut . bukan sebab aku malas nak kemas tapi penat la . tak kan balik sini je macam ni. siap dia cakap aku kan ade boleh kemaskan. kemas bilik tidur utama sekali ! ewahh kau. aku pun tido kat ruang tamu atas lantai je tau sebab tak ade bilik aku boleh tido !

kadang tu aku rase macam kenapalah bapak aku ni kahwin dengan dia dulu. mak aku jauh lebih matang and pro berganda2 daripada dia. lagi bagus islam nye. aku tak pernah nampak mak tiri aku solat aku ajak pun dia cakap nanti la ape la smpai jemu da aku ajak.

bapak aku pernah je bagitahu aku. penat da abah dengan dia (mak tiri aku) ni . duit habis banyak. macam tak cukup akal fikir. abah da cakap baik2 tak jalan. pastu kalau abah marah dia marah abah balik. ntah la ape nak jadi .

in fact bapak aku ni bagus la jugak. kalau nak tolong hal rumah tangga pun dia da jalankan tanggungjawab. keje okay even gaji tak la besar mana. dia tolong masak , kemas rumah even tak ade la bersih mana tapi lagi pembersih daripada mak tiri aku ni . kalau settle adik pun .. dia yg banyak settle kan . adik aku 8 tahun and 5 tahun. dua2 lelaki and perangai masyaAllah malas aku nal describe betapa nakal nye diorg .

okay point dia kat sini aku nak cakap mak tiri aku slalu cakap dia penat tak cukup masa penat kerja la yee aku tahu . mak kandung aku pun penat lagi penat sebab pergi keje pukul 9 pagi balik pukul 10 malam ade je masa untik kerja2 rumah.

mak tiri aku dah la balik petang . sapu lantai pun tak pernah aku tengok dia buat in fact basuh baju da la kat dobi . keringkan skali lipat pun malas . masalahnye longgok je kat lantai kat sofa kat katil. nak tidur ke ape sume lempar bawah je da la kata slalu penat , tak ade masa.

Tapi aku selalu tengok dia scroll je fb dia bukak video kat fb kuat2 . tang mana tak ade masa dia ? kalau sehari dua tak ape la . ni dari dulu wehh dari darjah 4 aku duduk dengan dia (start bapak aku cerai and kahwin dengan dia) sampai sekarang aku da masuk belajar degree .

sampai anak2 dia banyak kali sakit and doc cakap jangkitan kuman sebqb persekitaran tak bersih . rumah penuh semut nye ulat sampah lagi kalau aku ade je rumah bersih . kesian bapak kandung aku and adik2 .

Aku selesa duduk rumah mak kandung aku. sume tersusun kemas in fact jugak la kan nak citer.. mak aku tanggung aku dengan kembar dari dulu sqmpai sekarang. bapak aku jarang sangat la nak hulur duit sebab gaji pun tak besar mana .

mak tiri aku? aku tak harap duit dia pun sebab aku fikir tak perlu la aku ade mak kandung sendiri. and aku amik ptptn sebab tak nak susahkan mak aku tanggung aku . degree kan mahal biaya dia .

lagi satu. mak tiri aku ni dah lah gaji sikit . beli itu ini belanja tak ingat dunia beli benda tak sepatutnye gaya macam orang kaya at last kalau aku balik rumah .. mintak duit kat aku dengan alasan duit ptptn aku kan ade. ewahh ingat untuk kau ke? untuk aku belajar okay. so tu la release sikit aku da luah kat sini . tapi tu la . ape perlu aku buat ? aku da luah sume dekat mak kandung aku.

Mak kandung aku baik hati sangat. dia cakap tu kan mak aku jugak even title ‘mak tiri’. hormat je . tak baik nak marah2 . hurmmm aku dengar je cqkap mak kandung aku. tapi aku tak boleh terima . malas nak jenguk dia sebenarnya. tapi tak kan aku nak ketepikan family bapak kandung aku? aku cuma tak tahan perangai mak tiri aku je . dan aku tak kan sesekali ketepikan bapak kandung aku . tapi ntah la .. aku jammed !